Thursday, April 1, 2010

Majlis Perasmian : Janji Didahulukan Peserta Diutamakan

Saya perhatikan sejak kebelakangan ini ada trend pengganti sebagai mewakili individu tertentu sebagai perasmi sesuatu majlis berbentuk Seminar, Mesyuarat atau sebagainya. Budaya seperti ini seharusnya dihentikan.

Sebagai contoh : Majlis A sepatutnya di rasmikan oleh VVIP X. Semua peserta Majlis A bersemangat dan bersedia mendengar ucapan perasmian oleh VVIP X. Oleh kerana Majlis tersebut dirasmikan oleh VVIP X, maka agensi y menghantar peserta dikalangan VIP y.
Malangnya pada hari sebenar, VVIP X dikatakan tidak dapat hadir dan terpaksa diganti oleh individu lain. Sayangnya penggantinya pula bukan dikalangan VVIP atau VIP atau setaraf VVIP X tetapi dikalangan individu yang belum bertaraf VIP. Sedangkan peserta yang hadir dikalangan VIP atau VVIP agensi lain. Bila keadaan ini berlaku, maka peserta akan tawar hati dan sudah pastilah majlis tersebut tidak akan sampai matlamatnya.

Oleh itu, saya berharap semua pihak jangan ambil remeh perkara ini. Cuba elakkan menggunakan Nama Orang Hebat untuk Rasmi tetapi realitinya memang orang itu tidak dapat hadir. Jangan berniat untuk mendapatkan ramai peserta maka kita gunakan Nama Orang Hebat untuk rasmi majlis kita.

Ingat!

No comments:

Post a Comment