Sunday, June 6, 2010

SEDIA DAN SEMAK CHECKLIST

Petang tadi (6.6.2010) kira-kira jam 3.45 petang, saya berada di hadapan sebuah kedai fast food yang ada perkhidmatan delivery order. Tiba-tiba saya terlihat seorang pekerja delivery order keluar dari kedai menuju ke motosikalnya untuk menghantar pesanan pelanggan. Dalam waktu yang sama saya lihat beg yang mengisi barang pesanan tidak dizipkan. Mungkin dia terlupa. Saya nak tegur tapi beliau agak laju dan jauh (saya tak biasa menjerit, jadi saya tak sempat nak tegur). Tambahan pula saya memegang banyak barang yang dibeli dari pasaraya berhampiran. Jadi saya biarkan sahaja.

Selang beberapa saat kemudian, pekerja penghantar pesanan tadi melintasi di depan saya dan saya lihat burger jatuh dari beg pesanan dan saya lihat sebungkus lagi hampir jatuh. Pekerja tersebut tak sedar dan terus memecut motosikalnya dengan gah. Saya menjangkakan sepanjang perjalanannya akan jatuhlah apa sahaja yang ada dalam begnya. Apabila sampai ke destinasi, saya pasti habis barang pesanan jatuh.

Apa akibatnya?

1. Pelanggan yang menunggu lama, tiba2 apabila penghantar pesanan datang, barang yang dipesan TIADA.
2. Pekerja penghantar pesanan tersebut akan PANIK. dahlah kena marah oleh pelanggan, beliau juga akan berhadapan dengan tindakan disiplin.
3. Pekerja tersebut sudah pasti kena tanggung kerugian.
4. Imej syarikat fast food tersebut tercemar.

Oleh itu saya nasihatkan supaya setiap pekerjaan hendaklah disediakan senarai semak (checklist) dan setiap pekerja mesti semak checklist sebelum mengambil tindakan seterusnya bagi memastikan tiada perkara yang terlepas pandang.

SEDIAKAN SENARAI SEMAK DAN SEMAKLAH SENARAI SEMAK TERSEBUT BILA NAK MELAKSANAKAN SESUATU PERKARA.

No comments:

Post a Comment