Monday, April 26, 2010

CARI JALAN SUPAYA LEBIHAN MAKANAN DIHOTEL-HOTEL TIDAK DIBAZIRKAN

Saya percaya banyak lebihan-lebihan makanan yang masih elok dan baik selepas habis satu-satu majlis (umpamanya barbeque) yang diadakan di hotel-hotel. Kebiasaanya tempoh majlis jamuan seperti ia mempunyai tempoh misalnya dari 8 malam hingga 10 malam.

Selepas majlis selesai, kebisaannya banyak makanan yang masih baik dan selamat untuk dimakan akan dibuang oleh pihak hotel sebab pihak hotel tidak mahu bertanggungjawab sekiranya makanan tersebut dibawa balik oleh awam akan menyebabkan keracunan.

Tetapi pada pandangan saya, semua pihak kena ambil perhatian mengenai perkara ini bagi membolehkan makanan lebihan dari hotel (yang masih baik) boleh dimanfaatkan oleh orang-orang yang memerlukan.

Saya cadangkan ada satu cara untuk menyalurkan makanan hotel ke rumah2 anak yatim atau kepada sesiapa yang memerlukan. Adakan peraturan supaya pihak hotel tidak dipersalahkan dalam hal kebajikan ini. JOM KITA FIKIRKAN supaya MAKANAN TIDAK MEMBAZIR. Orang yang perlu dapat MAKANAN bertaraf 5 bintang.

No comments:

Post a Comment