Saturday, March 28, 2009

PEROKOK LEBIH HINA DARI LEMBU - Petikan Kata-Kata Tuan Guru Nik Aziz

Petikan dari Harian Metro
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Mutakhir/20090327120034/Article

Perokok lebih hina dari lembu: Nik Aziz


KOTA BHARU: Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.

"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).

"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini. - Bernama

--------------
Saya sokong 100% pandangan ini. Saya juga cadangkan supaya Imam dan Bilal yang merokok di pecat kerana mencemar kesucian Islam. AJK surau/masjid pun mestilah bebas rokok. Doktor pun mesti bebas rokok. Kakitangan Kementerian Kesihatan juga mesti bebas rokok.

No comments:

Post a Comment