Ayat 102 Surah Al-Baqarah
"Dan mereka mengikuti apa yang dibacakan oleh setan-setan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi setan-setan itulah yang kafir. mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babilonia, yaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum menyatakan,"Sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kafir." Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dengan sihir nya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, niscaya tidak akan mendapat keuntungan di Akhirat.. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dengan sihir, sekiranya mereka tahu."
Ayat 103 Surah Al-Baqarah
"Dan jika mereka beriman dan bertaqwa, pahala dari Allah pastinya lebih baik, sekiranya mereka tahu."
Ashabun Nuzul ayat 102-103
Syahr bin Hausyyab memaparkan, bahawa orang Yahudi itu berkata "Lihatlah Muhammad,ia mencampuradukkan antara yang Haq dan yang batil. Ia menyatakan, bahawa Sulaiman adalah nabi seperti para nabi yang lain. Padahal Sulaiman adalah penyihir yang dapat mengenderai angin." Maka itu, Allah menurunkan ke 2 ayat ini. (HR ibnu jabir)
104. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu katakan 'Ra'ind' tetapi katakanlah, "Unzhumd" dan dengarkanlah. Dan orang-orang kafir akan mendapat azab yang pedih.
Ashabun Nuzul ayat 104.
As-Suddi menuturkan, bahawa adalah dua orang Yahudi, Malik bin Shaif dan Rifa'ah bin Zaid, dari Bani Qainuqa. Mereka, jika bertemu Rsulullah selalu mengucapkan 'Ra'ind sam'aka wasma' ghaira musma'in.' Kaum Muslim mengira ucapan itu merupakan pujian Ahli Kitab kepada para nabi mereka, sehingga kaum Muslim mengikuti dengan mengucapkan kalimah itu kepada Rasul. MAKA ITU, ALLAH MENURUNKAN AYAT INI. (hr. Ibnu Mundzir).
105.(AlBaqarah)
Orang-orang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik tidak menginginkan diturunkan kepadamu sesuatu kebaikan dari Tuhanmu. Tetapi secara khusus Allah memberikan Rahmatnya kepada orang yang Dia kehendaki. Dan Allah pemilik kurnia yang besar.
Ashabun Nuzul ayat 105.
AS-Suddi menjelaskan bahawa ayat ini (diturunkan sebagai penjelasan kepada Rasulullah dan kaum Muslim tentang sikap dan sifat orang-orang musyrik. Mereka sangat membenci kaum Muslim. (HR. Ibnu Jarir)
Wednesday, September 21, 2011
Tuesday, September 20, 2011
AYAT-AYAT QURAN SEBENARNYA TELAH JELAS
"Dan sungguh, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang jelas kepadamu (Muhammad), dan tidaklah ada yang mengingkarinya selain orang-orang fasik." (99:Al-Baqarah)
"Dan mengapa setiap kali mereka mengikat janji, sekelompok mereka melanggarinya? Sedangkan sebahagian besar mereka tidak beriman." (100:Al-Baqarah)
"Dan setelah datang kepada mereka seorang Rasul (Muhammad) dari Allah yang membenarkan apa yang ada pada mereka, sebahagian dari orang-orang yang diberi kitab (Taurat) melemparkan kitab Allah itu ke belakang (punggung), seakan-akan mereka tidak tahu." (101:Al-Baqarah)

Wednesday, September 14, 2011
AL-Quran menjadi petunjuk serta berita gembira bagi orang-orang beriman
"Katakanlah (Muhammad)."Siapa yang menjadi musuh Jibril, maka (ketahuilah) bahawa dialah yang telah menurunkan (al-Quran) ke dalam hatimu dengan izin Allah membenarkan apa (kitab-kitab) yang terdahulu, dan menjadi petunjuk serta berita gembira bagi orang-orang beriman." (97:AL-Baqarah)
"Siapa yang menjadi musuh Allah, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, Jibrail dan Mikail, maka sesungguhnya Allah musuh bagi orang-orang kafir." (98:Al-Baqarah)
Asbabun Nuzul ayat 97-98.
Anas bin Malik memaparkan bahawa kedua-dua ayat ini diturunkan sebagai teguran dari Allah terhadap sikap kaum Yahudi yang memusuhi malaikat Jibril. Mereka meyakini, bahawa Malaikat Jibril adalah yang menurunkan peperangan, pembunuhan dan kekerasan. (HR AlBukhari)

Saturday, September 10, 2011
Negeri Akhirat bukan tertentu kepada satu bangsa sahaja....
Allah mewahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk disampaikan kepada kaum Bani Israel seperti berikut:
"Katakanlah (Muhammad),"Jika negeri akhirat di sisi Allah, khusus untukmu saja bukan untuk orang lain, maka mintalah kematian jika kamu orang yang benar." (ayat 94 Al Baqarah)
"Tetapi mereka tidak akan menginginkan kematian itu sama sekali, kerana dosa-dosa yang telah dilakukan tangan-tangan mereka. Dan Allah Maha Mengetahui orang-orang zalim." (ayat 95:AlBaqarah)
"Dan sungguh, engkau (Muhammad) akan mendapati mereka (Orang-orang Yahudi), manusia yang paling tamak akan kehidupan (dunia), bahkan (lebih tamak) dari orang-orang musyrik. Masing-masing dari mereka, ingin diberi umur seribu tahun, padahal umur panjang itu tidak akan menjauhkan mereka dari azab. Dan Allah Maha melihat apa yang mereka kerjakan."(ayat 96:Albaqarah)
Selamat membaca Al Quran & Terjemahannya.

Wednesday, September 7, 2011
Banyak kali Kaum Bani Israel di peringatkan Allah tapi....
"Dan takutlah kamu pada hari, (ketika) tidak seorang pun dapat membela orang lain sedikit pun. Sedang syafaat dan tebusan apapun darinya tidak diterima dan mereka tidak akan di tolong." (ayat 48 AlBaqarah)
"Dan (ingatlah) ketika Kami menyelamatkan kamu dari (Fira'un dan) pengikut-pengikut firaun. Mereka menimpakan siksaan yang sangat berat kepadamu. Mereka menyembelih anak-anak lelakimu dan membiarkan hidup anak-anak perempuanmu. Dan pada yang demikian itu merupakan cobaan yang besar dari Tuhanmu." (ayat 49 Al-Baqarah)
"Dan (ingatlah) ketika Kami membelah laut untukmu, sehingga kamu dapat Kami selamatkan dan Kami tenggelamkan (Fir'aun dan)pengikut-pengikut Fir'aun sedang kamu menyaksikan." (ayat 50 Al Baqarah)
"Dan (ingatlah)ketika...." ada di permulaan ayat 51, 53, 54, 55, 58, 60, 61, 63, 67, 72, 83, 84 dan ayat 93. ----Baca & Fahamilah

Monday, September 5, 2011
Kaum Bani Israil banyak di sebut di dalam Al Quran, Kenapa?
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mosaik 12 Bani Israel dalam dinding sebuah Sinagog di Baitulmaqdis
Bani Israel (Ibrani:שבטי ישראל Bahasa Arab:بني إسرائيل) merujuk kepada kaum atau keturunan Israel.
Perkataan Israel, berasal dari gelaran yang diberikan kepada Nabi Yaakub (a.s).
Istilah Israel bermaksud "Hamba Allah" atau "Tentera Allah". Perkataan "Isra" bermaksud "Hamba atau Tentera" dan "El" membawa maksud "Allah SWT". Gelaran "Israel" ini dikurniakan kepada Nabi Yaakub (a.s) kerana baginda diberkati oleh Allah SWT.
Perkataan "Israel" berasal dari bahasa Ibrani.
Kaum Bani Israel berasal daripada anak-anak nabi Yaakub (a.s) seramai 12 orang yang turut dikenali dengan gelaran 'Al-Asbaath' (Bahasa Arab:الأسباط) iaitu Rubin, Simeon, Lawway, Yahuda, Zebulaon, Isakhar, Dann, Gad, Asyer, Naftali, Yusuf, dan Benyamin.
Antara anak-anak baginda, ada antaranya yang diangkat menjadi Rasul seperti Nabi Yusof (a.s) yang meneruskan apa yang diajarkan oleh Nabi Ibrahim kepada datuk baginda, Nabi Ishak a.s., bapa baginda, Nabi Yaakub dan akhirnya baginda sendiri yang dipilih Allah untuk meneruskan Syariat Allah dimuka bumi ini.
Terdapat ramai rasul-rasul yang terkemuka diutuskan dalam kalangan Kaum Bani Israel ini seperti Nabi Yusuf, Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Ilyas, Nabi Ilyasa, Nabi Yunus, Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan Nabi Isa yang merupakan rasul yang terakhir yang diutuskan Allah kepada kaum ini sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan rasul yang terakhir yang diutuskan kepada seluruh umat manusia dimuka bumi Allah ini.
------------------------------------------------------------------------------
Ulasan saya.
Maknanya keturunan Israel ini adalah orang yang bijak, tetapi sebahagian besarnya dilaknati Allah sebab mereka merasakan mereka lebih baik dari orang dari keturunan lain. Umpama Iblis yang kalau kita ikut sejarahnya, ia adalah yang paling taat kepada Allah tetapi oleh sebab ia sombong maka ia langgar perintah Allah supaya sujud kepada Adam. Padahal Iblis tahu, Tuhan itu Allah tapi sebab sombong dia ingkar juga. Majoriti orang Israel begitu juga, dia tahu Islam itu benar, Allah itu Tuhan seluruh Alam tetapi Mereka tetap kata mereka yang betul sebenarnya. Kalau seorang dari keturunan Israel ikut Islam sepenuhnya kemungkinan dia menjadi seorang Islam yang hebat. Hanya Allah Yang Mengetahui.
------------------------------------------------------------
Lihat lah ayat 40 surah Al-Baqarah.
"Wahai Bani Israel!. Ingatlah nikmat-Ku yang telah Aku berikan kepadamu. Dan penuhilah janjimu kepada-Ku, niscaya Aku penuhi janji-Ku kepadamu, dan takutlah kepada-Ku saja."
Sila baca terus ayat 41 hingga 46 dan
Lihat pula ayat 47 surah Al-Baqarah
"Wahai Bani Israel! Ingatlah nikmat-Ku yang telah aku berikan kepadamu, dan Aku telah melebihkan kamu dari semua umat yang lain di alam ini (pada masa itu)."
Keterangan ayat 47 (sumbangan http://kongaji.tripod.com/)
يَا بَنِيْ إِسْرَائِيْلَ
"Wahai Bani Israil" (pangkal ayat 47).
Mereka dipanggil lagi dengan nama yang terhormat itu. Dengan menyebut nama nenek moyang mereka yang mulia itu, nama kehormatan yang dianugerahkan Tuhan kepada Ya'qub a. s. Amir Pahlawan Allah, moga-moga mereka sadar kembali. Memang Tuhan mengajarkan kepada RasulNya agar memanggil orang dengan nama yang Dia senangi. Apatah lagi dengan memanggil mereka dengan nama itu, tercakuplah mereka jadi satu semua, tidak ada lagi bagi kabilah ini dan kabilah itu yang rasa tersisih.
اذْكُرُوْا نِعْمَتِيَ الَّتِيْ أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَ أَنِّيْ فَضَّلْتُكُمْ عَلَى الْعَالَمِيْنَ
"Ingatlah olehmu akan nikmatKu yang telah Aku karuniakan kepadamu, dan sesungguhnya Aku telah pernah memuliakan kamu atas bangsa-bangsa " (ujung ayat 47).
Diperingatkan hal ini, bahwa kemulian yang telah dianugerahkan Allah kepada mereka itu, bukanlah karena darah keturunan mereka lebih tinggi dari darah keturunan yang lain. Sekali-kali tidaklah Tuhan mengajarkan perbedaan suku (ras), tinggi itu rendah ini. Mereka pernah dimuliakan melebihi bangsa dan suku yang lain, sebab merekalah penerima waris ajaran nenek-moyang mereka Ibrahim a. s., Ishak a. s. dan Ya'qub a. s. tentang percaya kepada Allah Yang Maha Esa.
Selama Tauhid itu mereka pegang teguh, kemuliaan itu tidaklah akan dihilangkan atau dicabut dari mereka. Jadi mereka diberi kemuliaan ialah karena kemuliaan pendirian. Adapun kalau Tauhidnya telah hilang, dan yang mereka pertahankan telah tinggal kemegahan saja menyebut-nyebut kebesaran yang lampau, hinalah mereka dan bangsa lain yang menerima dan menjunjung Tauhid itu pulalah yang akan dimuliakan Tuhan.
------------------------------------

Nak merepek sikit....jangan marah!
Ya dulu kampung ku di tanah pusaka ayah ku tidak wujud batu-batu yang di susun rapi cuma ada kayu-kayu papan yang diatur bersambung-sambung melindungi keluarga dari dihujani dipanasi oleh sang hujan dan mentari kini wujud banyak sekali batu-batu tersusun bukan satu malah lebih dari satu rimas pening puas benci dan beredar sebelum lebih ramai yang masuk wad yang bukan sebab sakit demam tetapi tegang dan kurang tahu perkataan meniti bibir bibir yang hilang entah di mana bukan sebab yang tinggal.
Ngantuk dan ingatlah surah ini ibu tak pernah minum melainkan membacanya sahaja tanpa was-was.
la camna masuk kata ngantuk dan ingatlah.... pelik-pelik-pelik agaknya ada oarang masuk edit blog kawan kut.

Sunday, September 4, 2011
ADAKAH KERAJAAN TIDAK MEMBELA ANAK2 YATIM ATAU ?
Pada pandangan saya Kerajaan Malaysia sangat prihatin terhadap anak-anak yatim dan kebajikan masyarakat sebab itulah Kerajaan mengwujudkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kerajaan juga menguruskan wang zakat yang sebahagiannya ada untuk anak yatim.
TETAPI mungkin kerana silap pengurusan atau tak tahu cara nak mengurus maka kita lihat banyak kegiatan mengutip derma untuk Rumah Anak Yatim (Islam). Sebenarnya rakyat Malaysia memang suka menderma tetapi saya berpandangan imej Islam akan merosot apabila melihat banyak orang Islam mengutip derma di Shopping Compleks, di Pasar Malam, di Pasar Tani, di stesen minyak, di restoran-restoran, di pejabat sehingga ada ketidak selesaan kepada pengunjung. Ada pula yang mengutip derma secara hampir macam paksaan dan saya pasti, ada yang memberi bukan 100% ikhlas dan terdetik di hati "Kerajaan tak bela ke kelas tahfiz, anak yatim dan orang miskin?"
Sekadar luahan hati yang tidak berapa suka melihat umat Islam meminta-minta sedangkan banyak agensi ditubuhkan untuk tujuan membasmi kemiskinan.
- PERKIM, Amanah Ikhtiar, Dana Belia, Baitul Mal, YPEIM, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Zakat, dan macam-macam lagi.

KANAK2 DAN TEKNOLOGI TERKINI
Syukur Alhamdulillah kanak2 sekarang berada di dalam era teknologi yang canggih dan menarik. Kanak2 berusia seawal 3 tahun pun sudah pandai menggunakan touch screen untuk bermain game di IPAD yang dibeli oleh golongan sederhana dan berduit.
Tapi keluarga2 Melayu Islam kenalah pandai untuk menyediakan pakej-pakej permainan yang intelektual sebab rata2 saya perhatikan mereka menggunakan IPAD untuk bermain kereta lumba, perang kapalterbang dan permainan bola sepak. Amat jarang kita lihat kanak2 menggunakan IPAD untuk permainanan2 yang membina minda dan kreatif.
Teknologi memang bagus didedahkan kepada kanak2 tetapi kandungan untuk mereka gunakan mestilah yang boleh membentuk Insan Yang Berdaya maju.
Disiplinkan anak-anak untuk bermain dan belajar.

Subscribe to:
Posts (Atom)