Pendaftaran Awal Ibadah Haji
Tuan Yang di-Pertua,
113. Kita sedang berada dalam bulan Zulhijjah dan seruan haji sebagai
Rukun Islam kelima sentiasa saja berkumandang kepada hamba-hambaNya
untuk menuju Baitullah dari mana saja penjuru dunia. Dalam hal ini, Kerajaan
menyedari, ramai golongan berpendapatan rendah menghadapi masalah
untuk mendaftar dan mendapat giliran haji kerana tidak mempunyai tabungan
minima sebanyak 1,300 ringgit. Justeru, bagi membolehkan bakal jemaah
mendaftar untuk menunaikan ibadah haji, Kerajaan dengan ini membenarkan
pencarum KWSP membuat pendaftaran awal melalui penghadangan atau ringfencing
Akaun 2 pencarum sebanyak 1,300 ringgit. Melalui kaedah ini, wang
pencarum sejumlah 1,300 itu masih kekal dalam KWSP tetapi pencarum
sudah boleh mendaftar giliran untuk menunaikan haji.
No comments:
Post a Comment