Saya sangat bersetuju dengan kenyataan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (yang saya baca dalam Berita Harian 2 Julai 2010) yang berkata keputusan untuk memperkenalkan pendidikan seks di sekolah memerlukan pandangan professional dalam bidang berkaitan terutama psikologi dan pendidikan.
katanya:
"Orang professional perlu berbincang mengenai isu ini hingga ada satu kesimpulan sama ada pendidikan seks ini perlu atau tidak diperkenalkan dengan tidak hanya bergantung terhadap kepada pandangan sebelah pihak." "saya setuju dengan pendekatan segera untuk menyekat laman pornografi dari dilayari pelajar".
---------------------------
Sebelum ini SuperMind@MindaBistari ada post write-up berikut:
Pendidikan Seks Di Sekolah Bukan Penyelesaian Yang Baik
Setelah berfikir dari pelbagai sudut maka pandangan SuperMind@MindaBistari memutuskan bahawa pendidikan seks di sekolah bukanlah satu penyelesaian yang konkrit. Pendidikan sedemikian boleh dilaksanakan sekiranya dalam waktu yang sama kita dapat menghapuskan (mengurangkan sehingga seminima yang mungkin) video seks, majalah seks, kandungan internet lucah, pakaian artis yang seksi, perangai selebriti yang ala perempuan night club dan seumpamanya. Pada masa ini pengaruh persekitaran lebih bahaya dari pengetahuan ilmu seks.
Ya Allah ya Tuhanku, kau jadikanlah hati-hati kami cenderung kepada kebaikan dan menjauhi keburukan. Sesungguhnya kami akan berusaha mendekati Mu ya Allah.
No comments:
Post a Comment