Kira2 jam 12 tengahari kami sekeluarga dalam perjalanan ke Segambut untuk menghadiri kenduri kahwin staf Perpustakaan Negara malaysia. Setibanya saya di Sentul, saya yang sedang memandu kereta terasa sakit perut yang amat sangat. Isteri saya mencadangkan saya singgah k eklinik berdekatan, saya dah tak larat memandu kereta maka saya pun bertukar pemandu. Isteri saya mengambil alih memandu dan terus menghantar saya ke Klinik di jalan Ipoh. Isteri dan anak-anak saya meneruskan perjalanan ke tempat kenduri dengan mengingatkan saya "Jika ada apa2 hal jangan lupa SMS tau".
Di Klinik tersebut saya mendaftar, mujurlah hanya seorang pesakit sebelum saya. kalau tidak tentu lama kena tunggu. Semasa saya menunggu giliran saya, saya rasa sakit berterusan dan saya ke tandas sebab macam nak buang air tapi tak keluarpun. Sakit saya tu bukan sakit perut biasa sebab biasanya saya sangat mudah menunaikan tanggungjawab tersebut. saya keluar toilet dan ke hulu ke hilir tahan sakit. Mujurlah tiba giliran saya cepat. Doktor panggil saya, saya jumpa doktor (lupa lak namanya)dan beliau memeriksa saya dan memaklumkan perut saya sebelah kiri banyak angin. Dan beliau akan beri ubat buang angin dan katanya jika kesakitan berulang walaupun dah makan ubat buang angin maka ada kemungkinan ada batu karang. Bila batu karang bergerak, ia akan sakit. Bila batu tersebut tak bergerak maka perut tak sakit. Sementara nak menunggu isteri datang (selepas kenduri) maka saya terfikir kalau ada katil untuk saya baring elok juga. Untuk itu kalau kena bayar pun tak apa asal saya boleh baring. Saya tanya doktor ada katil yang boleh sewa ikut jam tak sebab saya nak baring sementara menunggu isteri datang ambil sebab isteri saya pergi kenduri dan mungkin jam 3 baru balik. waktu semasa baru jam 1.00 ptg. Saya pun dibawa oleh misi ke katil sementara dan diberi makan ubat sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh doktor sebentar tadi.
Di atas katil tersebut saya dapatlah berehat (kononnya). Untuk makluman di katil tersebut saya bukan berehat tetapi berperang dengan kesakitan. Disitu serba tak kena untuk hilangkan sakit. saya meniarap, saya menonggeng, saya berbaring, saya duduk dan macam2 posing saya buat. Selang kira-kira sejam kemudian saya muntah2 (mujur ada sinky yang terletak hampir katil berkenaan). Agaknya mendengar bising, misi pun datang membawa air suam dan tisu.
Sebelum itu saya ada tanya misi, katil macam ini bayaran kira macam mana?. Beliau kata RM10 sejam. Baguslah saya kata sebab ada kemudahan bagi pesakit yang tak larat macam saya. cajnya pun tidaklah mahal. Selepas saya muntah, kesakitan sudah berkurangan. Tidak lagi sakit seperti sebelum muntah. Dalam hati saya memang anginlah tu. Kira2 setengah jam kemudian isteri saya sampai untuk membawa saya pulang. Kos yang terlibat termasuk sewa katil ialah RM61/= OK tu (ubat angin 2 jenis, ubat tahan sakit 1 jenis). Sepanjang Sabtu Ahad saya masih rasa sakit sekali sekala. sakit dan hilang. selang 2-3 jam.
Hari Isnin hari kerja seperti biasa saya solat di surau dalam keadaan sihat wal'afiat tidak sakit. Selepas solat saya mengenakan baju kerja untuk ke tempat kerja. Perut saya rasa senak2. Saya maklumkan kepada isteri dan anak saya terasa senak perut. Anak saya pesan sampai Putrajaya nanti jangan lupa pergi ke klinik putrajaya ayah!. Saya memang nekad nak pergi ke klinik putrajaya sebab bimbang ingatan doktor yang memberitahu jika sakit berulang kemungkinan ada batu karang.
Tetapi belum sampai putrajkaya, di jalan pahang saya rasa sakit perut yang teramat sangat sama seperti hari sabtu lalu dan saya terus pandu kereta ke Hospital yang ada di Jalan Tun Razak. saya daftar di unit Kecemasan. Doktor yang bertugas memeriksa saya dan mengambil sampel air kecing. Dia dapati didalamnya ada titisan darah yang tidak nampak oleh mata kasar. Lebih dari 100 molekul darah. maknanya ada something inside saluran. Dia kata mungkin batu karang. Doktor tersebut nasihatkan supaya buat ultra sound. Kata saya kenapa tak extray. Katanya Xtray tak akan nampak batu karang kecuali dah besar sangat. saya setuju buat ultrasound. maka saya pun buat ultrasound. Doktor imej memaklumkan bahawa tiada nampak batu karang kecuali saluran dekat buah pinggang kira bengkak dan ada satu titik putih yang tidak pasti apa dia. Katanya mungkin itu batu karang kecil.
saya tak puashati sebab doktor kata kemungkinan. maknanya tak pasti. saya kata macam mana kalau saya hendak tau betul2 dengan pasti?. Doktor kata kena buat CT Scan. saya tanya buat CT Scan mahal ke sebab saya tiada insuran. Ini kena bayar sendiri. Dokror kata dalam RM400. Ultrasound saja dah RM200 katanya. saya congak2 tak sampai RM1000 dan diakui katanya tak sampai.
Saya setuju buat CT Scan sebab dalam fikiran saya kenapa tidak sanggup sedangkan buat service kereta pun pernah sampai RM5000. Ini service diri sendiri. Tak kan tak sanggup?. mana priority kita?
YA.... SEMUA ORANG SANGGUP BELI INSURAN KERETA TAPI JARANG SANGGUP BELI INSURAN KESIHATAN DIRI. MARILAH KITA TUKAR PRIORITY KITA. BELILAH INSURAN KESIHATAN
SuperMind@MindaBistari nasihatkan supaya Semua Orang Membeli Insuran Kesihatan mulai sekarang.
Wednesday, June 30, 2010
Monday, June 28, 2010
KOS RAWATAN : HOSPITAL SWASTA PERLU JUJUR
Saya sebenarnya terbaca artikel dari laman http://www.yadim.com.my/Kesihatan/KesihatanFull.asp?offset=5&Id=175
yamg mengulas isu kos rawatan di hospital swasta.
Saya rasa ada betulnya dakwaan artikel tersebut. Lebih2 lagi apabila pesakit ada insuran kesihatan.
Saya nak lihat berapa kos saya kena. Saya tiada insuran kesihatan (sebab kalau tengok senarai panel bagi insuran kesihatan saya, hospital yang saya masuk ni tak disenaraikan dalam panel). Tak apalah mahalpun tak apa untuk saya jadikan modal bicara. Esok (29.6.2010) saya akan terima kos keseluruhan.
artikel yang saya maksudkan
Kos Rawatan Mahal: Pilihan di Tangan Pengguna
05 December 2007
Oleh MD. ZAN SAARI
KADAR kesedaran rakyat Malaysia tentang kesihatan serta isu-isu berkaitan dengannya boleh dikatakan amat baik ketika ini.
Meskipun lebih rendah berbanding negara-negara maju dan masih terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian, warga negara ini kini mula memberi tumpuan tentang pentingnya kesihatan berbanding satu ketika dahulu. Antara faktor yang menyebabkan fenomena ini ialah kempen kesihatan yang giat dilancarkan kerajaan.
Kempen seperti Tak nak Merokok, Amalkan 5M, hapuskan nyamuk Aedes dan sebagainya mula memberi kesan kepada penduduk negara, kerana ia dijalankan secara konsisten dan berterusan.
Seperti yang dinyatakan tadi, kempen tersebut dilaksanakan secara konsisten, iaitu tanpa henti untuk beberapa ketika, adakalanya memakan masa bertahun-tahun.
Tahun demi tahun dan hasilnya, kesedaran tentang kesihatan yang semakin tinggi di negara ini menyebabkan rakyat tidak kisah dan sanggup berbelanja lebih untuk kesihatan.
Jika ditinjau, bilangan hospital swasta di negara ini juga bertambah dengan pesat sejak kebelakangan ini. Pertambahan ini sudah pasti boleh dikaitkan secara langsung dengan kesedaran tentang pentingnya kesihatan dikalangan rakyat.
Pun begitu, timbul pula kesan kurang enak didengar apabila terdapat hospital-hospital swasta yang kurang bertanggungjawab bertindak mengenakan caj terlalu tinggi untuk mengaut keuntungan lebih dalam jangka masa singkat.
Apatah lagi bila pesakit diberikan rawatan yang sebenarnya tidak perlu, tetapi sengaja diada-adakan supaya hospital dapat mengenakan caj lebih.
Senarionya sama seperti kita menghantar kenderaan ke bengkel akibat kerosakan yang sebenarnya kecil. Namun, oleh kerana pengetahuan tentang dunia automotif yang terhad (atau tiada langsung), bengkel mengambil kesempatan mengada-adakan kerosakan kenderaan pelanggan mereka untuk mengaut untung lebih.
Berbalik kepada kes hospital swasta tadi, secara jujurnya, berapa ramaikah antara kita yang mempunyai pengetahuan mendalam tentang dunia perubatan, rawatan, preskripsi dan sebagainya?
Mungkin ramai yang sudah menjawab tidak tahu, namun apa yang penting sekarang ialah mengambil tahu atas apakah kita dicaj dengan bayaran-bayaran tersebut.
Fenomena ini turut mendapat perhatian kabinet apabila Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mendedahkan di dalam akhbar-akhbar utama pada 4 Disember, terdapat kes di mana pesakit dikenakan caj yang ´mengarut´ semasa menerima rawatan di sebuah hospital swasta.
Bayangkan, apabila doktor datang ke katil anda sebanyak 15 kali sehari untuk membuat ´pemeriksaan´ yang sebenarnya tidak perlu, dan setiap pemeriksaan itu dikenakan caj RM200.00.
Soi Lek juga berkata, caj yang dikenakan terus meningkat kerana faktor ubatan-ubatan, peralatan, teknologi maklumat serta komunikasi dan pengkomersilan amalan perubatan.
Namun menurut beliau, orang ramai boleh membuat aduan kepada Majlis Perubatan Malaysia yang bertanggungjawab meneliti sama ada ia membabitkan tindakan tidak beretika sesetengah hospital apabila mengenakan caj tidak berpatutan.
Selain itu, kadar ´penginapan´ yang dikenakan oleh hospital swasta juga sememangnya mahal, malah menyamai kadar yang di hotel-hotel mewah, juga perlu diberi perhatian.
Mungkin disebabkan persaingan yang semakin hebat, kadar bayaran yang dikenakan oleh mereka didapati berada pada lingkungan hampir sama, sekitar RM200 untuk bilik satu katil.
Berikut merupakan kadar bayaran yang dikenakan oleh enam hospital swasta popular di negara ini untuk bilik satu katil bagi satu malam.
Hospital Pantai (Klang) RM200.00
Pusat Perubatan Pantai (Bangsar) RM238 hingga RM488*
Pusat Perubatan Mahkota (Ayer Keroh, Melaka) RM 190.00 hingga RM 220.00*
Hospital Pusrawi (Kuala Lumpur) RM200
Intan Gleneagles (Kuala Lumpur) RM230
Pusat Perubatan Subang Jaya (Subang Jaya) RM198.00 hingga RM308.00*
* bergantung kepada wad
Bagaimanapun, perlu diingat di sini caj yang tertera belum termasuk lima peratus cukai kerajaan/perkhidmatan kecuali bagi Hospital Pusrawi.
Untuk sejumlah wang yang banyak, antara kemudahan yang disediakan ialah set televisyen, peti ais dan tandas untuk kemudahan para pesakit.
Hospital juga menyediakan empat hingga lima hidangan sehari, malah ada juga hospital yang menyediakan pilihan hidangan kepada pesakit sama ada masakan barat, tradisonal Melayu ataupun Cina.
Kini, ada juga hospital yang mempunyai wad mewah, dengan menyediakan ´Presidental Suite´ serta Wad Antarabangsa dan pelbagai lagi kemudahan kepada mereka yang mampu membayarnya.
Justeru, pihak hospital mungkin beranggapan, caj mahal yang dikenakan adalah berpatutan, sesuai dengan apa yang ditawarkan mereka kepada pesakit.
Dan bagi para pesakit yang mampu pula, mereka tidak kisah untuk membayarnya, kerana apa yang diinginkan ialah perkhidmatan yang terbaik daripada pihak hospital.
Bagi para pesakit yang mempunyai perlindungan insuran atau mempunyai kelebihan di mana bayaran kemasukan dan rawatan di hopsital adalah ditanggung majikan, mungkin tidak mempunyai banyak masalah, namun bagi yang terpaksa mendapatkan rawatan di hopsital ini, harga yang dibayar bukannya sedikit.
Satu perkara lagi yang perlu diberi perhatian ialah mengapa kini hopsital swasta mula menjadi pilihan orang ramai untuk mendapatkan rawatan, sedangkan kita sedia maklum, kos di hospital kerajaan adalah jauh lebih murah.
Perkhidmatan di hospital kerajaan seringkali dikaitkan dengan perlahan, lembab dan tidak cekap. Walaupun sukar diakui, ia merupakan stigma dan tanggapan masyarakat yang amat sukar dikikis.
Anggapan -anggapan bahawa hopsital kerajaan kekurangan katil, kekurangan doktor, lambat memberikan perkhidmatan, jururawat yang tidak mesra pelanggan dan sebagainya kerap dilontarkan pada hospital kerajaan.
Ini ditambah lagi dengan beberapa insiden kecuaian yang mengakibatkan pesakit menerima akibatnya seperti yang berlaku kepada Lai Yoke Shan, bayi berusia dua minggu yang tersalah suntik mengakibatkan sel tangan kirinya mati di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Orang ramai juga tentu tidak akan melupakan kejadian seorang suri rumah dari Kampung Padang Pekan, Kedah, Bashah Mustaffa, 54, yang menerima darah dicemari kuman HIV di Hospital Jitra tujuh tahun lepas.
Kejadian-kejadian seperti inilah yang menyebabkan semakin ramai pengguna beralih kepada rawatan di hospital swasta, walaupun sedar kosnya mahal.
Mungkin sepatutnya diwujudkan satu garis panduan tenatang jumlah caj yang wajar dikenakan ke atas seorang pesakit sekiranya mendapatkan rawatan di hospital swasta jika tidak mahu masalah ini terus membebankan rakyat, yang sebenrnya hanya mahu mendapatkan rawatan terbaik untuk diri dan keluarga mereka.
Namun, pilihan untuk mendapatkan rawatan samada di hospital swasta ataupun kerajaan sebenarnya terletak di tangan pengguna itu sendiri...

Saturday, June 26, 2010
Menyediakan Kemudahan Untuk Keselesaan Pelanggan
Sesebuah agensi atau sesiapa sahaja yang menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan perlu mencari dan melaksanakan idea-idea baru untuk memberi keselesaan kepada pelanggan. Di klinik misalnya, pelanggan-pelanggan adalah terdiri daripada orang yang sakit. Orang yang sakit ini perlukan tempat duduk yang selesa. Oleh itu klinik perlu menyediakan tempat duduk yang selesa. Sekarang ini teknologi paparan maklumat sudah moden, maka adalah baiknya setiap klinik memaparkan maklumat interaktif melalui skrin LCD atau TV. Sediakan bilik yang mempunyai katil yang boleh disewa mengikut jam misalnya (ini kemudahan bagi yang berkemampuan). Kemudahan surau dan toilet juga perlu selesa.
Di pejabat kerajaan pula, mana-mana pejabat pun mesti sediakan ruang menunggu untuk pelawat. Sediakan pamplet2 yang memberi maklumat kepada pelanggan. Pelawat tidak boleh sewenang-wenangnya berkeliaran dalam pejabat tanpa diiringi oleh staf pejabat. Mesti wujudkan mekanisme untuk kemasukkan pelawat atau vendor. Dan macam-macam lagi yang perlu difikirkan.
Di rumah persendirian juga mesti sediakan ruang tamu. Supaya bila tetamu datang ke rumah, mereka tahu di mana sepatutnya mereka duduk.
Selamat menyediakan kemudahan untuk keselesaan pelanggan masing-masing.

Friday, June 25, 2010
Marilah sama-sama kita amalkan Solat Tahajjud dan baca AlQuran di Separuh Malam
Keadaan dunia yang penuh dengan onak dan duri ini, hati orang-orang Islam perlu diperingatkan supaya tidak hanyut dengan kelalaian dunia. Umat Islam akan menjadi kuat sekiranya kita semua bertekad dan berusaha untuk mengikhlaskan diri kita kepada Allah. Usaha untuk melatih keikhlasan boleh dimulakan dengan bangun solat malam. Marilah kita sama2 melaksanakannya.
Rujuk Surah Al-Muzzammil (1-10)
Wahai orang yang berselimut!.Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil”.(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.(Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik.

Pihak Berkuasa Perlu Kawal Rumah Yang Tidak Diduduki
Setiap kali projek perumahan siap, kebanyakan rumah ada pemiliknya. Maknanya rumah tersebut habis dijual. Malangnya setelah dua tiga tahun siap. Pemiliknya tidak menghuninya dan tidak pula disewakan. Yang tertampal ialah For Sale atau Untuk Dijual. Kalau harga asal RM350,000 maka bila dah siap harganya meningkat antara RM400Ribu- RM500Ribu.
Senario ini menunjukkan orang yang banyak duit akan menjadikan rumah sebagai aset pelaburannya. Mungkin kebanyakan rumah yang tidak diduduki itu adalah pemilik yang sama. Perkara ini seolah-olah memanipulasikan harga rumah. Ini sama juga dengan sorok gula untuk mendapatkan harga yang tinggi. Mereka ini simpan rumah untuk menaikkan harga rumah.
Oleh itu saya mencadangkan supaya Pihak berkuasa memantau perniagaan jenis ini, mungkin boleh buat polisi menghadkan pemilikan rumah oleh individu.
Rumah kosong mengundang nyamuk dan punca pecah masuk rumah jiran. Rumah tu kosong, rumah jirannya berpenghuni. Penjahat akan bersembunyi di rumah kosong. Bila tiba waktu dia akan panjat bumbung dan masuk ke rumah jiran bila jiran tiada dirumah.

Thursday, June 24, 2010
Perlu Haramkan Gadis Melayu Berseluar Pendek
Sejak kebelakangan ini terlalu ramai perempuan Melayu berseluar pendek. Agaknya mereka tak tau Aurat mereka haram didedahkan. Supermind@Mindabistari berpandangan negara perlu ada etika berpakaian Gadis Melayu. Wahai gadis Melayu yang akil baligh janganlah menjadi sebahagian dari penambah dosa orang lain. Tak usahlah berseluar pendek. janganlah tiru orang yang tidak sopan tu.....mereka itu melampaui batas.
Rujuk Surat An-Nur
[30]
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
[31]
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Wednesday, June 23, 2010
Pendidikan Seks Di Sekolah Bukan Penyelesaian Yang Baik
Setelah berfikir dari pelbagai sudut maka pandangan SuperMind@MindaBistari memutuskan bahawa pendidikan seks di sekolah bukanlah satu penyelesaian yang konkrit. Pendidikan sedemikian boleh dilaksanakan sekiranya dalam waktu yang sama kita dapat menghapuskan (mengurangkan sehingga seminima yang mungkin) video seks, majalah seks, kandungan internet lucah, pakaian artis yang seksi, perangai selebriti yang ala perempuan night club dan seumpamanya. Pada masa ini pengaruh persekitaran lebih bahaya dari pengetahuan ilmu seks.
Ya Allah ya Tuhanku, kau jadikanlah hati-hati kami cenderung kepada kebaikan dan menjauhi keburukan. Sesungguhnya kami akan berusaha mendekati Mu ya Allah.

Tuesday, June 22, 2010
Anugerah Negara perlu merangkumi semua bidang
Saya berpendapat sesiapa yang terlibat dalam menentukan anugerah di peringkat negara supaya mengkaji dan mencari individu2 atau syarikat atau pertubuhan atau seumpamanya yang telah banyak berjasa dan menaikkan nama negara. Kadang-kadang sumbangan mereka tidak dihargai walaupun telah dikenali di peringkat global. Anugerah yang biasa kita dengar ialah anugerah kepada artis, ahli sukan, pendaki gunung dan sebagainya. Sedangkan bidang lain yang lebih menyumbang kepada pendapatan negara atau nama negara tidak dihiraukan dan tidak dipandang langsung. Saya teringat kepada masalah sistem komputer di KLIA pada masa nak mula dulu. Syarikat antarabangsa tak boleh selesaikan dan dengar kata syarikat tempatan dapat menyelesaikan masalah. Selepas itu syarikat tersebut terkenal di seluruh dunia. Difahamkan lebih dari 15 airport telah menggunakan khidmat warga tempatan ini. maknanya syarikat atau individu ini pastinya penyumbang kepada nama negara dan ekonomi negara (kerana mendapat wang dan dibawa pulang ke tanahair). Individu/syarikat berkenaan patut diberi anugerah di peringkat negara. Itu sebagai contoh sahaja.
Misalan yang saya berikan hanyalah untuk membuka minda Pemberi Anugerah supaya lebih perihatin untuk memajukan kesemua bidang.

UNIVERSITI KHUSUS PERLU DIWUJUDKAN
Dulu kita ada Universiti Pertanian. Iaitu satu-satunya universiti khusus untuk pembelajaran dalam bidang PERTANIAN. Akan tetapi ada usaha yang mahukan Universiti tersebut menawarkan kursus2 lain. Maka dari pertanian ditukar kepada PUTRA.
Saya berpandangan kita perlu wujudkan semua Univerti Khusus untuk satu-satu bidang. Biarlah universiti tersebut menjadi pengeluar expertise (pkar-pakar dalam bidang tersebut). Misalnya Universi ICT. Universiti ini hanya fokus kepada bidang ICT. Baik dari penggunaan perisian sedia ada, kita juga berusaha mengajar pelajar supaya membangun perisian sendiri atau chip sendiri. Begitu juga lain-lain bidang. Tujuan kita ialah untuk menjadikan Malaysia sebagai PENGELUAR PRODUK bukanya hanya pengguna produk.
sama2lah kita fikirkan dan laksanakan.

Sunday, June 20, 2010
Ya Allah ampuni daku kerana ada janji yang terlupa aku tunaikan
Pagi tadi sepatutnya saya menghadiri satu mesyuarat persatuan. Saya dah janji nak hadir tapi entah macam mana saya terlupa. Betul2 terlupa. Tak ada pulak sms dari kekawan exco yang mengingatkan saya. Jadi saya belek2 lah dalam alQuran. Maka terjumpalah ayat di bawah barulah lega sebab hanya ALLAH yang tidak pernah lupa. Manusia pasti ada ketikanya lupa. Lebih-lebih lagi manusia Melayu. Bak kata mantan PM "Melayu mudah Lupa". Saya mohon maaf kepada exco persatuan berkenaan.
Surah Ta-Ha.
Ayat [52]
Nabi Musa menjawab: “Pengetahuan mengenainya ada di sisi Tuhanku, tertulis di dalam sebuah Kitab; Tuhanku tidak pernah keliru dan Ia juga tidak pernah lupa”.

Saturday, June 19, 2010
HATI KITA HENDAKLAH BERSIH SEPANJANG MASA
Orang-orang yang beriman akan menjaga hati supaya bersih dan sentiasa mengingati Allah. Penyakit hati yang perlu dijauhi iaitu:
01. Benci membenci
02. Gembira atas kesusahan orang lain
03. Dukacita atas kejayaan orang lain
04. Mengharapkan keburukan terhadap orang lain
05. Tidak suka memohon maaf dan memaafkan
06. Hasad dengki
07. Dendam
08. Bakhil atau kedekut
09. Buruk sangka terhadap orang lain
10. Tidak bertolak ansur
11. Tidak bertimbang rasa
12. Berat Tulang dan tidak suka menolong
13. Tamak
14. Degil dan keras hati
15. Mementingkan diri sendiri
16. Sombong
17. Tidak sabar
18. Memandang hina kepada orang lain
19. Riak
20. Bangga Diri
21. Rasa diri bersih dan suci.
sumber :http://fuadhashim63.blogspot.com/2009/10/penyakit-hati.html
Dan ingatlah bahawa di akhirat kelak segala yang terpendam di dalam hati akan TERBONGKAR di hadapan Allah. Rujuk Surat At-Tariq ayat 9. (sumber : http://www.alquran-melayu.com)
86. At-Tariq
[1]Demi langit dan “At-Taariq”; -
[2]Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia “At-Taariq” itu? -
[3](At-Taariq) ialah bintang yang menembusi (sinaran cahayanya);
[4]Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga (keadaannya serta menyimpan catitan mengenai segala bawaannya).
[5](Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan.
[6]Ia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim) -
[7]Yang keluar dari “tulang sulbi” lelaki dan “tulang dada” perempuan.
[8]Sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk mengembalikannya (hidup semula sesudah mati),
[9]Pada hari didedahkan segala yang terpendam di hati (dari iktiqad, niat, dan lain-lainnya),
[10]Maka (pada saat itu) tidak ada bagi manusia sebarang kekuatan (untuk membela diri), dan tidak ada penolong (yang dapat memberikan pertolongan).
[11]Demi langit yang berulang-ulang mencurahkan hujan,
[12]Dan bumi yang merekah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan,
[13]Sesungguhnya keterangan Al-Quran adalah kata-kata pemutus (yang sebenar),
[14]Dan bukanlah ia kata-kata yang olok-olok.
[15]Sesungguhnya mereka (yang menentangmu, wahai Muhammad) bermati-mati menjalankan rancangan jahat,
[16]Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka, dan menggagalkannya).
[17]Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa.
SEKIAN TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Friday, June 18, 2010
Hubungan PASARAYA BESAR dengan Harga Barangan dan Industri Kecil & Sederhana
Isu harga barang meningkat dan perkembangan industri kecil & sederhara yang malap, pada pandangan supermind@mindabistari pasti ada kaitan dengan Peningkatan ketara Gedung-gedung pasaraya besar yang rata-rata milik asing (bukan milik raykat Malaysia). Kita lihat sekarang di mana-mana bandar sama ada kecil atau besar pasti ada PASARAYA BESAR yang berkonsepkan One Stop Center (SEMUA ADA DI SITU). Struktur organisasi yang kukuh membolehkan Pasaraya Besar ini mengawal harga barang-barang. Kisah suruk gula misalnya, bagi sebuah pasaraya besar pastinya berupaya menyimpan stok dalam kuantiti yang banyak sebab mereka banyak cawangan di serata Malaysia. Kalau mereka simpan lebih dari sepatutnya mestilah akan memberi kesan kepada stok gula sedia ada di pasaran.
Pasaraya2 ini pula ada mengeluarkan produk sendiri dan bukan dari industri kecil sederhana. Saya yakin mereka buat industri sendiri. Oleh itu pihak berwajib perlu membuat pemantauan ke atas pasaraya2 yang ada di Malaysia ini. Saya juga sangat yakin, Pasaraya Besar ini menurunkan sebahagian barang dan menaikkan melampau kepada sebahagian barang-barang lain. Apabila pengguna membeli barang berjenis2, saya pasti pasti pengguna akan terambil barang yang terlalu Mahal dan yang murah. Jika dihitung2 tak untung pun pengguna sama dengan beli dikedai runcit.
Jadi rumusan yang saya nak sampaikan ialah "Perkembangan Pasaraya Besar perlu di kawal dan dipantau supaya tidak merugikan pengguna & Peniaga Kecilan".

Tuesday, June 15, 2010
Bangunan Terbengkalai, Rumah Kosong, Kedai Tak beroperasi PUNCA Nyamuk
Sekali lagi saya ulang pandangan saya mengenai punca meningkatnya penyakit denggi ialah disebabkan banyaknya bangunan terbengkalai, rumah kosong yang lamannya semak, kedai siap tapi tidak beroperasi kalau beroperasi pun tidak laku. banyaknya perkara-perkara tersebut akan memudahkan pembiakan nyamuk. Kita juga mungkin berpengalaman, jika bilik di dalam rumah kita tak digunakan dan kita biarkan kosong lama-kelamaan bilik tersebut juga banyak nyamuk.
Jadi saya ingin mencadangkan supaya ada usaha untuk meminimakan pembangunan rumah kedai & rumah kediaman. Pastikan rumah dah siap ada penghuninya, kalau tiada maknanya pembangunan melebihi keperluan.
Saya berkeyakinan rumah dan bangunan siap tetapi kosong adalah milik sebahagian orang yang mampu dan mereka beli hanya untuk disimpan sebagai pelaburan pada masa akan datang. Akibatnya rumah dan bangunan kekal TINGGI harganya.
SATU KAJIAN MENYELURUH PERLU DIBUAT BAGI MENGELAKKAN PELABURAN JANGKA PANJANG yang merosakkan ekologi masa kini. Cetusan minda...ayat tunggang langgang. Asal maksudnya sampai.

Monday, June 14, 2010
KESIHATAN AMAT PENTING
Kita sebagai insan yang menjadi Hamba Allah hendaklah menjaga kesihatan. Semasa kita sihat kita jangan lupa pulun habis-habis membuat perkara-perkara kebaikan. Jangan sesekali membuat perkara mungkar. Hargailah kesihatan kita. Lakukan Solat dengan lebih kerap (solat sunat). Jangan sesekali menghisap rokok sebab rokok akan membuatkan kita tidak sihat. Batuk. Berkahak. dan mencemarkan orang lain.
Rujuk Al-Qalam Ayat 43
[43]
Sambil pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan; dan sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat.
sumber http://www.alquran-melayu.com

Saturday, June 12, 2010
Ingat! Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim
Rujuk AL-Quran surat Al-Jumu'ah
Ayat [5]
(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.
Ayat [6]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai orang-orang yang berugama Yahudi, kalau kamu anggap bahawa kamulah sahaja orang-orang yang dikasihi Allah tidak termasuk umat-umat manusia yang lain, maka bercita-citalah hendakkan mati (dengan meminta kepada Allah supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar!”
Ayat [7]
Dan (sudah tentu) mereka tidak akan bercita-cita hendakkan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang mereka telah lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu.
sumber: http://www.alquran-melayu.com
SEKIAN

Saya bukan penggoda. Satu tajuk utama dalam Metro Ahad 13 Jun 2010
Gambar yang disiarkan adalah terlalu SEKSI bagi seorang artis yang imejnya baik dalam drama TV (TIZ ZAQYAH). Dulu saya ada komen dalam blog ini mengenai Pancaindera sebab selalu siar gambar seksi. Kali ini saya nak tegur Metro Ahad juga sebab siarkan gambar SEKSI yang menyiksakan sebahagian orang awam.
Ke arah Modal Akhbar (barulah membantu usaha Modal Insan)

Bilangan Solat Subuh Berjemaah di Surau/masjid Pada Pagi Sabtu dan Ahad Kurang Berbanding Isnin hingga Jumaat
Kalau mengikut logik akal, bilangan solat subuh berjemaah di surau/masjid pada hari Sabtu dan Ahad adalah lebih ramai berbanding hari bekerja (Isnin-Jumaat). Tetapi berlaku adalah sebaliknya. Rupa-rupanya Orang Kita bangun pagi hanyalah pada waktu bekerja sebab Kena Pergi Kerja. Hari Sabtu dan Ahad adalah hari balas dendam.
Saya harap pembaca artikel ini tidak begitu. Biarlah kita Memang Bangun Pagi Sebelum Subuh, walau sepenat manapun. InsyaAllah, ada usaha akan berjaya dengan keizinanNya.

Friday, June 11, 2010
AlQuran sebagai Polisi(Dasar)& Hadis Nabi sebagai Garis Panduan
Sesuatu produk telah ditetapkan polisinya supaya produk tersebut berfungsi dengan baik. Selepas polisi diwujudkan pemilik yang bertanggungjawab akan menyediakan garis panduan. Garis panduan ini ialah bagi memudahkan orang merujuk secara lebih jelas dan terperinci. Selepas garis panduan, (bergantung kepada kerumitan) dibuatnya metodologi atau kaedah dan seterusnya manual pengguna iaitu step by step proses bagi memastikan produk tersebut berfungsi dengan sempurna.
Misalnya kereta, polisi telah ditetapkan iaitu kereta mesti ada stering yang gunanya untuk memusingkan arah yang hendak dituju, tayar yang boleh bergolek untuk menggerakkan kereta, engine untuk menghidupkan mekanikal yang boleh menggerakkan skru-skru tertentu dan sebagainya. Engine contohnya, panduan yang diberi ialah kena servis selepas 5,000 km bagi kereta jenis tertentu dan 10,000 km bagi kereta jenis lain. Bagi membolehkan tayar bergolek pula, garis panduan dibuat seperti tayar mestilah bulat dan dibuat daripada getah bagi kereta persendirian dan menggunakan besi bagi streamroll. Kemudian Manual perlu disediakan bagi memberitahu bagaimana untuk memandu kereta.
Sekiranya polisi, garis panduan dan manual tidak dipatuhi maka kereta tersebut akan cepat rosak, malfunction, dan tak berfungsi sebagai fungsi kereta.
Begitu juga dengan manusia. Allah Yang Maha Kuasa yang menciptakan manusia telah menyediakan AlQuran sebagai Polisi(Dasar), Hadis Nabi sebagai Garis Panduan. Manual pula ditulis oleh alim ulamak sebagai manual berpandukan AlQuran dan hadis. Oleh sebab manusia tidak mengikut Polisi dan garispanduan yang telah ditetapkan Allah inilah yang menjadi punca MANUSIA banyak yang rosak hari ini.
Oleh itu semua manusia perlu memainkan peranan masing-masing supaya kita hidup mematuhi (comply) ALQuran dan Hadis. Dengar dan Taat. Jangan cuba nak ubah polisi tersebut.
Sekian, terima kasih.

Bacalah AlQuran sebab di dalamnya banyak ILMU yang akan diperolehi
68. Al-Qalam
[1]
Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis, -
[2]
Engkau (wahai Muhammad) – dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu – bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana).
[3]
Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang amat besar, yang tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam);
[4]
Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.
[5]
Maka (tidak lama lagi) engkau akan melihat, dan mereka juga akan melihat, -
[6]
Siapakah orangnya yang gila di antara kamu semua.
[7]
Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.
[8]
Oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan) janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (ugama Allah).
[9]
Mereka suka kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak ansur berlemah-lembut (pada zahirnya terhadapmu).
[10]
Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), -
[11]
Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), -
[12]
Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum ugama, lagi yang amat berdosa, -
[13]
Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya.
[14]
Adakah kerana ia seorang hartawan dan ramai anak-pinaknya (maka ia mendustakan ugama Kami)? -
[15]
Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat keterangan Kami, ia berkata: ” (Ini ialah) cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala”.
[16]
(Orang yang bersifat demikian, akan didedahkan kehinaannya) – Kami akan adakan tanda di atas hidungnya (yang berupa belalai itu).
[17]
Sesungguhnya Kami telah timpakan mereka dengan bala bencana, sebagaimana Kami timpakan tuan-tuan punya kebun (dari kaum yang telah lalu), ketika orang-orang itu bersumpah (bahawa) mereka akan memetik buah-buah kebun itu pada esok pagi; -
[18]
Serta mereka tidak menyebut pengecualian.
Seterusnya rujuk http://www.alquran-melayu.com

Thursday, June 10, 2010
JANGAN BUAT LAGI YA....
Saya perhati ada di antara pengunjung2 mana-mana jamuan ada - di antara orang kita tapau makanan (bungkus makanan untuk di bawa pulang) sebelum majlis habis. Perkara ini tidak manis dipandang. Jangan buat lagi ya...
Wednesday, June 9, 2010
Masjid Tersergam Indah di pekan SETAPAK tiada tempat parking kereta
Masjid di pekan SETAPAK sukar untuk dikunjungi kerana ketiadaan tempat parking kereta. Tapi agak hairan kenapa masjid warisan di sebelahnya seolah-olah tiada fungsi. Tempat parking ada di situ tapi tidak dapat digunakan. Saya cadang supaya pagar dibuka untuk kereta masuk ke parking di situ. Ini akan memudahkan pengunjung yang ingin bersolat.
Monday, June 7, 2010
SEPANG CIRCUIT LITAR F1 LUMBA KERETA DI SEPANG SONY CYBER SHOT
Sukan-sukan antarabangsa akan menaikkan nama Malaysia tetapi hendaknya penganjuran tersebut tiada perkara maksiat. Majulah sukan untuk Negara. sila klik iklan SONY CYBER-SHOT melalui Supermind@Mindabistari.
Subuh Berjemaah di Surau/Masjid - Kemana pergi anak-anak muda?
Saban tahun negara kita telah melahirkan ribuan pelajar sekolah agama dan sekolah tahfiz. Negara kita juga mempunyai universiti dan kolej Islam. Sudah tentu setiap tahun akan melahirkan ribuan graduan-graduan yang berp[endidikan Islam. TETAPI saya hairan kenapa di surau dan masjid hanya kelihatan orang-orang separuh umur atau sudah pencen sahaja yang melaksanakan solat berjemaah? Kemana pergi pemuda-pemuda kita? Satu kajian perlu dilakukan untuk menilai sejauh mana kesannya kesedaran untuk meimarakkan surau dan masjid di kalangan anak-anak muda kita.
Di sini saya menyeru anak-anak muda terutamanya graduan-graduan datanglah ke surau dan masjid berhampiran tempat anda dan penuhkanlah saf-saf di waktu solat subuh. InsyaAllah ISRAEL akan gerun melihat ramainya umat Islam dah sanggup bangun pagi nuntuk solat subuh.

KURANG RASA KASIH SAYANG KEPADA IBU BAPA PUNCA REMAJA ROSAK AKHLAK
Walaupun pandangan saya ini bukan secara ilmiah tetapi secara intuisi boleh jadi ada benarnya. Kita lihat remaja sekarang sukar dikawal oleh keluarga, kenapa?. Sebabnya ialah kurangnya rasa kasih sayang di antara ibubapa dan anak. Perkara ini mungkin juga ada kaitan dengan pemisahan ibu dan anak dalam usia muda. Satu kajian harus dibuat terhadap kesan kanak-kanak masuk asrama selepas tahun 6. Sebab usianya baru 12 tahun telah berjauhan dengan ibubapa dalam jangka masa yang lama. Lepas itu anak tersebut terus belajar ke Pusat Pengajian tinggi atau oversea.
Bukan itu sahaja, sebelum beliau ke asrama, dalam usia 1-5 tahun anak tersebut di asuh oleh amah atau tinggal di Nursery. Bila dah sekolah, beliau banyak berada di sekolah bersama kawan-kawan. Ibubapa pula balik lambat dari tempat kerja. Anak pula malam2 tusyen. Jadi berapa sangat masa ibubapa bersama anak-anak.
Keadaan ini menyebabkan anak-anak lebih akrab dengan kawan berbanding ibubapa. kasih sayang kepada ibubapa hanyalah retorik semata-mata.
Saya banyak juga perhatikan ada si ibu memakai tudung, tetapi anak-anaknya tidak bertudung malah ada anak perempuannya berseluar ketat atau pendek. Kenapa? sebab bila ibu tegur, anak-anak ini memberontak dan pelbagai alasan diberikan. Maknanya ibubapa dah tak boleh menyuruh anaknya mengikut kehendak ibubapa.
Anak-anak berkawan bebas lelaki dan perempuan. Ditambah pula dengan video2 sex yang mudah diperolehi. Mereka mungkin menonton bersama-sama. Kalau belajar di oversea dah biasa. Pengaruh video sex ini memang dahsyat. tambah tak ada IMAN, hancur bang!!!.
Oleh itu, saya ingin nasihatkan kepada ibubapa yang muda-muda ini, rapat-rapatlah dengan anak-anak. kalau boleh baliklah awal ke rumah untuk anak-anak. Bila Cuti Sekolah, ajaklah anak-anak anda bersiar-siar. Jalinkan kasih sayang sebab Kasih sayang menjadi perisai dari kejahatan hawa nafsu.
Al'Israa' [Ayat 24]
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

Sunday, June 6, 2010
SEDIA DAN SEMAK CHECKLIST
Petang tadi (6.6.2010) kira-kira jam 3.45 petang, saya berada di hadapan sebuah kedai fast food yang ada perkhidmatan delivery order. Tiba-tiba saya terlihat seorang pekerja delivery order keluar dari kedai menuju ke motosikalnya untuk menghantar pesanan pelanggan. Dalam waktu yang sama saya lihat beg yang mengisi barang pesanan tidak dizipkan. Mungkin dia terlupa. Saya nak tegur tapi beliau agak laju dan jauh (saya tak biasa menjerit, jadi saya tak sempat nak tegur). Tambahan pula saya memegang banyak barang yang dibeli dari pasaraya berhampiran. Jadi saya biarkan sahaja.
Selang beberapa saat kemudian, pekerja penghantar pesanan tadi melintasi di depan saya dan saya lihat burger jatuh dari beg pesanan dan saya lihat sebungkus lagi hampir jatuh. Pekerja tersebut tak sedar dan terus memecut motosikalnya dengan gah. Saya menjangkakan sepanjang perjalanannya akan jatuhlah apa sahaja yang ada dalam begnya. Apabila sampai ke destinasi, saya pasti habis barang pesanan jatuh.
Apa akibatnya?
1. Pelanggan yang menunggu lama, tiba2 apabila penghantar pesanan datang, barang yang dipesan TIADA.
2. Pekerja penghantar pesanan tersebut akan PANIK. dahlah kena marah oleh pelanggan, beliau juga akan berhadapan dengan tindakan disiplin.
3. Pekerja tersebut sudah pasti kena tanggung kerugian.
4. Imej syarikat fast food tersebut tercemar.
Oleh itu saya nasihatkan supaya setiap pekerjaan hendaklah disediakan senarai semak (checklist) dan setiap pekerja mesti semak checklist sebelum mengambil tindakan seterusnya bagi memastikan tiada perkara yang terlepas pandang.
SEDIAKAN SENARAI SEMAK DAN SEMAKLAH SENARAI SEMAK TERSEBUT BILA NAK MELAKSANAKAN SESUATU PERKARA.

Saturday, June 5, 2010
HORMATILAH IMAM YANG TELAH DILANTIK
IMAM merupakan jawatan tertinggi dalam pentadbiran sebuah masjid. IMAM ini dilantik oleh Jabatan Islam negeri berkenaan. Aktiviti-aktiviti surau biasanya di uruskan oleh Ahli Jawatankuasa Masjid. Di antara aktiviti yang dijalankan ialah kuliah maghrib, kuliah Subuh, dan sebagainya. Biasanya semasa ada program ceramah, penceramah yang dilantik itu akan di minta menjadi IMAM oleh ajk (biro ugama).
Apa yang nak diperingatkan disini ialah hubungan antara ajk dan IMAM mestilah akrab dan saling hormat menghormati. Terlintas saya nak menulis diblog ini ialah supaya perhatian diambil oleh AJK Masjid dan Surau supaya menghormati IMAM yang ditugaskan menjadi IMAM. Sekiranya malam tersebut ada ceramah dan berhasrat untuk meminta penceramah menjadi imam, hendaklah terlebih dahulu meminta izin daripada IMAM.
Apa yang berlaku malam tadi disebuah masjid, seorang IMAM bertanya kepada seorang ajk (kebelulan saya bersebelah ajk tersebut). Begini pertanyaan imam tersebut "SIAPA YANG JADI IMAM INI?" "SEPATUTNYA KALAU NAK GANTI SEBAGAI IMAM, TANYA ATAU MINTA IZIN SAYA DULU. INI SAYA TAK TAU SEDANGKAN SAYA IMAM." Itulah sedikit perbualan yang mencetuskan hati saya supaya menulis di sini.
Sebenarnya perkara itu kecil tetapi AJK Masjid perlu muhasabah diri agar tidak menyinggung mana-mana pihak. Amalkan hormat menghormati antara satu sama lain.
Sama-sama kita membaiki diri kita agar doa-doa dan keinginan kita dimakbul Allah. Termasuklah keinginan kita melihat Bumi Palestin di kembalikan kepada Rakyat Palestin. Berperang kita tak upaya, MAKA DENGAN MEMBAIKI DIRI SUPAYA PERBUATAN KITA DIREDHAI ALLAH juga menyumbang kepada kejayaan Rakyat Palestin dan meruntuhkan kekejaman Zionist.
Marilah kita SOLAT SUBUH berjemaah ramai-ramai seperti ramainya orang solat Jumaat.

Friday, June 4, 2010
BERSEDIALAH MENGHADAPI UJIAN
Boleh dikatakan semua ibubapa meminta anak-anak mereka yang akan menghadapi peperiksaan sama ada UPSR/PMR/SPM/STPM, membuat persediaan rapi, mengikut jadual, menghantar mereka ke tusyen dan seumpamanya semata-mata untuk memastikan anak mereka lulus peperiksaan dengan cemerlang. Mereka sangat takut anak-anaknya gagal.
Tetapi amat jarang sekali ibu/bapa atau individu yang membuat persediaan untuk menghadapi ujian di Padang Mashyar. Kalau lah kita semua boleh usahakan membuat persediaan rapi seperti di atas. Umpamanya menghadiri kelas agama, memperbaiki solat, meninggalkan yang dilarang Allah, mengerjakan perintah Allah, mengajak manusia ke arah kebaikan dan meninggalkan segala yang buruk semata2 untuk memastikan kita lulus ujian ALLAH. Buat perkara ini sebelum MATI.
Sebab 'MATI adalah PASTI' - Buatlah persediaan sebaik-baiknya.

SIAPA ALIEN - WARDINA SAFIYYAH
Saya mengucapkan syabas kepada Wardina Safiyyah kerana telah berjaya menghasilkan buku kanak-kanak. Buku ini telah dilancarkan baru-baru ini di Perpustakaan Negara. Tajuk buku sangat menarik iaitu Siapa Alien (dalam siri kembara ALI ALIEN).
Karekter Ali direka untuk menarik minat anak-anak. sesuatu yang "luar biasa" lebih digemari daripada sesuatu yang biasa mereka lihat.
Ali adalah karekter yang suka bertanya dan tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Ali karekter yang berani. Mengembara ke alam angkasa mengajar anak anda nama-nama planet dan membawa anak anda mengenali bumi dan alam semesta.
Buku ini sesuai kepada kanak-kanak yang baru pandai membaca.
Tahniah sekali kepada Wardina kerana telah menyampaikan ilmu yang ada padanya.
-----------------------------------------------------------------------------
Surah Al-'Alaq
[1]
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
[2]
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
[3]
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
[4]
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -
[5]
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Tuesday, June 1, 2010
NASIHAT UNTUK TUKANG MASAK ATAU PEMBANTU TUKANG MASAK
Saya terasa loya melihat rakaman CCTV yang menunjukkan seorang Amah meludah ke dalam masakan majikan. Sungguh tiada iman langsung sesiapa yang berkepecayaan bahawa dengan meludah ke dalam masakan majikan bahawa beliau akan disayangi.
Saya juga dimaklum oleh seorang rakan bahawa suatu ketika dia terlihat seorang pembuat roti canai TERBERSIN. Beliau telah melihat dengan mata kepala sendiri bahawa orang yang bersin itu menutup mukanya dengan tangan. Lepas tu tanpa basuh tangan beliau menebar semula roti canai. Bayangkan betapa kotornya.

Subscribe to:
Posts (Atom)