PARLIMEN GUNA 100% BAHASA MALAYSIA. JADI KENAPA AGENSI KERAJAAN TIDAK MENGGUNAKAN 100% BAHASA MALAYSIA?. KENAPA MASIH RAMAI YANG BERMESYUARAT GUNA BAHASA INGGERIS?
Minda Bistari berpendapat Kerajaan perlu membuat dan menguatkuasakan penggunaan Bahasa Malaysia 100% di agensi kerajaan. Semua dokumen mesti dalam Bahasa Malaysia (versi Bahasa Inggeris boleh dibuat tetapi versi utama ialah Bahasa Malaysia). Ya... Semua dokumen termasuk dokumen tender, garis panduan yang dikeluarkan dan sebagainya.
Saya lihat banyak juga Garis Panduan yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan untuk rujukan anggotanya juga ditulis dalam Bahasa Inggeris. Versi Bahasa Malaysia tiada. Kemudian garis panduan tersebut jadi gajah putih. Bila kita baca dokumen tersebut macam ciplak aje walaupun ia dirumus sendiri oleh anggota agensi.
Berlainan jika ia ditulis dalam Bahasa Malaysia ia seperti Buatan Malaysia kita rasakan.
So....pentadbiran baru ni kenalah fikir-fikirkan untuk mertabatkan Bahasa Malaysia.
Hari ini 11 Julai 2009, saya ingin tukar fikiran. Mulai Sekarang kita Rakyat Malaysia perlu menggunakan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi sebab mudah bagi kita berurusan dalam DUNIA TANPA SEMPADAN.
ReplyDeleteDengan komen ini saya membatalkan pandangan saya di atas,