Wednesday, March 4, 2009

Cara Mengatasi Banjir Kilat Di Kuala Lumpur

Sistem Perparitan di Kuala Lumpur sebenarnya adalah teratur dan terancang. Apa yang menyebabkan banjir kilat kerap berlaku ialah kerana saluran-saluran air tersumbat kerana kurang penyelenggaraan dan pemantauan berterusan. Sekiranya pemantauan secara berterusan dibuat saya pasti aliran air akan menjadi lancar semasa hujan lebat. Pemantauan berterusan dapat mengelakkan saluran-saluran air tidak tersumbat. Ini dapat dibuktikan di tempat-tempat parking bawah tanah (di bawah bangunan) dan di terowong-terowong LRT, walau pun hujan lebat selebat manapun tempat-tempat ini tidak dimasuki air. Di bawah Dataran Merdeka dulu dimasuki air sebab tiada pengawasan tetapi kini ia dipantau dengan rapi dan didapati ia tidak dimasuki air walaupun hujan lebat disekitarnya.

Oleh yang demikian saya mensarankan supaya pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur perlu membuat pemantauan berterusan untuk memastikan semua saluran air yang ada tidak ditutupi sampah-sarap. Disamping itu rakyat semua haruslah bekerjasama dengan tidak membuang sampah merata-rata walaupun sebatang mancis api. Saya pernah melihat pekerja kontrak menyapu sampah yang bertanggungjawab menyapu sampah tetapi mereka sendiri membuang ke dalam longkang berhampiran tempat yang dia sapu. Jadi pemantauan juga perlu kepada kontraktor-kontraktor yang dilantik supaya mendisiplinkan pekerjanya.

Selain pemantauan berterusan bagi memastikan tiada longkang yang dipenuhi sampah dan tiada saluran air yang tersumbat, saya juga mencadangkan supaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menubuhkan Squad Banjir Kilat di mana apabila hari hampir hujan atau telah hujan, Squad ini akan pergi ke seluruh tempat strategik pengaliran air bagi membuang halangan-halangan aliran air supaya pengaliran air akan lancar. Umpama apabila kebakaran berlaku, pasukan bomba dan penyelamat akan bergegas berusaha memadamkan api, maka begitu juga dengan Squad Banjir Kilat ini iaitu apabila berlaku hujan, Squad ini akan bergegas menjalankan tugasnya.

1 comment:

  1. So few steps only?
    You should add more...<3

    ReplyDelete