Thursday, April 29, 2010

SPA BANYAK MAKNA. YANG MANA SATU MAKSUD ANDA.

SPA juga bermaksud Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. tapi yang paling berkesan bila sebut SPA ialah orang akan bayangkan kedai urut yang ada perkhidmatan urut-urut badan. Tapi malang SPA yang ada sekarang bukan sahaja boleh urut-urut badan yang fizikal tetapi ia juga boleh urut nafsu.

Jangan jadikan Malaysia sebagai tempat Simpanan Pelancong Asing atau Seks Pelancong Asing.

Bangunan Terbengkalai, Rumah Kosong, Kedai Tak beroperasi PUNCA Nyamuk

Kerajaan perlu mengambil tindakan drastik untuk membendung bertambahnya rumah terbengkalai atau rumah kosong atau bangunan tanpa berpenghuni kerana semuanya itu punca pembiakan nyamuk. Sekali gus ia menyumbang kepada DENGGI.

Kerajaan tempatan yang efisen IALAH yang dapat utilize bangunan yang ada untuk manfaat manusia setempat.

DENGGI BERKURANGAN APABILA PERANCANGAN BANDAR YANG CEKAP DAN BERKUALITI.

Monday, April 26, 2010

ALLAH AKAN MEMENUHI NERAKA DENGAN IBLIS DAN PENGIKUTNYA

Wahai pembaca blog Supermind@Minda Bistari yang dihormati, semoga kita menjadi di antara orang yang tidak akan disesatkan oleh Iblis. InsyaALLAH.

Rujuk terjemahan dialog dari surah "Shad".

Ayat 71-74

(Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, "Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah. Kemudian apabila telah Aku sempurnakan kejadiannya dan Aku tiupkan roh (ciptaan)-Ku kepadanya; maka tunduklah kamu dengan bersujud kepadanya".
Lalu para malaikat itu bersujud semuanya, kecuali Iblis, ia menyombongkan diri dan ia termasuk golongan yang kafir.


Ini pernyataan saya
Iblis sudah janji dengan Allah dia tak akan sesatkan orang terpilih oleh Allah. Oleh itu marilah kita usahakan supaya kita terpilih oleh Allah menjadi di antara hamba Allah yang tidak disesatkan oleh Iblis.

rujuk terjemahan ayat 82-83 surah "Shad"

(Iblis) menjawab, "Demi kemuliaan-Mu, pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang terpilih di antara mereka."

rujuk juga ayat 83-84 surah "Shad"

(Allah) berfirman, "Maka yang benar (adalah sumpahku), dan hanya kebenaran itulah yang Aku katakan. Sungguh, Aku akan memenuhi neraka Jahanam dengan kamu dan dengan orang-orang yang mengikutimu di antara mereka semuanya."

CARI JALAN SUPAYA LEBIHAN MAKANAN DIHOTEL-HOTEL TIDAK DIBAZIRKAN

Saya percaya banyak lebihan-lebihan makanan yang masih elok dan baik selepas habis satu-satu majlis (umpamanya barbeque) yang diadakan di hotel-hotel. Kebiasaanya tempoh majlis jamuan seperti ia mempunyai tempoh misalnya dari 8 malam hingga 10 malam.

Selepas majlis selesai, kebisaannya banyak makanan yang masih baik dan selamat untuk dimakan akan dibuang oleh pihak hotel sebab pihak hotel tidak mahu bertanggungjawab sekiranya makanan tersebut dibawa balik oleh awam akan menyebabkan keracunan.

Tetapi pada pandangan saya, semua pihak kena ambil perhatian mengenai perkara ini bagi membolehkan makanan lebihan dari hotel (yang masih baik) boleh dimanfaatkan oleh orang-orang yang memerlukan.

Saya cadangkan ada satu cara untuk menyalurkan makanan hotel ke rumah2 anak yatim atau kepada sesiapa yang memerlukan. Adakan peraturan supaya pihak hotel tidak dipersalahkan dalam hal kebajikan ini. JOM KITA FIKIRKAN supaya MAKANAN TIDAK MEMBAZIR. Orang yang perlu dapat MAKANAN bertaraf 5 bintang.

Masukkan Aktiviti Yang Berfaedah dalam Pakej City Tour

Mohon ada pihak yang membuat kajian untuk memilih aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk dijadikan sebahagian aktiviti di dalam City Tour Hotel. Hotel-hotel di Malaysia patut mengadakan pakej City Tour. Saya dapati tak banyak hotel2 di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan City Tour. Kalau kita biarkan pihak tertentu sahaja yang memilih aktiviti maka aktiviti yang dipilih adalah hanya berkisatr kepada tokong cina, kuil hindu, kilang batik dan shopping kompleks.

Sunday, April 25, 2010

Masjid Kristal - Nama Bersinar Fizikalnya Pudar

hari ini ahad 25 April, saya berpeluang ke pusat tamadun islam. disitu letaknya Masjid Kristal. Akan tetapi apa yang saya ingin nyatakan bahawa Masjid yang terletak ditepian sungai dengan Pulau Duyong dicemari oleh sikap endah tak endah Penyelenggara. Dinding daN kubah MASJID amat kotor. Bila ia kotor maka ia akan membawa maksud yang buruk terhadap imej Islam. Mohon dibersihkan.

Saturday, April 24, 2010

Sesetengah warga Asing mencemar budaya Malaysia

Tadi semasa saya round dengan motosikal di depan Taman Teratai Mewah saya lihat ada atu pasangan yang berpegang tangan. Yang lelaki ialah Wartga Afrika (pakai seluar pendek tapi melepasi lutut (oklah) dan pasangannya berambut merah berseluar pendek, Macam rupa bangsa Cina (putih-putih sikit)tapi nampak macam bukan perempuan tulin. Apa yang terdetik dihati saya ialah. "Tiadakah undang-undang untuk menghalang warga asing menunjukkan peragai yang tidak baik. Ya berpegang tangan memanglah tak salah jika sudah berkahwin tetapi saya bimbang pasangan tersebut belum berkahwin dan warga imej warga afrika (yang kebanyakannya Islam) mencemarkan Islam.

Berbasikal memakai kain pelekat dan tidak pakai baju

Semasa saya menunggang motosikal di kawasan perumahan Taman Setapak (Setapak garden) saya lihat ada seorang dalam lingkingan 40an menunggang basikal mengelilingi kawasan taman perumahan tanpa memakai baju. beliau hanya berkain pelekat.

Di sini saya ingin menasihatkan sekiranya ada di antara kita yang sudah biasa dengan berbuat seperti itum nasihat saya supaya tinggalkanlah tabiat tersebut. tak senonoh namanya.

Friday, April 23, 2010

Artikel dalam akhbar mingguan ILUVISLAM elok dibaca

Akhbar mingguan keluaran Kumpulan Karangkraf sdn bhd sangat sesuai untuk bacaan umum. ia tidak seperti akhbar-akhbar yang banyak condong kepada mana-mana kumpulan. Tahniah kepada Editor sdri Fouziah Amir. Editor memainkan peranan penting untuk menentukan kandungan berita yang boleh atau tidak disiarkan. Pemberita dan penyunting juga memainkan peranan yang besar tetapi editorlah yang mengolah ayat supaya tidak bias kepada mana-mana kumpulan. Tahniah kepada pencetus idea untuk mengeluarkan akhbar mingguan yang mempunyai ilmu, iman dan amal.

saya promosi yang baik-baik berdasarkan pandangan saya sendirian.

Baru-baru ini dalam blog ini saya galakkan anda semua dengan radio IKIM.fm dan tengok ASTRO-OASIS.

sekian

Iklan Siar model gebu diharamkan - MODEL gebu, Ashley Graham

Saya terselak akhbar KOSMO Sabtu 24 April 2010 muka surat 49. Di situ saya dapati satu gambar seksi seorang model namanya Ashley Graham. Apa yang saya hairan sangat-sangat ialah sesetengah mentaliti editor2 atau penyunting akhbar2 di Malaysia lebih teruk daripada pemilik stesen televisyen di Amerika.

Ini berdasarkan artikel tersebut menyatakan "Beberapa stesen televisyen di Amerika Syarikat (AS) mengharamkan satu iklan pakaian hanya kerana seorang modelnya yang gebu dikatakan terlalu seksi".

Baguslah Amerika Syarikat kerana ada kesedaran SIVIK. Malangnya KOSMO, pergi siarkan pulak gambar SEKSI. Apa maknanya ini.?

Kalau ya pun nak bagi tahu orang melalui akhbar. Tulis ajelah tak payah keluarkan gambar seksi Ashley Graham tu!.

Gambar tu dah keluar.... banyak keburukannya.

Lain kali jangan buat ya.....

Thursday, April 22, 2010

Kerajaan tidak perlu sediakan kemudahan komputer untuk penjawat awam

Komputer peribadi menjadi satu keperluan bagi kakitangan kerajaan. bagaimanapun ia merupakan bebanan kepada kerajaan kerana kos yang tinggi. ia juga merupakan bebanan kepada kakitangan kerajaan kerana terpaksa menjaga aset tersebut dari kehilangan. Kehilangan aset oleh kakitangan kerajaan boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan tatatertib.Bagi mengatasi risiko kepada dua belah pihak, saya mencadangkan supaya kerajaan memberi pinjaman tanpa faedah untuk membolehkan kakitangan kerajaan memiliki komputer sendiri dan komputer tersebut digunakan untuk kegunaan pejabat atau kegunaan sendiri. harga komputer tersebut pula diberikan diskaun yang tinggi.

Sekiranya cadangan ini diterima, saya percaya semua kakitangan kerajaan akan mempunyai komputer, tidak seperti sekarang hanya segelintir kakitangan sahaja yang diberikan kemudahan komputer. Jika komputer hilang, kakitangan tersebut tidaklah dikenakan tindakan tatatertib sebab komputernya sendiri bukan kerajaan punya.

Harap pihak kerajaan yang membuat dasar ambil pandangan saya dengan serius.

Tranfer risks of government to staff - WIN WIN situation

personal computers became a necessity for government employees. However, it is a burden to the government because of high costs. it is also a burden to the government employees had to take care of these assets from loss. Loss of assets by government employees can cause them disciplinary action. To mitigate the two parties interests, I propose that the government provide an interest free loan to enable the civil servants to have their own computers to be used for office or consumption. This unit of computer prices were given the high discount.

If the proposal is accepted, I believe that all government employees will have a computer, not like now is only a few employees who were provided with computers. If the computer is lost, is government's servants will not get a disciplinary action.

Hope the government make policies to take my views seriously.

Wednesday, April 21, 2010

Madrasah Islahiah Addiniyah Taman Ibu Kota semakin ceria

22 April 2010 : Sejak dua minggu kebelakangan ini Surau Islahiah Addiniyah di Taman Ibukota seolah-olah mendapat nafas baru. Kalau dulunya jemaah subuh ourata hanya sekitar 15 hingga 35 orang, Kini sudah melebihi 40 orang setiap hari (termasuk wanita). Ini mungkin disebabkan ajk yang baru dilantik agak aktif.

Saya berharap keadaan ini akan menyuntik semangat lagi kepada AJK surau supaya mengekalkan usaha yang baik bagi memajukan surau ini. Surau Islahiah Addiniyah Taman Ibukota ini patut diupgrade kepada Masjid atau sekurang-kurang surau yang boleh digunakan untuk solat Jumaat. Surau ini terletak ditengah2 3 taman iaitu Taman Ibu kota, Taman Danau Kota dan Taman Setapak Indah.

Harapan saya supaya penduduk di tiga taman tersebut datanglah beramai-ramai solat subuh jemaah di Madrasah Islahiah Addiniyah Taman Ibu Kota supaya Madrasah tersebut dipenuhi Jemaah diwaktu Subuh.

Waktu-waktu lain kita sibuk. Hanya waktu subuh sahaja yang dirasakan SEMUA JEMAAH BOLEH HADIR dengan hanya mengorban sedikit waktu tidur.

Datang ya jangan tak datang. (khas untuk penduduk setempat)

Wassalam.

Saturday, April 17, 2010

Gelagat Muzakarah Qariah Surau

Alhamdulillah akhirnya jawatakuasa baru Madrasah Islahiah Addiniyah, Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur telah berjaya mengadakan Muzakarah Bersama Qariah (Taman Ibu Kota, Taman Danau Kota dan Taman setapak Indah). Ada juga yang datang dari Taman Mulia (Syukur, Alhamdulillah). Walaupun tidak ramai yang hadir tetapi lebih dari 50 orang.

Apa yang saya dapati ialah kebolehan Qariah ada yang petah bercakap ada juga yang kurang petah walupun ideanya bernas. Ada juga yang sensitif dan ada juga yang negetif. Yang penting AJK lama dan AJK baru sudah boleh duduk semeja. Maksudnya AJK lama dan AJK baru tiada persengketaan dan semuanya saling bantu membantu.

TAHNIAH kepada AJK baru Madrasah Islahiah Addiniyah semuga madrasah ini mencapai matlamat yang diingini oleh Islam.

Alhamdulillah minggu Ini (18 April 2010) Pancaindera Mingguan Malaysia Tiada Lagi Gambar Seksi Artis Malaysia

Alhamdulillah mulai minggu ini (diharapkan) sisipan Mingguan Malaysia iaitu Pancaindera sudah tiada lagi memaparkan gambar artis Malaysia yang seksi gila. Sehubungan itu marilah kita sama-sama memberi sokongan kepada akhbar ini selagi ia mempunyai etika kewartawanan yang baik.

Selamat maju jaya.

Kepada yang secara tidak sengaja memasuki ke blog kerana mengharapkan gambar seksi, saya mohon maaf sebab blok supermind@mindabistari hanya akan mengandungi pandangan-pandangan untuk membina modal insan yang baik. InsyaAllah.

Pengalaman di Medan Selera Carefour Wangsa Maju

Petang tadi jam 2.00 petang (17.4.2010) kami sekeluarga teringin nak makan di medan selera Carefour Wangsa Maju. Malangnya meja banyak kosong tapi kerusi tiada. Memang kerusi sangat sedikit disediakan. orang tak ramai pun tapi kerusi tiada. Hairan sungguh kami. Kemudian kami terpaksalah cari kedai lain. Kami ke kedai AYAMAS. Makan di situ.

Pesan saya.... pihak Carefour kenalah prihatin, kesihan kepada peniaga di outlet di medan selera tu. Tak boleh cari makan mereka.

Saja nak kongsi pengalaman.

Maaf jika termasuk ke blog ini dan TIDAK seperti yang dikehendaki.

Orang yang masuk ke blog ini SAYA DOAKAN SUPAYA MENDAPAT KESEJAHTERAAN DUNIA AKHIRAT (BAGI YANG ISLAM LAH). Bagi yang bukan Islam saya pohon agar tuan Jangan Memusuhi Islam sebab ISLAM itu baik. Kenalilah ISLAM.

Thursday, April 15, 2010

AlQuran adalah Pedoman bagi Manusia, Petunjuk dan Rahmat bagi kaum yang meyakini

Bacalah ALQuran dan Hadis kerana ia mengandungi pedoman dan petunjuk.

"Sungguh, pada langit dan bumi benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang Mukmin. Dan pada penciptaan dirimu dan pada makhluk bergerak yang bernyawa yang bertebaran (di bumi) terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) untuk kaum yang meyakini, dan pada penggantian malam dan siang, dan hujan yang diturunkan Allah dari langit, lalu dengan (air hujan) itu dihidupkan-Nya bumi setelah mati (kering); dan pada perkisaran angin terdapat pula tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang mengerti" :terjemahan ayat 3-5 Surah Al-Jatsiyah

Untuk baca seterusnya bacalah naskah-naskah terjemahan AlQuran. Belilah yang dijamin sahih dipasaran. Selamat membaca dan memahami kandungannya.

CALON CALON CALON CALON CALON CALON

Siapa Calon BN?
Siapa Calon PK?
Siapa Calon JL?
Siapa Calon ABPBH?
Siapa Calon AS?
Siapa Calon AM?
Siapa Calon JLL?
Siapa Calon SPM?
Siapa Calon PMR?
Siapa Calon UPSR?

Kita sendiri hendaklah berusaha supaya kita terpilih sebagai Calon SURGA. Ingat! calon sahaja belum tentu terpilih. Kita kena BERUSAHA. Orang2 Islam beruntung sebab mereka sudah dipilih sebagai CALON Surga. Orang bukan Islam, kalau nak jadi Calon Surga kenalah masuk ISLAM dahulu.

Bagi orang Islam, untuk memastikan supaya kita terpilih ke Surga maka hendaklah kita mempelajari Al Quran dan Al Hadis dan mengamalkan apa yang terkandung di dalamnya. Jadi seorang yang masuk keseluruhannya ke dalam Islam.

Ingat! Kurangkan perbuatan jahat. Perbanyakkan perbuatan baik. Amalkan 5 rukun Islam. Terutama SOLAT. Sebab Solat adalah lesen besar. Moga kita jadi baik dan terpilih ke surga Allah. InsyaAllah

Monday, April 12, 2010

Bayi dibuang Lagi - terbaru di Sg Choh

Aduhai apalah malangnya gadis Malaysia. Udahlah berzina membunuh pulak tu. Lihat dalam utusan Malaysia hari ini 12 April 2010
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0412&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

JOM KITA SOLAT SUBUH BERJEMAAH, PUASA SUNAT ISNIN & KHAMIS, BACA QURAN SETIAP HARI. SIANG KITA BUAT PEKERJAAN YANG HALAL. MALAM KITA DENGAR KULIAH & BACA QURAN ATAU MENGUNJUNGI SAUDARA MARA, JIRAN TETANGGA DAN BUAT JAMUAN.

Saturday, April 10, 2010

Pancaindera dah mula kembali kepangkal Jalan

Minggu ini (11 April 2010) Pancaindera Mingguan Malaysia sudah tidak banyak lagi gambar seksi kecuali gambar Erin Res'2. Buat apa letak 2 gambar semasa Erin buat pesembahan tarian gelek tu. Jika 2 gambar itu tak ada, maka saya dah luluskan Pancaindera dalam penilaian saya.

Oklah.....

Di sini saya ingin pesan kepada semua manusia tak kiralah artis ke pekerja pejabat ke ATAU sesiapa sahaja yang masih bernyawa supaya dapat mencari rezeki yang baik-baik. Mempamirkan aurat untuk menagih rezeki Allah merupakan cara yang tidak betul. Lebih baik awak kutip kotak,kertas terpakai, botol atau besi buruk. Itu lebih mulia dari dedah tubuh.

Sekian terima kasih.

Pertingkatkan Promosi Muzium Negeri Selangor

Saturday, April 10, 2010

Pagi tadi saya berpeluang melawat Muzium Negeri Selangor. Syukur Alhamdulillah muzium tersebut sangat luas dan banyak khazanah yang dipaparkan di dalam muzium tersebut. Kedudukan Muzium yang hampir/bersebelahan dengan Perpustakaan Negeri amatlah sesuai. Saya hairan kenapa Muzium yang begitu cantik di dalamnya kurang dikunjungi oleh orang ramai. Yang mengunjungi kebanyakannya pelajar-pelajar sekolah yang menyertai rombongan.

Saya ingin cadangkan supaya kerajaan Selangor mempromosikan Muzium tersebut dengan lebih serius. Sebabnya bahan-bahan yang ada dalam Muzium tersebut sangat banyak dan berinformatif.

Pun begitu saya agak sedih juga sebab penyelenggaraan bangunan tersebut amat lemah hinggakan kalau dilihat dari luar, muzium tersebut agak tidak bermaya. Agaknya sebab itulah orang tak terliur nak masuk. Lagi pun ianya percuma. Kita orang Malaysia bila percuma macam tak berminat nak pergi kecuali MAKAN PERCUMA. Jadi saya cadangkan, pihak Muzium kenakan tiket RM2 untuk dewasa dan PERCUMA untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Duit collection itu dapat juga buat baiki dinding dan atap yang bocor di bahagian luar tu.

Selamatkan Khazanah Negara. Selamat Maju jaya.

Sunday, April 4, 2010

Seorang Artis Mencemari Anugerah Bintang Popular Berita Harian

Saya terkejut juga melihat seorang artis yang macam tak berpakaian diluluskan juga untuk mengumumkan pemenang. Sepatutnya etika berpakaian artis perlu diwujudkan. WAk PerhaTIkan keadaan itu boleh mencemarkan majlis.

ETIKA PAKAIAN ARTIS perlu diwujudkan!

Saturday, April 3, 2010

Terima Kasih Pancaindera kerana siar gambar Seksi Zarina An Julie

Minggu lepas saya dah komen dalam blog ini (orang tak baca tak pa)
"
Sunday, March 28, 2010
Kenapa Pancaindera Mingguan Malaysia suka siar gambar Seksi? Rossa & Betty Banafe
"
Hari ini (4.4.2010) keluar lagi gambar seksi. Kali ini gambar Zarina An Julie dengan tajuk "Tak habis-habis kontroversi Zarina". "Zarina & Suami orang".

Wahai editor Pancaindera! cukup-cukuplah menyiarkan gambar Seksi semua jenis wanita dalam akhbar mu. Jika masih juga menyiarkannya maka anda adalah diantara penyumbang kepada kemerosotan nilai modal insan rakyat Malaysia.

Terima kasih kerana membaca.

Friday, April 2, 2010

Tidak Manis Siarkan Reaksi Lawak Allahyarham Din Beramboi di Hari Pengkebumiannya

Niat saya nak lihat Best of Idlan tetapi ada juga disiarkan reaksi lawak Allahyarham Din Beramboi. Saya rasa tidak berapa sesuai. Disaat kesedihan keluarga, ditunjukkan keriangan Arwah yang berseloroh. Lain kali jangan buat no...

Thursday, April 1, 2010

Majlis Perasmian : Janji Didahulukan Peserta Diutamakan

Saya perhatikan sejak kebelakangan ini ada trend pengganti sebagai mewakili individu tertentu sebagai perasmi sesuatu majlis berbentuk Seminar, Mesyuarat atau sebagainya. Budaya seperti ini seharusnya dihentikan.

Sebagai contoh : Majlis A sepatutnya di rasmikan oleh VVIP X. Semua peserta Majlis A bersemangat dan bersedia mendengar ucapan perasmian oleh VVIP X. Oleh kerana Majlis tersebut dirasmikan oleh VVIP X, maka agensi y menghantar peserta dikalangan VIP y.
Malangnya pada hari sebenar, VVIP X dikatakan tidak dapat hadir dan terpaksa diganti oleh individu lain. Sayangnya penggantinya pula bukan dikalangan VVIP atau VIP atau setaraf VVIP X tetapi dikalangan individu yang belum bertaraf VIP. Sedangkan peserta yang hadir dikalangan VIP atau VVIP agensi lain. Bila keadaan ini berlaku, maka peserta akan tawar hati dan sudah pastilah majlis tersebut tidak akan sampai matlamatnya.

Oleh itu, saya berharap semua pihak jangan ambil remeh perkara ini. Cuba elakkan menggunakan Nama Orang Hebat untuk Rasmi tetapi realitinya memang orang itu tidak dapat hadir. Jangan berniat untuk mendapatkan ramai peserta maka kita gunakan Nama Orang Hebat untuk rasmi majlis kita.

Ingat!

Jawatankuasa Kerja Kampung

Betul ke JKK ada 2 di dalam satu-satu kampung? Kalau betul, saya cadangkan bergabunglah jadi satu sahaja. Sepatutnya JKK ini berkecuali dan tidak mengikut Kelompok.