Monday, June 7, 2010

KURANG RASA KASIH SAYANG KEPADA IBU BAPA PUNCA REMAJA ROSAK AKHLAK

Walaupun pandangan saya ini bukan secara ilmiah tetapi secara intuisi boleh jadi ada benarnya. Kita lihat remaja sekarang sukar dikawal oleh keluarga, kenapa?. Sebabnya ialah kurangnya rasa kasih sayang di antara ibubapa dan anak. Perkara ini mungkin juga ada kaitan dengan pemisahan ibu dan anak dalam usia muda. Satu kajian harus dibuat terhadap kesan kanak-kanak masuk asrama selepas tahun 6. Sebab usianya baru 12 tahun telah berjauhan dengan ibubapa dalam jangka masa yang lama. Lepas itu anak tersebut terus belajar ke Pusat Pengajian tinggi atau oversea.

Bukan itu sahaja, sebelum beliau ke asrama, dalam usia 1-5 tahun anak tersebut di asuh oleh amah atau tinggal di Nursery. Bila dah sekolah, beliau banyak berada di sekolah bersama kawan-kawan. Ibubapa pula balik lambat dari tempat kerja. Anak pula malam2 tusyen. Jadi berapa sangat masa ibubapa bersama anak-anak.

Keadaan ini menyebabkan anak-anak lebih akrab dengan kawan berbanding ibubapa. kasih sayang kepada ibubapa hanyalah retorik semata-mata.

Saya banyak juga perhatikan ada si ibu memakai tudung, tetapi anak-anaknya tidak bertudung malah ada anak perempuannya berseluar ketat atau pendek. Kenapa? sebab bila ibu tegur, anak-anak ini memberontak dan pelbagai alasan diberikan. Maknanya ibubapa dah tak boleh menyuruh anaknya mengikut kehendak ibubapa.

Anak-anak berkawan bebas lelaki dan perempuan. Ditambah pula dengan video2 sex yang mudah diperolehi. Mereka mungkin menonton bersama-sama. Kalau belajar di oversea dah biasa. Pengaruh video sex ini memang dahsyat. tambah tak ada IMAN, hancur bang!!!.

Oleh itu, saya ingin nasihatkan kepada ibubapa yang muda-muda ini, rapat-rapatlah dengan anak-anak. kalau boleh baliklah awal ke rumah untuk anak-anak. Bila Cuti Sekolah, ajaklah anak-anak anda bersiar-siar. Jalinkan kasih sayang sebab Kasih sayang menjadi perisai dari kejahatan hawa nafsu.


Al'Israa' [Ayat 24]
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

No comments:

Post a Comment