Baru-baru ini saya pergi menginap di satu resort di Janda Baik, Bentong Pahang selama 4 hari 3 Malam. Saya dan kekawan berpeluanglah mengelilingi Kampung Janda Baik. Saya sebenarnya tidak pernah ke Janda Baik kecuali sekali dalam masa 1 jam tahun lepas. Itupun ikut orang. Dalam masa singkat saya tidak dapat menghayati keindahan Kampung Janda Baik. Tetapi baru-baru ini apabila saya berpeluang mengelilingi Kampung janda Baik barulah saya sedar bahawa Kawasan Pesekitaran Janda Baik adalah kawasan yang memberi ketenangan. Sepanjang jalan saya mendapati seolah-olah Kampung Dalam Taman.
Saya harap Penduduk Janda Baik pertingkatkan lagi Landskap disekitarnya supaya ia lebih menarik dan menggamit warga kota bercuti di situ. Elakkan membina rumah batu di kawasan itu kekal dan banyakkan rumah kayu. Syabas pihak yang mengawasi Janda Baik.
No comments:
Post a Comment