Friday, June 25, 2010

Marilah sama-sama kita amalkan Solat Tahajjud dan baca AlQuran di Separuh Malam

Keadaan dunia yang penuh dengan onak dan duri ini, hati orang-orang Islam perlu diperingatkan supaya tidak hanyut dengan kelalaian dunia. Umat Islam akan menjadi kuat sekiranya kita semua bertekad dan berusaha untuk mengikhlaskan diri kita kepada Allah. Usaha untuk melatih keikhlasan boleh dimulakan dengan bangun solat malam. Marilah kita sama2 melaksanakannya.



Rujuk Surah Al-Muzzammil (1-10)

Wahai orang yang berselimut!.Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil”.(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.(Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik.

No comments:

Post a Comment