Saturday, March 2, 2013

Apa-apa pun Ugama Islam adalah Yang Terbaik

Kepada orang bukan Islam (To the non-muslim),

Saya ingin memaklumkan kepada orang bukan Islam supaya mempelajari ugama Islam dan ikutilah kuliah-kuliah atau syarahan-syarahan mengenai Ugama Islam. Kebanyakan kuliah atau syarahan tersebut adalah percuma sahaja.

Saya menyeru ini bukan apa, cuma telah menjadi kewajipan saya sebagai orang Islam untuk memaklumkan kepada orang bukan Islam (orang-orang Kafir) bahawa agama yang diiktiraf oleh Pencipta Alam ini (Tuhan yang sebenar-benar Tuhan) ialah ISLAM.

Kitab atau panduan yang diturunkan oleh Pencipta Alam ini ada empat iaitu
1. Zabur,
2. Taurat,
3. Injil dan
4. AlQuran

Kesemua kitab tersebut betul tetapi kitab terakhir yang perlu dirujuk ialah ALQuran sebab ia adalah merangkumi semua kitab2 terdahulu.

Cubalah anda semua baca terjemahan alquran ini dalam bahasa masing-masing, fahami dan carilah ada tak yang tidak baik? Sudah pasti anda dapati ianya baik-baik belaka.

Moga anda mendapat hidayah.

No comments:

Post a Comment