Monday, March 30, 2009

ANJING BERKELIARAN - PBT PERLU SENSITIF

Saya malas nak sebut nama taman perumahan. Tapi biasanya di taman perumahan banyak anjing berkeliaran. Ramai budak-budak bermain di kawasan taman perumahan. Saya sendiri pun takut bila tengok anjing. Saya merayu kepada Penguasa Badan Tempatan (PBT) supaya memantau di kawasan perumahan. Jangan biarkan yang batil menguasai yang betul.

Saturday, March 28, 2009

Kereta Toyota GL yang dinaiki keempat-empat penuntut terbabit menjadi ‘lempeng’ berikutan digilis sebuah treler sarat muatan blok getah diproses untuk

Tajuk di atas adalah petikan dari berita dari Harian Metro 28 Mac 2009.

Apa yang saya ingin cadangkan ialah pihak berkuasa perlu memantau secara serius kelajuan Lori terutama lori yang besar, berat dan panjang. Saya sebagai pengguna jalanraya sangat takut bila nampak lori. Mereka ini kebanyakannya dipandu oleh bukan manusia sebab tidak kesihan kepada manusia lain. Ramai pemandu yang bawa laju giler. Apa guna peronda lebuhraya jika tak boleh hentikan lori giler.

Kelajuan di badan ditulis Lebuhraya 70/80 tapi bawak 170/180. Hoi pemandu lori yang memandu lebih 80 km/jam buat jalan sendirilah....

PEROKOK LEBIH HINA DARI LEMBU - Petikan Kata-Kata Tuan Guru Nik Aziz

Petikan dari Harian Metro
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Mutakhir/20090327120034/Article

Perokok lebih hina dari lembu: Nik Aziz


KOTA BHARU: Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.

"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).

"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini. - Bernama

--------------
Saya sokong 100% pandangan ini. Saya juga cadangkan supaya Imam dan Bilal yang merokok di pecat kerana mencemar kesucian Islam. AJK surau/masjid pun mestilah bebas rokok. Doktor pun mesti bebas rokok. Kakitangan Kementerian Kesihatan juga mesti bebas rokok.

Friday, March 27, 2009

JANDA BAIK - KAMPUNG KETENANGAN

Baru-baru ini saya pergi menginap di satu resort di Janda Baik, Bentong Pahang selama 4 hari 3 Malam. Saya dan kekawan berpeluanglah mengelilingi Kampung Janda Baik. Saya sebenarnya tidak pernah ke Janda Baik kecuali sekali dalam masa 1 jam tahun lepas. Itupun ikut orang. Dalam masa singkat saya tidak dapat menghayati keindahan Kampung Janda Baik. Tetapi baru-baru ini apabila saya berpeluang mengelilingi Kampung janda Baik barulah saya sedar bahawa Kawasan Pesekitaran Janda Baik adalah kawasan yang memberi ketenangan. Sepanjang jalan saya mendapati seolah-olah Kampung Dalam Taman.

Saya harap Penduduk Janda Baik pertingkatkan lagi Landskap disekitarnya supaya ia lebih menarik dan menggamit warga kota bercuti di situ. Elakkan membina rumah batu di kawasan itu kekal dan banyakkan rumah kayu. Syabas pihak yang mengawasi Janda Baik.

Friday, March 20, 2009

Kesesakan dari Greenwood Gombak ke Batu Cave Boleh di atasi

Setiap kali saya nak ke Jalan Batu Cave melalui Greenwood dari Jalan Gombak, pasti jem yang tidak sepatutnya jem. Jem ini hanya disebabkan TraficLight yang tidak Intelligent sebabnya ia terlalu lama untuk hijau tetapi bila hijau terlalu cepat merahnya. Sedangkan laluan dari Jalan karak ke Batu caves kereta kurang, hijaunya lama. Begitu juga dari Kl nak masuk ke Greenwood, hijaunya lama sedangkan kereta kurang. Saya mohon Majlis Perbandaran Selayang ambil hal mengenai perkara ini. Wakil Rakyat Gombak juga harus peka dengan masalah ini.

Saya lihat Jalan dan 100% complete.

Saturday, March 14, 2009

Internet Cafe - Gunakan Tanpa Was-Was

Saya sekarang sedang menggunakan Internet sementara anak saya sedang makan direstoran sebab saya dah makan. Inilah canggihnya teknologi sekarang sambil anak kita makan kita boleh guna Internet. Ini bagi orang yang tak ada handphone atau pda yang boleh guna internet dimana-mana jua.

Jika ada yang membaca, apa yang saya nak bagi tahu ialah supaya anda menggunakan kemudahan teknologi untuk menyampaikan ilmu dimana jua sementara ada idea.

Friday, March 13, 2009

Ingin Belajar ICT dengan Cepat? Kunjungi http://drivetime.azlipaat.com/

Tahniah Radio24 dan En. Azli Paat. Laman drivetime.azlipaat.com sangat membantu orang awam memahami ICT dengan teknologi terkini. Cepat, Terkini dan BerInformasi dengarlah Radio24 dan kenali Azli Paat (sumber IT masakini).

Tuesday, March 10, 2009

Tertarik Dengan Pendapat MAN MAD dalam Forum Utusan

Petikan dari FORUM UTUSAN MALAYSIA 10.3.2009

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0310&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm


Hati-hati guna Facebook, MySpace...

RAMAI yang suka menggunakan laman web sosial seperti MySpace, Friendster, Tagged dan juga Facebook untuk mencari kawan dan juga member lama di ruangan maya.

Ada yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya.

Tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai tempat memperjuangkan wadah dan pemikiran masing-masing. Yang penting, ia percuma dan itulah yang saya ingin kongsikan.

Lamab web sosial sekarang tidak ubah seperti blog. Dengan menggunakan umpan yang paling senang iaitu percuma, berduyun-duyun pengguna Internet akan berusaha untuk mendapat satu account bagi diri masing-masing.

Laman web sosial yang sedang meletup sekarang ialah Facebook.

Sebenarnya, ada sebahagian dark side yang tidak diketahui oleh jutaan pengguna Internet di dunia ini mengenai Facebook. Ini adalah satu teori konspirasi yang telah pun menjadi fakta benar.

Jika ada antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan.

Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang Facebook? Sedarkah kita bahawa semua data yang kita berikan itu telah pun disimpan oleh pihak perisikan antarabangsa?

Mereka boleh mengakses semua butiran mengenai kita dan dengan mudah mendapat semua butir diri tanpa perlu bertanya kepada orang lain. Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai daripada kita terutamanya rakyat Malaysia sudah memberikan 100 peratus informasi dan butiran diri mereka dengan tepat.

Dalam keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap Facebook, kita sedikitpun tidak membaca dasar ataupun polisi yang Facebook letak dalam laman web mereka. Yang kita tahu hanyalah percuma dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh memakan diri kita sendiri sebenarnya.

Bagi pengguna kebanyakan, mungkin ia tidak akan membawa keuntungan kepada pihak itu tetapi bagi mereka yang mempunyai title sebagai professional seperti doktor, peguam, profesor, saintis dan lain-lain, mereka inilah yang dicari-cari.

Pernahkah kita atau mereka fikirkan mengenai risiko yang mereka letakkan ke atas diri mereka sendiri?

l Semua data mengenai aktiviti dimasukkan.

l Semua data mengenai kejayaan diri dimasukkan.

l Alamat, bandar, nombor telefon, kelab, pekerjaan, rekod pendidikan, minat, aktiviti harian, habis diberikan begitu sahaja.

Data-data ini akan disimpan oleh pihak perisikan sebagai data yang boleh dijadikan statistik untuk kegunaan mereka pada masa depan.

Malah, maklumat mengenai keluarga juga dimasukkan dengan selamba.

Bagi saya, bersosial di laman web tidaklah salah, tetapi berhati-hatilah dengan semua privasi diri sendiri. Jangan sesekali memberikan maklumat penting. Palsukan semua maklumat yang dirasakan tinggi privasinya.

Maklumlah.. rakyat Malaysia inikan cepat terpengaruh. Apalagi dengan benda percuma sebegini.

MAN MAD
Kuala Lumpur

Monday, March 9, 2009

Saya Mohon Wanita Hormati Majlis Orang

Baru-baru ini saya menghadiri kenduri yang diadakan di Taman tempat saya tinggal. Sedang saya makan saya terlihat ada tetamu keturunan bukan Melayu datang kenduri di majlis tersebut (majlis kenduri kahwin). Syukurlah hidup bermasyarakat eloklah kita kunjung mengunjungi. Akan tetapi apa yang ingin saya nyatakan disini ialah pakaian wanita bukan melayu tersebut ialah berseluar pendek ala seluar dalam. pendek sangat. Bajunya pulak hanya singlet. Seksi betul. Mereka bergambar pulak dengan pengantin. Hee geramnya aku. (Geram kerana marah).

Adakan Trek Basikal di Taman Awam

Saya mohon penguasa tempatan menyediakan trek basikal di taman-taman awam. Saya dapati pada masa ini trend berbasikal telah menular ke seluruh pelusuk negeri. Lihatlah dijalanraya kini ramai orang berbasikal sedangkan mereka menggunakan jalanraya yang sama dengan lori, bas, kereta dan motosikal. Itu sangat merbahaya. Oleh itu wujudkan juga jalan basikal sekekitar bandaraya.

Rakyat Berbasikal Negara Sihat Sejahtera

Haramkan Penjualan Rokok di Kedai Makan/Restoran

Saya minta Kerajaan Mengharamkan penjualan Rokok dan Arak di semua Kedai Makan sama ada Kedai Makan Orang Islam atau Kedai makan Orang Bukan Islam. Sebabnya ialah tidak semua orang Hisap Rokok atau Minum Arak. Orang yang tak hisap rokok, akan pening kepala bila bau asap rokok. Orang yang tidak minum arak akan pening kepala bila terhidu bau arak.

Oleh itu haramkanlah penjualan rokok dan arak serta haramkan menghisap rokok dan minum arak di Kedai Makan atau Restoran.

Sunday, March 8, 2009

Platinum Walk, Danau Kota, Setapak

Kawasan Cantik tapi penyelenggaan kebersihan tidak dipantau sepatutnya. Lantai tidak dibersihkan, kawasan tangga dan lift serta tempat parking di bawah agak tidak bersih. Harap pihak penyenggara Platinum Walk memantau kebersihan secara serius supaya kawasan tersebut menjadi satu tempat contoh di Kotaraya.

Belilah Barangan Buatan Malaysia

Bagi meningkatkan ekonomi dalam negara, eloklah kita mula membeli barangan buatan Malaysia.

Belilah perabut Malaysia.
Belilah baju Malaysia.
Belilah beras Malaysia.
Belilah buah Malaysia.
Belilah sayur Malaysia.
Belilah Kasut Malaysia.

Gunakan Bahasa Malaysia.

Selamatkan Wanita Selamatkan Lelaki Redhalah Poligami

Pada masa ini wanita lebih ramai dari lelaki.
Pada masa ini lelaki lebih ramai yang tidak begitu menjadi (rosak).

Pada masa ini hubungan luar nikah, khalwat dan gejala sosial meningkat.
Pada masa ini isteri sangat pantang bila suaminya hendak berpoligami (agaknya mereka lebih rela suaminya tersiksa batin atau lebih rela suaminya buat maksiat).

Pada masa ini ramai janda.

Pada masa ini ramai juga lelaki yang berupaya kawin lebih dari satu.

Islam membenarkan poligami. Maka orang yang menghalang poligami sebenarnya menidakkan poligami.

Para Isteri relalah suami anda berpoligami. Pengorbanan anda ada hikmahnya.

Selamtkan wanita Selamatkan Lelaki Sokonglah Poligami.

Friday, March 6, 2009

Mengapa orangramai tidak guna jejantas semasa melintas?

Rata-rata Jejantas adalah tinggi. Rata-rata terowong pejalan kaki terlalu dalam dan juga bertangga. Kita tau orangramai tak suka naik tangga terutama yang telah berumur. Mereka lebih suka melintas secara mendatar tanpa naik tangga. Jadi kenapa kita bina juga jejantas atau terowong?

Oleh itu, baik kita bina sebaliknya iaitu kereta yang naik jejantas atau masuk terowong dan biarkan orangramai nelintas secara mendatar.

Hak Cipta Terpelihara, Minda Bistari, 2009

Dilema Kedaii Empat Tingkat

Saya sangat simpati kepada pekedai-pekedai di Tingkat 2, 3 atau 4 di bangunan kedai 4 tingkat. Mereka amt sukar mendapatkan pelanggan berbanding dengan Aras 1. Situasi ini berlaku kerana orang-ramai tidak suka naik tangga ke tingkat berkenaan. Mereka hanya berkeliaran di Aras 1 (Ground Floor) dan parking kereta depan kedai.

Bagi menyamaratakan taburan pelanggan, saya mencadangkan supaya pembangunan kedai 4 tingkat yang baru hendaklah merekabentuk kedai empat tingkat yang adil bagi semua tingkat. Ini bermakna infrastruktur yang sama diwujudkan di tingkat 2,3 dan 4 iaitu sekiranya Tingkat 1 mempunyai parking kereta di depan kedai maka tingkat 2, 3 dan 4 juga perlu ada parking kereta di depan kedai.

Teknologi sekarang boleh membantu merealisasikan hayalan saya ini.

Wednesday, March 4, 2009

Cara Mengatasi Banjir Kilat Di Kuala Lumpur

Sistem Perparitan di Kuala Lumpur sebenarnya adalah teratur dan terancang. Apa yang menyebabkan banjir kilat kerap berlaku ialah kerana saluran-saluran air tersumbat kerana kurang penyelenggaraan dan pemantauan berterusan. Sekiranya pemantauan secara berterusan dibuat saya pasti aliran air akan menjadi lancar semasa hujan lebat. Pemantauan berterusan dapat mengelakkan saluran-saluran air tidak tersumbat. Ini dapat dibuktikan di tempat-tempat parking bawah tanah (di bawah bangunan) dan di terowong-terowong LRT, walau pun hujan lebat selebat manapun tempat-tempat ini tidak dimasuki air. Di bawah Dataran Merdeka dulu dimasuki air sebab tiada pengawasan tetapi kini ia dipantau dengan rapi dan didapati ia tidak dimasuki air walaupun hujan lebat disekitarnya.

Oleh yang demikian saya mensarankan supaya pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur perlu membuat pemantauan berterusan untuk memastikan semua saluran air yang ada tidak ditutupi sampah-sarap. Disamping itu rakyat semua haruslah bekerjasama dengan tidak membuang sampah merata-rata walaupun sebatang mancis api. Saya pernah melihat pekerja kontrak menyapu sampah yang bertanggungjawab menyapu sampah tetapi mereka sendiri membuang ke dalam longkang berhampiran tempat yang dia sapu. Jadi pemantauan juga perlu kepada kontraktor-kontraktor yang dilantik supaya mendisiplinkan pekerjanya.

Selain pemantauan berterusan bagi memastikan tiada longkang yang dipenuhi sampah dan tiada saluran air yang tersumbat, saya juga mencadangkan supaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menubuhkan Squad Banjir Kilat di mana apabila hari hampir hujan atau telah hujan, Squad ini akan pergi ke seluruh tempat strategik pengaliran air bagi membuang halangan-halangan aliran air supaya pengaliran air akan lancar. Umpama apabila kebakaran berlaku, pasukan bomba dan penyelamat akan bergegas berusaha memadamkan api, maka begitu juga dengan Squad Banjir Kilat ini iaitu apabila berlaku hujan, Squad ini akan bergegas menjalankan tugasnya.

Monday, March 2, 2009

Hak Cipta Terpelihara

Semua hasil penulisan atau apa-apa sahaja idea yang bertulis boleh dijadikan aset yang berharga asal sahaja kita dapat membuktikan bahawa hasil tersebut adalah tulisan kita. Untuk tujuan itu, apa-apa sahaja hasil penulisan anda bubuh sahaja perkataan HAK CIPTA TERPELIHARA, Nama Anda, Tahun dihasilkan

Sunday, March 1, 2009

Tajuk Filem "Anu Dalam Botol" Perlu Di UBAH

Saya terbaca dalam Pancaindera (Mingguan Malaysia, 1 Mac), artikel "Terkejut pelakon bercium mulut". Lihat mukasurat 12. Rupanya sesi pemilihan pelakun 'Anu Dalam Botol'. Terus terang saya katakan bahawa tajuk filem ini perlu ditukar segera sebelum filem filem ini digam. Saya sebenarnya tidak suka filem melayu buat filem maknyah atau pondan. Filem sedemikian bukannya dapat menyedarkan orang malah ia akan menjadi ikutan pula. Budak-budak muda sekarang suka tiru perkara negetif. Kerajaan harus membuat penapisan yang lebih serius bagi filem-filem Melayu terutama Tajuknya.