Friday, March 6, 2009

Dilema Kedaii Empat Tingkat

Saya sangat simpati kepada pekedai-pekedai di Tingkat 2, 3 atau 4 di bangunan kedai 4 tingkat. Mereka amt sukar mendapatkan pelanggan berbanding dengan Aras 1. Situasi ini berlaku kerana orang-ramai tidak suka naik tangga ke tingkat berkenaan. Mereka hanya berkeliaran di Aras 1 (Ground Floor) dan parking kereta depan kedai.

Bagi menyamaratakan taburan pelanggan, saya mencadangkan supaya pembangunan kedai 4 tingkat yang baru hendaklah merekabentuk kedai empat tingkat yang adil bagi semua tingkat. Ini bermakna infrastruktur yang sama diwujudkan di tingkat 2,3 dan 4 iaitu sekiranya Tingkat 1 mempunyai parking kereta di depan kedai maka tingkat 2, 3 dan 4 juga perlu ada parking kereta di depan kedai.

Teknologi sekarang boleh membantu merealisasikan hayalan saya ini.

No comments:

Post a Comment