Semasa Lahir Aku Tidak Tahu Di Mana Diri Aku
Aku Menangis hingga Air Mata Membasahi Pipi
Mujurlah Ada Insan Yang Membelai Manja Menusuk Kalbu
Memperdengarkan Azan Memuji Pencipta yakni Illahi
Empat Tahun Kemudian Baru Aku tahu erti kehidupan
Yakni bermain, makan, mandi, tidur dan bermain lagi
Seronok sekali tanpa perlu bekerja untuk hidup aman
Tidak seperti ayah yang berkerja sejak awal pagi
Empat puluh tahun kemudian baharulah Aku Tahu Erti Kehidupan ini
Tidak boleh hanya bermain, makan, mandi dan bermain sahaja
Kewajipan insan ialah memaju dan memakmurkan Bumi
Terutama Tanah Air tempat kita dilahirkan sejak mula
@HakCipta Terpelihara, Minda Bistari, April 2009
No comments:
Post a Comment