Friday, July 2, 2010

GEMBIRA vs SEDIH

Saya berbangga melihat sebuah sekolah menengah di sebuah taman perumahan di Setapak telah berjaya menganjurkan Hari Usahawan. Pelbagai aktiviti usahawan telah berjaya dijalankan dengan cemerlang. Saya juga melihat kerjasama pengunjung untuk sama-sama membeli kupon untuk menyumbang kewangan dengan membeli produk-produk yang dijual di gerai-gerai. Kesemua gerai adalah diurus dengan kerjasama kelab usahawan dan penduduk tempatan. Disamping gerai ada juga Rumah Hantu, Lorong Sesat, Turun Bangunan, Flying Squad, masukkan bola golf, amal jariah (derma Quran) dan pelbagai lagi. Saya gembira kerana aktiviti seperti ini akan menjadikan anak-anak kita berani menceburi bidang yang belum pernah diceburi.

Jadi apa yang Sedih nya?

Kesedihan saya mungkin tiada kena mengena dengan penganjuran aktiviti di atas tetapi saya sedih apa yang saya lihat. Ada 3 yang menyedihkan hati saya iaitu semasa saya melawat 2 bilik air pelajar lelaki (Bilik Selesa Lelaki atau tandas). Kedua-dua bilik air tersebut sangat kotor dan lebih dari separuh pamnya rosak. Bukan sahaja pam rosak tetapi pintu nya juga rosak. Mujurkan semua paip air ada airnya. Dalam bilik tersebut juga berselerak puntung rokok yang baru dan yang lama. Semasa saya masuk ke salah satu bilik air tersebut saya mendapati sekumpulan pelajar sedang menghisap rokok. saya tidaklah menegur sebab saya tau budak2 sekarang bila di tegur membunuh pun sanggup.

Seperkara lagi yang saya sedih ialah murid-murid perempuan (mungkin waktu hari usahawan ini sahaja) kebanyakannya (lebih separuh) tidak pakai tudung sebagaimana hari persekolahan. Dahlah tu banyak juga yang rambutnya berwarna.

Belum habis 2 kesedihan di atas, saya bertambah sedih bila saya terlihat seorang ibu muda yang datang ke sekolah itu memakai seluar pendek. Beliau berjalan bersama suami dan anaknya (yang ada dalam kereta sorong). Itu sekolah menengah maknanya pasangan ini mungkin ada anak yang sudah bersekolah menengah dan ada anak yang masih kecil. Kenapalah beliau berseluar pendek di tempat begini?. kalau di tepi pantai tak adalah saya sedih sangat.

Ya Allah, Ya tuhan kami, jadikan kami orang-orang yang diberi petunjuk oleh Mu (doa ini hanya kepada orang yang mahu diberi petunjuk sahaja).

No comments:

Post a Comment