Bagi membina modal insan yang unggul, cara bekerja kita mestilah dikaji semula. Sekarang kita lihat orang berlumba-lumba untuk bekerja bagi memajukan agensi sehingga mengabaikan tanggungjawab membangun modal insan.
Ramai yang pergi awal pagi untuk bekerja dan balik lewat malam. Rumah hanya dijadikan tempat tidur dan mandi. Saya cadangkan semua agensi/syarikat mensyaratkan pekerjanya hanya bekerja sekitar 8 jam sahaja sehari. Lepas 8 jam mesti jalankan tanggungjawab sosial sama ada di rumah atau berbakti kepada masyarakat. Jika syarikat yang beroperasi 24 jam mesti kena buat shift dan kekalkan polisi pekerja hanya bekerja 8 jam sahaja.
Saya percaya masa yang terhad itu akan menjadikan insan itu lebih efisen.
Tujuan menghadkan masa kerja ini ialah bagi memboleh individu hidup bekeluarga dengan sihat dan boleh pula memakmurkan masjid atau mengunjungi jiran-jiran. Keadaan sekarang amat sedih. Ada ketikanya dengar-dengar jiran se taman dah meninggal. Tau jiran sakit itu pun tau dah lewat. Dah tau tu tak dapat pergi juga sebab kerja. Ya kerja kerja kerja.
Ya saya tahu yang baca ini mungkin tidak begitu tapi majoriti sekarang memang macam itu.
Ya fikir-fikirlah idea tipis saya ni.
Saya amat bersetuju dengan pandangan anda. Bukan berkira atau tidak sanggup bekerja lebih masa tetapi kerana setiap hari pulang lewat bukan sahaja tidak sempat untuk bermasyarakat tetapi juga berkeluarga. Bagi kami yang ada anak-anak dan masih dibangku sekolah serta meningkat remaja memerlukan perhatian dan didikan. Ini berbeza dengan bos yang berada di gred 54,jusa, senior manager di mana mereka tidak lagi mempunyai anak bersekolah (lainlah kalau mereka walaupun dah berumor tapi berkahwin lagi dan ada anak kecil.
ReplyDeleteKita selalu cakap tentang masalah sosial, masalah penagihan dadah, pengambilan syabu, mat rempit dan macam-macam lagi, tetapi dimana ibu bapa mereka sebenarnya. Ada Jabatan hampir setiap minggu ada program luar pejabat dan mewajibkan pegawai pengurusan turut serta dan kalau tidak mengikutinya pasti mendapat memo tunjuk sebab. Bila ada cuti panjang, dirangka pula aktiviti jabatan seperti hari keluarga, walaupun baik tetapi bagaimana keluarga yang terdiri daripada ibu bapa dan saudara mara dikampong yang perlu diziarah. Hari keluarga bukan dipejabat sahaja, sebab setiap hari sememangnya telah bersua. Kami memerlukan hari dan masa untuk bersama keluarga dan sanak saudara. Ini belum lagi mohon cuti untuk sehari dua untuk disambung dengan cuti mingguan. Bos dah bagi amaran tidak boleh sambung cuti. Tapi bagi yang kampong jauh yang menuntut sehari perjalanan pergi dan sehari perjalanan balik sudah tentu memerlukan cuti panjang untuk balik ke kampong. Jadi bos ,fikir-fikirkanlah sebelum bercakap.
Sebagai ketua berlaku adillah kepada orang bawahan. Jangan kerana nak jaga prestasi sendiri di mata KSU dan Menteri, anak buah menjadi korban. Ingatlah anda dibayar gaji dan elaun, diberi kemudahan kenderaan, minyak dan tol, tetapi kami hanya mengharapkan gaji semata-mata dan kami mahukan doa dan restu ibu bapa kami dunia dan akhirat. Jangan sehingga kami mendapat berita ibu bapa sudah meninggal baru kami diberi cuti untuk balik ke kampong. Masa untuk membahagiakan ibu bapa adalah semasa mereka masih sihat bukan semasa mereka sudah terlantar atau di rumah baru 6'x3'.
Terima Kasih. Saya bangga ada insan sependapat saya,
ReplyDelete