Saya ingin mengingatkan diri saya dan juga tuan/puan sekelian. Jika kita mengamalkan solat malam sebagaimana yang dituntut dalam Islam MAKA janganlah kita tidur di tempat kerja atau tidur semasa mesyuarat. Imej warak seorang Islam itu akan diperlekehkan oleh orang-orang kufur. Orang yang kufur akan berkata, inikah yang Islam syorkan?
Perkara berikut juga akan menjatuhkan maruah Islam iaitu Seorang Imam yang siap berjubah tetapi MENGHISAP ROKOK. Kalau bukan imam pun. jika anda berkopiah atau memakai jubah, tak usahlah hisap rokok. Kalau nak hisap juga, salin pakaian lain dan jangan pakai kopiah. Hormatilah Islam.
Jika anda memakai tudung, janganlah memakai pakaian ketat hingga nampak bentuk badan. Jika anda tidak pakai tudung, mulai sekarang pakailah.
No comments:
Post a Comment