Sunday, August 30, 2009

Hayati Makna Kemerdekaan

Bagaiman untuk menjadi bangsa Merdeka? Ikutilah Kisah berikut yang saya petik dari laman islamhadhari.net

Pertama, makna kemerdekaan dapat dipetik daripada kisah Nabi Ibrahim a.s ketika baginda membebaskan diri daripada orientasi asasi yang keliru dalam kehidupan manusia. Dalam surah al-An’am ayat 76-79 dikisahkan perjalanan spiritual Nabi Ibrahim dalam mencari Tuhan.

Pencarian spiritual tersebut merupakan usaha Nabi Ibrahim dalam membebaskan hidup daripada orientasi kehidupan yang diyakininya keliru, namun hidup subur dalam masyarakatnya.

Sebagaimana diketahui, masyarakat yang melingkungi Ibrahim a.s ketika itu menyembah berhala. Bagi Ibrahim a.s, peyembahan terhadap berhala merupakan kesalahan besar kerana secara logiknya pun perbuatan itu membawa manusia kepada perlakuan penghambaan yang menjatuhkan harkat dan martabat diri mereka sendiri sebagai manusia.

Kedua, makna kemerdekaan juga dapat dipetik daripada kisah Nabi Musa a.s ketika membebaskan bangsanya daripada penindasan Firaun. Kekejaman Firaun terhadap Bani Israil dikisahkan menerusi pelbagai ayat di dalam al-Quran. Firaun merupakan ‘bayangan masyarakat’ yang angkuh dan tamak akan kekuasaan di muka bumi.

Keangkuhan pemimpin atau penguasa seperti ini membuat mereka tidak segan silu membunuh dan memperhambakan kaum lelaki Bani Israil dan menistakan kaum wanitanya. Keangkuhan inilah yang mendorong Musa a.s tergerak memimpin bangsanya untuk membebaskan diri daripada penindasan, dan akhirnya meraih kemerdekaan sebagai bangsa yang mulia dan bermartabat (Al-A’raaf: 127, Al-Baqarah: 49, dan Ibrahim: 6)

Ketiga, kisah kejayaan Nabi Muhammad s.a.w dalam menggalas misi dakwah baginda di muka bumi (Al-Maa’idah: 3) menjadi sumber ilham yang tidak pernah putus atau usang bagi bangsa Malaysia untuk memaknakan kemerdekaan secara lebih holistik dan integral.

Ketika diutus 14 abad silam, Nabi Muhammad s.a.w menghadapi sebuah masyarakat yang mengalami tiga penjajahan sekali gus: kecelaruan atau kekeliruan hidup, penindasan ekonomi, dan kezaliman sosial.

Kecelaruan hidup diekspresikan dalam penyembahan patung oleh masyarakat Arab Quraisy. Rasulullah berjuang keras mengajar kepada umat manusia untuk menyembah Allah Yang Maha Esa dan meninggalkan ‘’tuhan-tuhan’’ yang secara terang-terang perlakuan itu menjeruskan harkat dan darjat manusia (Luqman: 13; Yusuf: 108; Az-Dzaariyaat: 56; Al- Jumu’ah: 2).

Penindasan ekonomi itu dilukiskan di dalam al-Quran sebagai sesuatu yang membuat kekayaan hanya berputar dan berlingkar pada kelompok-kelompok tertentu sahaja (Al-Hasyr: 7). Rasulullah s.a.w mengkritik orang-orang yang mengumpul dan menghitung-hitung harta tanpa mempedulikan kesejahteraan sosial dan keadilan ekonomi (Al-Humazah: 1-4; Al-Maa’uun: 2-3).

Rasulullah s.a.w memperjuangkan pembebasan perhambaan, kesaksamaan lelaki dan perempuan, dan persamaan antara manusia. Dalam khutbah terakhir baginda di Arafah, baginda menegaskan bahawa tidak ada perbezaan antara hitam dengan putih, antara Arab dengan bukan Arab.

Semuanya sama di hadapan Allah s.w.t. Tidak ada sisi atau sudut yang membezakan suatu kelompok manusia dengan manusia lainnya, melainkan tingkat ketakwaan mereka kepada Maha Pencipta (Al-Hujuraat: 13).

Apa makna kemerdekaan bagi kita? Sebagai kelompok terbesar daripada rakyat Malaysia, umat Islam seharusnya dapat memetik, mengambil, menggali (atau apa istilah sekalipun yang seumpamanya) makna kemerdekaan tersebut daripada al-Quran.

Wassalam

Friday, August 28, 2009

CARA MENGATASI MENGATASI MASALAH MASJID SESAK (BERMUSIM)

Memang tidak dapat dinafikan bahawa Masjid Penuh Sesak tapi hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja (solat Jumaat, Solat Tarawih dan Solat Hari Raya). Pada waktu-waktu biasa ianya lengang sahaja.

Saya ingin mencadangkan supaya Masjid tersebut tidak diperbesarkan sebab pada masa biasa ia seakan terlalu besar sebaliknya pihak berkuasa perlu sediakan dewan atau ruang sementara untuk solat Jumaat contohnya di Dataran Merdeka, di Ballroom Hotel atau mana-mana dewan yang mudah diakses.

Saya hanya akan bersetuju Masjid dibesarkan apabila pada waktu-waktu biasa (Solat subuh, zohor, asar, maghrib dan Isyak) pun penuh sesak.

Hai kawan-kawan seIslam, marilah kita sama-sama solat berjemaah beramai-ramai supaya ada alasan untuk Maskid diperbesarkan.

Thanks for reading

Tuesday, August 25, 2009

Beri tangguh hukuman sehingga selepas Syawal

SEMPENA BULAN RAMADAN ini, Saya berdoa kepada Allah supaya insan-insan yang didapati bersalah dan dihukum penjara pada bulan Ramadan ini ditangguhkan hukumannya sehingga habis syawal. Saya percaya ada juga yang dipenjara bukan kerana ia bersalah tetapi atas sebab-sebab teknikal.

Dan saya juga berdoa agar mana-mana yang dipenjarakan (sedang ia tidak bersalah) supaya ada insan lain yang ada authority dapat memberi pengampunan kepada mereka.

Amin

BANYAK BUKU DALAM BAHASA MALAYSIA KINI

Syukur Alhamdulillah kerana di pasaran sekarang ini sudah banyak kita dapati Buku-buku yang ditulis dalam Bahasa Malaysia. Saya galakkan kita membeli dan membaca buku-buku yang mereka sediakan. Cuma saya nak minta para penulis buku supaya menulis dengan informasi yang berpadanan dengan harga yang ditawarkan.

Membantu Peniaga Bazar Ramadan

Memang kita tahu, ramai peniaga baru di Bazar Ramadan. Oleh itu bagi menaikkan semangat mereka berniaga, saya cadangkan supaya orang ramai memberi galakan dengan membeli makanan yang mereka jual seadanya. Sama-samalah kita membantu mereka.

Monday, August 24, 2009

Setuju dengan Saranan Ustaz Azhar Tuarno - Memakmurkan MASJID

Petang tadi (24 Ogos 2009) saya mendengar berita mengenai saranan Pegawai Perhubungan Awam Masjid Negara,Ustaz Azhar Tuarno yang meminta supaya AJK Masjid (yang rata-rata terdiri daripada orang lama) lebih aktif mengajak anak-anak muda menyertai AJK Masjid atau meminta anak-anak muda sesekali menjadi IMAM atau Tukang Azan.

Pihak Masjid juga diminta mengadakan aktiviti-aktiviti ilmuan misalnya ajar Tusyen di Masjid, ajar komputer dan sebagainya. Jadikan masjid tempat yang selesa bagi anak-anak muda.

Sunday, August 23, 2009

Di Bulan Ramadan, Kedai Makanan Milik Orang Islam Perlu ditutup dari 5.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

Saya menyarankan kepada kerajaan supaya membuat peraturan iaitu pada Bulan Ramadan, Kedai Makanan Milik Orang Islam (tidak kira apa bentuk sekalipun) perlu ditutup dari 5.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

Saya lihat kebanyakan Restoran MAMAK (India Muslim) masih dibuka seperti biasa. Alasan mereka kalau tak bisnes macam mana mau bayar sewa?. Kalau mereka itu seorang Islam, itu jawapan bodoh namanya. Sebagai peniaga pandai-pandailah merancang. Ada sesetengan peniaga sebulan bulan ramadan dia boleh bercuti sebab keuntungan masa lalu telah diambilkira untuk menampung sebulan di bulan ramadan.

Terus terang saya katakan saya TIDAK SUKA ORANG ISLAM MENJUAL MAKANAN PADA BULAN PUASA DARI JAM 5.30 pagi hingg 12.30 tengahari. Jika berniaga disebelah petang tak apa tapi itu pun untuk orang berbuka puasa bukan untuk makan di situ.

Mohon Pengusaha Restoran MAMAK menghormati BULAN RAMADAN. Tak payah tunggu arahan kerajaan.

Friday, August 21, 2009

BULAN RAMADHAN - SUMBER PERPADUAN

Fadhilat Ramadhan sebenarnya banyak. Saya tak nak sebut satu pun. Cuma saya berpandangan bahawa bulan Ramadhan adalah sumber kepada perpaduan.

Dalan bulan Ramadhan, perkara berikut berlaku:

1. Masjid/Surau penuh - disitu jemaah-jemaah berjumpa dan bertegur sapa dan mengeratkan lagi siratulrahim masyarakat.
2. Ramai individu menjadi pemurah mudah bersedekah dan ini dapat merapatkan jurang ekonomi golongan miskin dan berada.
3. Makanan yang dimasak di kongsi bersama jiran (bertukar-tukar juadah).
4. Bazar Ramadhan mula dirindui (ditunggu-tunggu) oleh bukan sahaja oleh Islam tetapi juga oleh bukan Islam.
6. Aktiviti maksiat secara lazimnya akan berkurangan maka masyarakt akan lebih selesa berjalan/bersiar semasa bulan Ramadhan.
7. Anak-anak Yatim di beri perhatian dan diberi bermacam-macam keperluan harian.

dan banyak lagi.

Harap Roh Ramadhan akan terus subur dalam waktu di luar bulan Ramadhan.

Thursday, August 20, 2009

Sambutan kemerdekaan di Parlimen

Sambutan kemerdekaan di Parlimen
20/08/2009 4:40pm - Utusan Online

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Sambutan penuh Hari Kemerdekaan ke-52 hanya akan dilangsungkan di pekarangan Parlimen sebagai langkah untuk mengelakkan perhimpunan besar-besaran bagi membendung penularan wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1).

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sambutan itu akan diadakan secara sederhana. - Utusan

Syukur Alhamdulillah