Saturday, July 31, 2010

JUMPA GAMBAR LAMA KELAS 5 PUTIH SMKT



5 Sains Putih, tahun 1979.
Dalam foto ini Dol, Suhaimi Jamaludin (gambar-gambar), Rahimi, Azmi, Zamri, Ali, Shamsudin Hamzah (gambar-gambar), Talmizi, Siti Meriam, Fasli, Noraishah, (tak ingat nama Cikgu ini), Hanafiah, Zainah, Khazeri, Marzaila, Fazidah, Noraizan, Razali, Rahimah, Norzaman Nordin (gambar-gambar | alih keluar tanda), Norzaman Nordin, Rohana, Ghan Bon Lay, Chang Sok Lee, (tak ingat nama kawan ini), Zulhaimi, Ghan Chin Chin

Friday, July 30, 2010

SKIM CEPAT KAYA - Kenapa Masyarakat Melayu tak serik2?

Bermacam-macam skim cepat kaya wujud di Malaysia. Kebanyakan pelaburnya adalah orang Melayu beragama Islam. Kenapa orang Melayu ni malas nak bisnes betul2. Kalau kita teliti dan semak betul2 mana-mana skim cepat kaya atau Skim Untung Cepat, pastinya ada unsur gamble atau berharap. Skim sedemikian pasti bukan cara Islam. Jika sah bukan cara Islam kenapa orang Islam suka sangat?. Wahai orang2 Islam baiklah anda lupakan Skim demikian, marilah kita tumpukan perhatian kepada memperolehi rezeki dengan cara bisness sebenar. Misalnya kita bertani. banyak tanah2 terbiar di kampung. Usahakanlah. Banyak buah2 kelapa yang tidak dipetik di kampung2. Petik dan juallah. Malaysia ni sebenarnya banyak sumber yang boleh dijadikan pendapatan.

Oleh itu kepada pelabur2 Skim Cepat Kaya. kalau pun anda dah kaya disebabkan skim itu, tapi pada pandangan saya anda miskin integriti diri. Maaf jika terkasar bahasa.

Multi Level Marketing(MLM) OK sebab itu bukan skim cepat kaya.

Tuesday, July 27, 2010

The Japan International Cooperation Agency (JICA) Alumni Society of Malaysia (myJICA)



myJICA adalah alumni bekas-bekas pelajar kursus jangka pendek anjuran JICA/JPA ke Jepun. Kepada sesiapa yang pernah mengikuti kursus anjuran JICA/JPA marilah sama-sama memberi sokongan dengan menjadi ahli dan bergiat aktif dalam program2 yang dianjurkan persatuan.

myJICA banyak manfaatnya.

kunjungi
http://www.myjica.net

dan aktifkan kandungannya....

Monday, July 26, 2010

Pakaian Pejabat Mesra Islam

Sebagaimana semua (orang Islam) maklum bahawa setiap individu lelaki dan perempuan digalakkan sentiasa mempunyai wuduk. Maknanya selepas kita buang air kecil, eloklah kita terus ambil wuduk supaya wuduk tersebut kekal. Amalan ini tidak mustahil boleh dilaksanakan jika kita berada di rumah.

Bagaimana pula di pejabat?. Jika kita bekerja di Pejabat, pakaian rasmi kita termasuklah mesti pakai Kasut. Pekerja pejabat tidak dibenarkan memakai sandal atau selipar. Jika kita pakai kasut mana mungkin kita boleh mengambil wuduk dengan mudah (mesra).

Teknologi sandal sekarang sudah hebat dan sadal sekarang banyak yang cantik2 dan tidak rosak jika terkena air. Sepemakai pula nampak lebih bergaya.

harapan agar majikan dapat membenarkan pemakaian sandal sebagai alternatif pakai kasut di dalam agensi masing2.

Saturday, July 24, 2010

Program-Program Anjuran Persatuan/Kelab/Pertubuhan

Pada pandangan saya aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh persatuan perlu dihadiri oleh ahli-ahli bagi menunjukkan bahawa sokongan kita kepada persatuan. Sesuatu aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan memerlukan perahan otak oleh AJK bagi menjayakannya. Kita sebagai ahli persatuan hendaklah menghargai jasa-jasa mereka. Oleh itu sertailah aktiviti2 yang mereka anjurkan. Jangan pandang remeh jemputan persatuan.

JADIKAN persatuan kita RELEVAN sentiasa. JANGAN LUPA SERTAILAH AKTIVITI PERSATUAN/KELAB/PERTUBUHAN yang anda sebagi ahlinya.

Selamat Maju Jaya

Saturday, July 17, 2010

Pelancongan Bukit

Malaysia banyak bukit. Antara satu bukit dengan satu bukit tidaklah terlalu jauh. Saya cadangkan supaya ada usaha (sama ada swasta atau kerajaan) yang dapat menghubungkan antara satu bukit dengan satu bukit yang lain. Misalnya dihubungkan dengan kereta kabel. Untuk naik bukit tersebut menggunakan lif atau helikopter. Jika bukit yang terlalu dekat binalah jambatan gantung. Setiap bukit tersebut ada orang berniaga barang-barang yang kebiasaannya tidak ada di kedai2 lain selain di bukit2 tersebut.

jadikan pelancongan bukit satu tarikan pelancong tempatan atau luar negara. kalau boleh salah satu bukit ada kereta kabel yang boleh pergi ke KLCC.

Idea sahaja. Elok ikut jika tidak elok anggap lah kawak jenaka.

Friday, July 16, 2010

Jangan Jadikan Negara Terkenal Sebagai Destinasi Pelancongan Bangunan Tidak Berpenghuni

Kalau kita membawa kereta dan mengembara dari satu bandar ke bandar dalam negara kita sekarang kita akan dapati banyak unit-unit rumah yang sudah siap tetapi ia tidak diduduki (tiada penghuni). Begitu juga dengan lot-lot kedai, banyak yang telah siap tetapi tidak beroperasi (tidak berniaga). Tidak lupa juga ruang-ruang pejabat, banyak yang kosong iaitu tidak ada penyewa. Tidak kurang juga apartment/condominium yang mewah tetapi banyak lot-lot yang masih kosong. Dan kita juga hairan dalam waktu yang sama, banyak lagi bangunan baru yang sedang didirikan, banyak rumah baru yang sedang dalam pembangunan dan tidak kurang juga yang terbengkalai.

Dalam pengembaraan itu juga kita akan melihat kain-kain rentang yang tercatat "FOR SALE/RENT CALL 999-9999999" atau "UNTUK DIJUAL/SEWA HUBUNGI 999-999999". Rumah-rumah yang tidak berpenghuni ini pula bersemak-samun dan banyak menternak denggi.

Saya bimbang pada masa akan datang Negara kita akan terkenal sebagai "Negara Rumah Hantu" atau "Destinasi Bangunan tidak Berpengguni".

So..PBT atau agensi yang berkaitan kena kawal senario sebegini.

Sorry itu pandangan saya. Kalau setuju komenlah. Kalau tak setuju komen juga.

Wednesday, July 14, 2010

Adakah Program Hiburan Lebih Bermanfaat Berbanding Program Agama masakini?

Kebimbangan yang perlu diperbualkan sekarang ialah bagaimana untuk menukar persepsi masyarakat yang kebanyakannya menganggap program hiburan seperti Konsert Solo Penyanyi luar negara lebih berfaedah berbanding menghadiri program-program agama anjuran masjid/surau atau persatuan penduduk berhampiran. Konsert2 hiburan yang tiketnya mencecah RM400 hingga RM1000 seorang boleh mengumpul seramai 10,000 peminat berbanding Program Israk Mikraj anjuran masjid/surau berhampiran yang percuma hanya dapat mengumpul 60 orang jemaah. Senario ini menunjukkan Program Hiburan lebih berfaedah dari Program Agama. Umum tahu bahawa masyarakat Malaysia cerdik2 belaka kerana kebanyakkan adalah graduan-graduan Universiti. Mereka tahu menilai buruk baiknya. Sebab itulah mereka memilih hiburan.

Di manakah silapnya, marilah kita sama-sama muhasabah diri. Pertingkatkan mutu program agama & perbanyakan saluran penyampaian program-program pembentukan jiwa. Kurangkan promosi hiburan, kawal bilangan anugerah2 hiburan atau banyakkan anugerah2 insan berkualiti seperti Pemidato Terbaik, Pembaca Doa Terbaik, Penceramah Agama Terbaik, Qari dan Qariah terbaik di pelbagai peringkat, Bilal (Pengazan) terbaik, Imam terbaik, Keluarga Bahagia dan macam-macam lagi termasuk anugera pencipta produk baru keluaran Malaysia . Bukannya membanyakakan anugerah Juara Lagu, Bintang Radio, Mentor Menti (Lagu), Artis Lelaki terbaik, Mak Nyah tercantik dan macam-macam lagi yang rosak lagi merosakkan.

Maaf dah gerammmmm sangat. sebab pengaruh2 hiburan juga membuatkan saya juga terikut2 terutama yang ditonjolkan dalam TV. Nasib baik setakat ini boleh di kawal dengan berbekalkan petunjuk Allah. kadang2 tersasul juga.

Ayat-Ayat Mengenai Isteri

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ يَحِلُّ لَكُمْ أَن تَرِثُواْ النِّسَاء كَرْهاً وَلاَ تَعْضُلُوهُنَّ لِتَذْهَبُواْ بِبَعْضِ مَا آتَيْتُمُوهُنَّ إِلاَّ أَن يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُّبَيِّنَةٍ وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ فَإِن كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَيَجْعَلَ اللّهُ فِيهِ خَيْراً كَثِيراً
Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).
Surah An-Nisaa', Ayat 19


وَإِنْ أَرَدتُّمُ اسْتِبْدَالَ زَوْجٍ مَّكَانَ زَوْجٍ وَآتَيْتُمْ إِحْدَاهُنَّ قِنطَاراً فَلاَ تَأْخُذُواْ مِنْهُ شَيْئاً أَتَأْخُذُونَهُ بُهْتَاناً وَإِثْماً مُّبِيناً
Dan jika kamu hendak mengambil isteri (baharu) menggantikan isteri (lama yang kamu ceraikan) sedang kamu telahpun memberikan kepada seseorang di antaranya (isteri yang diceraikan itu) harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil sedikitpun dari harta itu. Patutkah kamu mengambilnya dengan cara yang tidak benar dan (yang menyebabkan) dosa yang nyata?
Surah An-Nisaa', Ayat 20


وَلَن تَسْتَطِيعُواْ أَن تَعْدِلُواْ بَيْنَ النِّسَاء وَلَوْ حَرَصْتُمْ فَلاَ تَمِيلُواْ كُلَّ الْمَيْلِ فَتَذَرُوهَا كَالْمُعَلَّقَةِ وَإِن تُصْلِحُواْ وَتَتَّقُواْ فَإِنَّ اللّهَ كَانَ غَفُوراً رَّحِيماً
Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Surah An-Nisaa', Ayat 129

Sunday, July 11, 2010

IBLIS BERJANJI KEPADA TUHAN BAHAWA DIA TIDAK AKAN MENYESATKAN HAMBA ALLAH YANG MENTAATI SEGALA PETUNJUK DAN PERINTAH ALLAH

Orang-orang yang mentaati segala petunjuk dan perintah Allah tidak akan diganggu oleh Iblis dan Syaitan. Oleh sebab itu marilah kita berusaha setiap masa untuk mentaati segala petunjuk dan perintah Allah.

Teliti ALQURAN surah SHAAD ayat 82 dan 83

82.
Iblis menjawab "Demi kekuasaan Engkau (Allah), aku akan menyesatkan manusia semuanya,
83.
kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka.


Nota:
Yang dimaksudkan "Mukhlis" ialah orang-orang yang telah diberi taufiq untuk mentaati segala petunjuk dan perintah Allah s.w.t.

Saturday, July 10, 2010

Iklan-iklan yang ada unsur lucah hendaklah digam

Saya berpandangan ada beberapa iklan yang disiarkan oleh TV Malaysia perlu di GAM atau dihalang dari siaran awam. Iklan-iklan tersebut jelas mengandungi unsur-unsur lucah secara terangan atau simbolik. Iklan tersebut ialah Semburan Pewangi yang memapar pekerja pejabat nak balik cepat selepas menyembur pewangi dimulut dan satu lagi seorang lelaki sembur pewangi dibadannya dirumah dan apabila ia berada ditempat awam seorang gadis terbau semburan pewangi dan mula menggoda jejaka tersebut dengan aksi yang bernafsu.

Mengapa? Mengapa? Mengapa begitu kreatif orang-orang Malaysia?

Hari Lampu Isyarat Rosak 10 Julai 2010 (Sabtu)

Hari ini Sabtu 10 julai 2010 banyak lampu isyarat rosak di kawasan Setapak. Kerosakan dari pagi hingga petang.

Monday, July 5, 2010

Bangga dengan Keberanian Arja Lee

Saya terbaca Berita Harian Selasa 6 Julai 2010 halaman Nasional muka surat 13 mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri "Orang sudah membuat filem sejak beratus tahun, tak memerlukan kepada keadaan itu (berbogel) untuk memberikan pengajaran ..., (Tan sri) P Ramlee sudah banyak buat filem pun tak pernah buat"

Saya sangat menyokong arahan menteri berkenaan supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak bertanggungjawab meneliti adegan bogel yang dilakonkan oleh seorang pelakon lelaki dalam sebuah filem tempatan.

------------------------
Akhbar tersebut juga mengatakan "dalam laporan sebuah akhbar kelmarin, seorang pelakon Arja Lee, 27 mengaku beliau berbogel dalam adegan filem bertajuk ... Dalam Botol yang mengisahkan mengenai seorang lelaki menukar jantina dengan melakukan pembedahan alat sulit.'

Kebetulan anak saya ada dan saya tanya anak saya, akhbar apa?. Beliau kata ada dalam Pancaindera Ahad 4 Julai 2010. Lalu beliau pun tunjuk pada saya. Saya kata pancaindera ini bagus juga menulis perkara macam tu sekurang-kurangnya ramai yang tahu. Tetapi bila saya tengok, rupanya pancaindera ini bersubahat juga sebab dia siarkan juga gambar bogel arja lee tersebut (walaupun kelabu tetapi gambar tersebut tetap gambar bogel). Apalah salahnya tulis sahaja tanpa sertakan gambar. ALQuran yang merupakan bahan peringatan dan pengajaran umpamanya sedikitpun tak ada gambar, tetapi boleh membentuk manusia jika manusia tersebut menghayati dan mengamalkannya.

Tahniah Arja Lee atau nama sebenarnya Azharudin Ramli (Laa melayu agaknya) dengan perlakuan dan pengakuan tersebut sekurang-kurangnya boleh menjadi ASAS KUKUH UNTUK MENGHARAMKAN TERUS FILEM TERSEBUT dan menggantung Arja Lee dari berlakun dan menghalang pengeluar filem tersebut bergiat aktif dalam bidang perfileman lagi.

daripada pemilihan tajuk lagi, filem ini menimbulkan kontroversi....masih tak serik-serik lagi.

SuperMind@MindaBistari mencadangkan supaya Filem tersebut dibatalkan.

JADUAL CERAMAH BULAN JULAI 2010 MADRASAH ISLAHIYAH ADDINIYAH TAMAN IBU KOTA SETAPAK

3 Julai (Sabtu), Ceramah Khas 3.15-4.30 ptg, Oleh Y.Bhg Dato' Dr. Fatma ElZahra M.Ramadan, Tajuk Memuliakan Ramadan

4 Julai (Ahad), Kuliah Subuh 6.15-7.15 pg, Oleh Mej. Mohd Nasir Azit, Tajuk Peranan dan Tanggungjawab Dakwah

6 Julai (Selasa), Kuliah Maghrib 7.45-8.45 mlm, Oleh Y.Bhg Datuk Kamal Muhamad, Tajuk Bicara Solat

10 Julai (Sabtu), Kuliah Subuh 6.15-7.15 pg, Oleh Ust Shahrul Akbar Nukman, Tajuk Tazkiratulmaut

10 Julai (Sabtu), Program Kaum Ibu, 3.00-4.00 ptg, oleh Ust Osman Hassan, tajuk Quran dan Tajwid

13 Julai (Selasa), Kuliah Maghrib, 7.45-8.45 mlm, oleh Ust Musa Mohd Noh, Tajuk Kitab Hadith

18 Julai (Ahad), Kuliah Subuh, 6.15-7.15 pg, oleh Y.Bhg Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri, Tajuk Adat Islam

21 Julai (Rabu), Kuliah Maghrib, 7.45-8.45 mlm, oleh Ust Shihabuddin Alang Mat Piah, Tajuk Keberkatan Hidup

24 Julai (Sabtu), Kuliah Subuh, 6.15-7.15 pg, oleh Y.Bhg Dato' Md Daud Che Ngah, Tajuk Perjalanan Roh

24 Julai (Sabtu), Program Kaum Ibu, 3.00-4.00 ptg, Ust Osman Hassan, Tajuk Quran dan Tajwid

28 Julai (Rabu), Kuliah Maghrib, 7.45-8.45 mlm, Ust Abdullah Mahmood, Tajuk Mustajab Doa

30 Julai (Jumaat), Kuliah Maghrib, 7.45-8.45 mlm, Ust Wahidin Sukarno, Tajuk Konsep Ibadah


Datanglah beramai-ramai.

Saturday, July 3, 2010

Hindari Diri Anda Daripada Menjadi Golongan Kiri

Apabila kiamat terjadi, manusia akan menjadi 3 golongan iaitu
1) Golongan orang-orang yang paling dahulu beriman
2) Golongan kanan
3) Golongan kiri

Golongan orang-orang yang paling dalulu beriman
-mereka ini yang paling dulu masuk surga
-mereka ini orang yang didekatkan kepada Allah
-mereka ini segolongan besar orang-orang sebelum Nabi Muhammad s.a.w dan hanya segolongan kecil daripada umat Nabi Muhammad s.a.w

Golongan kanan
-mereka ini ialah orang-orang yang mulia yang menerima buku-buku catatan amal mereka dengan tangan kanan.
-mereka ini segolongan besar orang-orang sebelum Nabi Muhammad s.a.w dan segolongan besar pula daripada umat Nabi Muhammad s.a.w.

Golongan kiri
-mereka ini ialah orang-orang yang sengsara yang menerima buku-buku catatan amal mereka dengan tangan kiri.
SIAPAKAH GOLONGAN KIRI ITU?
Sesungguhnya mereka sebelum itu hidup bermewah-mewah DAN mereka terus menerus mengerjakan dosa-dosa besar.

Rujuk Surah A-Waaqi'ah untuk keterangan lanjut. Surah ini elok dibaca setiap malam supaya dapat menginsafi kita dan mengharapkan kita menjadi golongan kanan atau golongan yang didekatkan kepada Allah.

Friday, July 2, 2010

GEMBIRA vs SEDIH

Saya berbangga melihat sebuah sekolah menengah di sebuah taman perumahan di Setapak telah berjaya menganjurkan Hari Usahawan. Pelbagai aktiviti usahawan telah berjaya dijalankan dengan cemerlang. Saya juga melihat kerjasama pengunjung untuk sama-sama membeli kupon untuk menyumbang kewangan dengan membeli produk-produk yang dijual di gerai-gerai. Kesemua gerai adalah diurus dengan kerjasama kelab usahawan dan penduduk tempatan. Disamping gerai ada juga Rumah Hantu, Lorong Sesat, Turun Bangunan, Flying Squad, masukkan bola golf, amal jariah (derma Quran) dan pelbagai lagi. Saya gembira kerana aktiviti seperti ini akan menjadikan anak-anak kita berani menceburi bidang yang belum pernah diceburi.

Jadi apa yang Sedih nya?

Kesedihan saya mungkin tiada kena mengena dengan penganjuran aktiviti di atas tetapi saya sedih apa yang saya lihat. Ada 3 yang menyedihkan hati saya iaitu semasa saya melawat 2 bilik air pelajar lelaki (Bilik Selesa Lelaki atau tandas). Kedua-dua bilik air tersebut sangat kotor dan lebih dari separuh pamnya rosak. Bukan sahaja pam rosak tetapi pintu nya juga rosak. Mujurkan semua paip air ada airnya. Dalam bilik tersebut juga berselerak puntung rokok yang baru dan yang lama. Semasa saya masuk ke salah satu bilik air tersebut saya mendapati sekumpulan pelajar sedang menghisap rokok. saya tidaklah menegur sebab saya tau budak2 sekarang bila di tegur membunuh pun sanggup.

Seperkara lagi yang saya sedih ialah murid-murid perempuan (mungkin waktu hari usahawan ini sahaja) kebanyakannya (lebih separuh) tidak pakai tudung sebagaimana hari persekolahan. Dahlah tu banyak juga yang rambutnya berwarna.

Belum habis 2 kesedihan di atas, saya bertambah sedih bila saya terlihat seorang ibu muda yang datang ke sekolah itu memakai seluar pendek. Beliau berjalan bersama suami dan anaknya (yang ada dalam kereta sorong). Itu sekolah menengah maknanya pasangan ini mungkin ada anak yang sudah bersekolah menengah dan ada anak yang masih kecil. Kenapalah beliau berseluar pendek di tempat begini?. kalau di tepi pantai tak adalah saya sedih sangat.

Ya Allah, Ya tuhan kami, jadikan kami orang-orang yang diberi petunjuk oleh Mu (doa ini hanya kepada orang yang mahu diberi petunjuk sahaja).

Thursday, July 1, 2010

Informasi : Perdana Menteri Nepal letak jawatan

Maddhav Kumar Nepal meletak jawatan kelmarin bagi menamatkan kebuntuan politik melumpuhkan dan mengukuhkan satu proses damai yang menamatkan pemberontakan 10 komunis, yang mengorbankan anggaran 13,000 orang di negara itu.

Beliau meletak jawatan selepas tunduk kepada tekanan berbulan lamanya daripada pembangkang komunis yang menuntut penyingkirannya dalam parlimen dengan mengadakan bantahan jalanan ganas beberapa ketika.

Petikan dari Berita Harian 2 Julai 2010.

-----------------------------
pengajaran yang boleh diambil ------ sesuatu keputusan yang baik eloklah diputuskan cepat jangan sampai dah ramai terkorban baru ada keputusan

Jangan terburu-buru perkenal pendidikan seks

Saya sangat bersetuju dengan kenyataan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (yang saya baca dalam Berita Harian 2 Julai 2010) yang berkata keputusan untuk memperkenalkan pendidikan seks di sekolah memerlukan pandangan professional dalam bidang berkaitan terutama psikologi dan pendidikan.

katanya:

"Orang professional perlu berbincang mengenai isu ini hingga ada satu kesimpulan sama ada pendidikan seks ini perlu atau tidak diperkenalkan dengan tidak hanya bergantung terhadap kepada pandangan sebelah pihak." "saya setuju dengan pendekatan segera untuk menyekat laman pornografi dari dilayari pelajar".


---------------------------
Sebelum ini SuperMind@MindaBistari ada post write-up berikut:

Pendidikan Seks Di Sekolah Bukan Penyelesaian Yang Baik

Setelah berfikir dari pelbagai sudut maka pandangan SuperMind@MindaBistari memutuskan bahawa pendidikan seks di sekolah bukanlah satu penyelesaian yang konkrit. Pendidikan sedemikian boleh dilaksanakan sekiranya dalam waktu yang sama kita dapat menghapuskan (mengurangkan sehingga seminima yang mungkin) video seks, majalah seks, kandungan internet lucah, pakaian artis yang seksi, perangai selebriti yang ala perempuan night club dan seumpamanya. Pada masa ini pengaruh persekitaran lebih bahaya dari pengetahuan ilmu seks.

Ya Allah ya Tuhanku, kau jadikanlah hati-hati kami cenderung kepada kebaikan dan menjauhi keburukan. Sesungguhnya kami akan berusaha mendekati Mu ya Allah.

Inovasi Vs Kreativiti

Ramai orang pandai sebut INOVASI dan pandai sebut KREATIVITI. Akan tetapi tidak ramai yang tau dengan yakin apa beza keduanya? Apa yang saya tau (itu pun selepas Bos terangkan), Inovasi ialah suatu produk lama yang dihasilkan dengan cara baru yang lebih mudah, ringkas dan menghasilkan produk yang yang lebih baik mutunya. Manakala kreativiti ialah menghasil produk baru yang sebelumnya produk ini memang tidak ada lagi. kesimpulannya: Inovasi - idea lama ; Kreativiti - idea baru

Kalendar Malaysia Inovatif

6 Ogos 2010: Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif di Jabatan Pendaftaran (Kementerian Dalam Negeri) >>> merupakan satu pertandingan inovasi dan kreativiti dalam penyampaian perkhidmatan di peringkat jabatan-jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang merangkumi dua kategori iaitu kategori pengurusan dan kategori teknikal.

4-9 Ogos 2010 : Pertandingan Solar Car Centre for Education, Training & Research in Renewable Energy & Energy (Cetree) di Negeri Sembilan (Kementerian Pelajaran.

7-8 Ogos 2010 : Karnival Malaysia Inovatif 2010 Zon Selatan di Pagoh, Johor (MOSTI).

8 Ogos 2010 : Program Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Peringkat Kebangsaan (ANGKASA).

21-30 Ogos 2010 : 1Malaysia Innovation Tournament di Kuala Lumpur (MOSTI & Alpha catalyst Consulting.

Ogos (tbc) : Young Creative Aseans di Labuan, sabah (Yayasan Inovasi Malaysia). >>> merupakan satu program pertandingan dan perkongsian inivasi di antara belia-belia negara ASEAN dan melahirkan satu jaringan perpaduan di kalangan belia negara ASEAN.