Wednesday, April 21, 2010

Madrasah Islahiah Addiniyah Taman Ibu Kota semakin ceria

22 April 2010 : Sejak dua minggu kebelakangan ini Surau Islahiah Addiniyah di Taman Ibukota seolah-olah mendapat nafas baru. Kalau dulunya jemaah subuh ourata hanya sekitar 15 hingga 35 orang, Kini sudah melebihi 40 orang setiap hari (termasuk wanita). Ini mungkin disebabkan ajk yang baru dilantik agak aktif.

Saya berharap keadaan ini akan menyuntik semangat lagi kepada AJK surau supaya mengekalkan usaha yang baik bagi memajukan surau ini. Surau Islahiah Addiniyah Taman Ibukota ini patut diupgrade kepada Masjid atau sekurang-kurang surau yang boleh digunakan untuk solat Jumaat. Surau ini terletak ditengah2 3 taman iaitu Taman Ibu kota, Taman Danau Kota dan Taman Setapak Indah.

Harapan saya supaya penduduk di tiga taman tersebut datanglah beramai-ramai solat subuh jemaah di Madrasah Islahiah Addiniyah Taman Ibu Kota supaya Madrasah tersebut dipenuhi Jemaah diwaktu Subuh.

Waktu-waktu lain kita sibuk. Hanya waktu subuh sahaja yang dirasakan SEMUA JEMAAH BOLEH HADIR dengan hanya mengorban sedikit waktu tidur.

Datang ya jangan tak datang. (khas untuk penduduk setempat)

Wassalam.

3 comments:

  1. syukur alhamdulillah, madrasah ni dah 2 bulan lebih mengadakan solat jumaat....

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Banyak peninggkatan sudah.

    ReplyDelete
  3. Sekarang dalam usaha mengumpul dana untuk bangunan baru bagi keselesaan jemaah solat jumaat. Sila ke madrasah ni untuk membuat sumbangan saham akhirat kita.

    ReplyDelete