Friday, July 16, 2010

Jangan Jadikan Negara Terkenal Sebagai Destinasi Pelancongan Bangunan Tidak Berpenghuni

Kalau kita membawa kereta dan mengembara dari satu bandar ke bandar dalam negara kita sekarang kita akan dapati banyak unit-unit rumah yang sudah siap tetapi ia tidak diduduki (tiada penghuni). Begitu juga dengan lot-lot kedai, banyak yang telah siap tetapi tidak beroperasi (tidak berniaga). Tidak lupa juga ruang-ruang pejabat, banyak yang kosong iaitu tidak ada penyewa. Tidak kurang juga apartment/condominium yang mewah tetapi banyak lot-lot yang masih kosong. Dan kita juga hairan dalam waktu yang sama, banyak lagi bangunan baru yang sedang didirikan, banyak rumah baru yang sedang dalam pembangunan dan tidak kurang juga yang terbengkalai.

Dalam pengembaraan itu juga kita akan melihat kain-kain rentang yang tercatat "FOR SALE/RENT CALL 999-9999999" atau "UNTUK DIJUAL/SEWA HUBUNGI 999-999999". Rumah-rumah yang tidak berpenghuni ini pula bersemak-samun dan banyak menternak denggi.

Saya bimbang pada masa akan datang Negara kita akan terkenal sebagai "Negara Rumah Hantu" atau "Destinasi Bangunan tidak Berpengguni".

So..PBT atau agensi yang berkaitan kena kawal senario sebegini.

Sorry itu pandangan saya. Kalau setuju komenlah. Kalau tak setuju komen juga.

1 comment:

  1. Ya, Mantan Perdana Menteri pun kata begitu. Ini petikannya

    "Jika anda bertanya saya, kita belum memerlukan menara 100 tingkat itu. Saya lihat banyak papan tanda 'untuk dijual' dan 'untuk disewa' apabila saya bersiar-siar. Ini bermakna kita telah mempunyai bangunan yang mencukupi."

    ReplyDelete