1) Dari manakah timbulnya idea untuk
melaksanakan 1MTC?
Pusat Latihan 1Malaysia
atau 1Malaysia Training Centre (1MTC) merupakan satu inisiatif yang telah
diperkenalkan oleh Jawatankuasa Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National
Blue Ocean Strategy (NBOS) pada 29 Oktober 2012. Projek yang telah diberi pengiktirafan
sebagai National Flagship ini bertujuan untuk menggunakan sepenuhnya
kemudahan-kemudahan yang ada di Institut Latihan Awam seluruh Negara dengan
mengadakan kolaborasi strategik antara Kementerian dan agensi-agensi awam.
Kolaborasi ini membolehkan kemudahan sedia ada di Institut Latihan Awam
dikongsi secara menyeluruh dan penggunaannya dapat dioptimumkan.
2)
Apa itu Portal
1MTC?
Portal
1MTC adalah singkatan untuk Portal Pusat Latihan 1Malaysia atau 1Malaysia Training
Center (1MTC) yang merupakan gerbang utama kepada informasi perkhidmatan
latihan di Institut Latihan Awam (ILA) Kementerian dan agensi Kerajaan.
3)
Bagaimanakah
untuk mencapai Portal 1MTC?
Portal 1MTC dapat dicapai
melalui www.1mtc.gov.my
4)
Bagaimanakah caj
sewaan dikenakan?
Kadar sewaan penggunaan
fasiliti yang ditawarkan oleh Institut Latihan Awam (ILA) adalah ditentukan
oleh ILA sendiri.
5)
Apakah kemudahan
yang boleh diperolehi oleh orang awam pada masa ini?
Antara kemudahan yang
boleh ditempah melalui Portal 1MTC adalah seperti dewan, auditorium, gelanggang
sukan, bilik kuliah dan lain-lain fasiliti yang ditawarkan oleh Institut
Latihan Awam. . Keutamaan penggunaan fasiliti adalah masih kepada Institut
Latihan Awam untuk menjalankan program-program mereka sendiri, tetapi sekiranya
terdapat fasiliti yang tidak digunakan, ianya akan dibuka untuk tempahan.
Institut Latihan Awam akan menentukan kursus dan fasiliti yang boleh dibuka
tempahannya kepada agensi Kerajaan, orang awam atau swasta.
No comments:
Post a Comment