Sunday, October 16, 2011

Pusat Pengajian Islam Mohd Nor Al-Bakri Masjid Lama Lebak, Temerloh Pahang.

Sama-samalah membantu usaha murni rakan sekolah saya.

Sejarah dan Latar Belakang (kunjungi http://ibnurubat.blogspot.com)

1. Pusat Pengajian Islam ini diasaskan daripada masjid lama yaitu masjid yang pertama dibangunkan di Kg. Tanjong Kerayong, Mukim Lebak, Temerloh, Pahang. Masjid ini dihasilkan dari sumbangan derma dan gotong-royong daripada penduduk setempat. Catatan binaan yang terdapat pada bangunan tersebut ialah pada 10 Disember 1951.

2. Masjid ini didirikan diatas tanah yang telah diwaqafkan oleh Allahyarham Tuan Haji Silong tetapi tanpa surat rasmi. Dan kemudian disambung waqaf semula oleh anak-anaknya/pewarisnya sepertimana lampiran Surat Pengakuan Mewakafkan Tanah beserta pelan kawasan yang diwaqafkan.


3. Pada tahun 1969, pihak Kerajaan Negeri Pahang telah meluluskan peruntukan untuk membina bangunan masjid baru dan telah dipindahkan ke tapak tanah baru yang diwaqafkan oleh Tuan Haji Osman serta dirasmikan oleh Sultan Pahang pada 7/11/1973. Semenjak itu, masjid lama ini terus terbiar dan tidak digunakan lagi oleh masyarakat setempat.

4. Memandangkan masjid lama ini dibiayai oleh orang-orang tua dahulu dan demi untuk mempastikan sedeqah jariah mereka berkekalan, maka diusahakan masjid ini diperbaiki untuk kegunaan sembahyang berjamaah dan memberikan pilihan kepada orang-orang yang bermusafir untuk bersembahyang kerana tempatnya yang berhampiran dengan jalanraya utama Temerloh-Triang.


5. Disamping itu Masjid Lama ini dijadikan sebagai Pusat Pengajian Islam untuk mengadakan Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain bagi kanak-kanak dan Pengajian Kitab Umumi untuk kalangan belia dan dewasa.


HISTORY AND BACKGROUND

1. This was the first mosque at Kampung Tanjung Kerayong, Mukim Lebak, Temerloh, Pahang. It was built from the donation and co-operation of the people here. The date 10 December 1951 can be seen on the building to mark the real date it was built.

2. The mosque was built on a piece of land which was contributed (wakaf) by the late Tuan Haji Silong without any document enclosed. It was then followed by his children. (Please refer to the letter and plan of the stated piece of land enclosed).


3. In 1969, the government of the state of Pahang has approved a budget to build a new mosque. It which was then removed and built on the land which was donated by Tuan Haji Osman, and it was officially opened by the Sultan of Pahang on 7 November 1973.

4. In order to keep the good deeds by the late donors be remembered, a suggestion is made to repair the mosque, especially for ‘solat jamaah’. This is also for the benefit of the Muslims passers-by, because the mosque is situated along the main road from Temerloh to Triang.


5. Besides that, the mosque is also used for Al-quran and Fardu Ain classes for children and Islamic classes for youth and adult.

No comments:

Post a Comment