Wednesday, March 10, 2010
SIMBOLIK DALAM ISLAM
Islam Indah kerana SIMBOLIK. Banyak perumpamaan, sindiran, bidalan dan simbolik dalam Islam. Antaranya ialah Wuduk. Untuk menunaikan solat, kita masih perlu ambil wuduk walaupun kita sudah mandi maupun sudah mandi wajib. Kalau ikut akal memang tak logik. Tetapi wuduk itu sebenarnya simbolik. Dan banyak lagi.... nanti saya sambung.
Sunday, March 7, 2010
AGM TAK CUKUP KORUM
Ada persatuan yang dibubarkan disebabkan tidak dapat mengadakan AGM. Ada juga persatuan yang masih berupaya mengadakan AGM tetapi kehadiran ahli hanya cukup korum. Tak apalah. Malangnya bila AGM hanya cukup korum maka pemilihan exconya amat limited iaitu hanya dikalangan yang hadir sahaja. Sedangkan yang hadir tersebut ada di antaranya hanya berminat untuk hadir program2 yang dianjurkan persatuan bukan untuk jadi exco.
Saya bimbang fenomena ini akan menyebabkan ahli takut nak hadiri agm pada masa akan datang.
Saya bimbang fenomena ini akan menyebabkan ahli takut nak hadiri agm pada masa akan datang.
Saturday, March 6, 2010
Kenapa Allah Menjadikan Manusia boleh MENDENGAR dan MELIHAT?
Asalnya manusia diciptakan dari air mani yang bercampur benih lelaki dan benih perempuan (kecuali nabi Adam dijadikan daripada Tanah).Semasa mula dilahirkan manusia tidak boleh sebut apa-apa. Allah ingin menguji manusia dengan perintah dan larangan sebab itulah Allah jadikan manusia itu berupaya mendengar dan melihat. Allah juga telah menunjukkan jalan yang lurus, ada yang bersyukur ada yang KUFUR. (rujukan ayat 2 & 3 surah Al-Insan)
Harapan agar para pembaca blog MindaBistari ikutlah jalan yang lurus....
Harapan agar para pembaca blog MindaBistari ikutlah jalan yang lurus....
MELUAT TENGOK IKLAN PRODUK MALAM JUMAAT
Saya berpandangan etika nama-nama produk perlu diwujudkan supaya tiada lambakan nama-nama produk yang bukan-bukan. Adakah patut Malam Jumaat dijadikan Jenama?. Produk2 lain seperti UBAT KUAT, KOPI JANTAN, KOPI MAK DARA, dan macam2 lagi adalah jenama yang boleh menjatuhkan maruah Melayu Islam.
Jika tidak dikawal, nanti ada produk namanya 'Pengalaman Pertama', 'Sedapnya XXX', 'Gebu', 'KeMUT' dan macam-macam.
Jika tidak dikawal, nanti ada produk namanya 'Pengalaman Pertama', 'Sedapnya XXX', 'Gebu', 'KeMUT' dan macam-macam.
Sijjin dan 'Illiyyin
"Sesungguhnya catatan orang yang durhaka benar-benar tersimpan dalam Sijjin" ,ayat tujuh surat At-Tatfif
"Sesungguhnya catatan orang-orang yang berbakti benar-benar tersimpan dalam 'Illiyyin." , ayat 18 surat At-Tatfif
Sijjin ialah nama kitab yang mencatat perbuatan orang2 yang durhaka (jahat).
'Illiyyin ialah kitab yang mencatat segala perbuatan orang-orang yang berbakti.
Oleh itu marilah kita sama-sama berebut supaya perbuatan kita semuanya dicatat dalam 'Illiyyin'.

Thursday, March 4, 2010
Alah Bisa Tegal Biasa
Sesuatu perkara yang kita lakukan akan menjadi amalan apabila kita telah biasa melakukannya. Perkara yang susah sekalipun akan menjadi senang dan seronok untuk dilakukan apabila kita sering lakukan. Oleh itu berhati-hatilah dalam melakukan sesuatu perkara. Janganlah hendaknya anda melakukan perkara-perkara yang salah baik dari sisi undang-undang negara lebih-lebih lagi undang-undang Islam.
Sebagai contoh: Jika kita sebelum ini tidak pernah berseluar pendek. Kali pertama kita pakai seluar pendek dikhalayak ramai, kita rasa janggal dan kemalu-maluan. Bila pakai kali kedua kita akan rasa confident. Kali ketiga. keempat, kelima kita dah jadi amalan biasa.
Begitu juga minum arak. Mula2 pening, rasa nak muntah. Tapi bila diulang-ulang lama-lama ketagih. Tak minum tak sah. Tak lengkap.
Begitu juga baca surat khabar setiap hari. Bila tak dapat surat khabar rasa tak lengkap hari itu.
Jadi apa yang ingin saya sampaikan ialah, jadikanlah amalan baik sebagai amalan biasa kita. Jangan jadikan perbuatan jahat sebagai kebiasaan kita.
Marilah kita sama-sama meninggalkan perbuatan jahat, menambah perbuatan baik setiap masa. Semoga Allah menempatkan kita di dalam golongan hamba yang diredhai. Amin.

Wednesday, March 3, 2010
PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK PANDU LALU
Dalam zaman serba serbi moden ini bermacam-macam fasiliti atau kemudahan baru telah, sedang dan akan muncul pada bila-bila masa mengikut keperluan semasa. Salah satu isu yang selalu dibangkitkan ialah berkaitan kesukaran untuk mendapatkan pembantu rumah dan kesusahan keluarga untuk menghantar anak ke nursery atau pusat jagaan kanak-kanak. Pusat jagaan kanak-kanak mula dibuka di Agensi-agensi kerajaan dan kini ia akan dilaksanakan di pihak syarikat swasta. Bila timbul isu ini saya mula terfikir bahawa adalah baik sekiranya pengusaha menyediakan kemudahan Pusat Jagaan Kanak-kanak Pandu Lalu."
ALLAH TIDAK REDHA HAMBANYA MEMBUAT MAKSIAT
Setiap kejadian adalah dengan Izin Allah. Tidak bergerak sesuatu benda pun tanpa Izin Allah. Apabila hambanya membuat maksiat atau kejahatan, maksiat atau kejahatan tidak akan terjadi sekiranya Allah tidak Izinkan ia berlaku. Tetapi ingatlah bahawa keIzinan yang Allah yang diberikan bukanlah bermakna Allah Redha perbuatan tersebut. Apa yang penting bagi seorang hamba ialah mendapat Redha Allah.
Ketahuilah bahawa Allah tidak Redha manusia melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh NYA. Oleh itu untuk mendapat Redha Allah hendaknya kita buatlah apa yang Allah suka.
Wassallam
Ketahuilah bahawa Allah tidak Redha manusia melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh NYA. Oleh itu untuk mendapat Redha Allah hendaknya kita buatlah apa yang Allah suka.
Wassallam
Monday, March 1, 2010
SURAU DAN MASJID ELOK JANGAN DIKUNCI
Malam tadi saya singgah di sebuah surau di tepi jalan Ibu Kota. Waktu itu jemaah lelaki sedang melaksanakan solat Isyak. Saya baru nak ambil wuduk, tetapi saya lihat ada seorang wanita nak masuk ke tempat solat wanita tetapi sayangnya pintunya berkunci. Lalu wanita itu solat diluar bilik.
Dalam hati saya kenapalah surau selalu berkunci, tidakkah ia menyusahkan orang-orang yang ingin singgah solat?. Yang mengherankan saya surau dan masjid di bandar2 kebanyakannya hanya dibuka pada waktu solat wajib. Masa lain tutup.
Saya tahu ajk surau takutkan pencuri sebab itu mereka kuncikan surau/masjid. Tetapi tahukah anda dengan berbuat demikian akan menyusahkan pengguna (muslim) untuk singgah solat. Ini akan membuatkan orang akan menjauhi surau dan tak nak berhenti di surau/masjid sebab ia selalu berkunci.
Yang saya heran surau/masjid sepanjang saya balik kampung, apabila kami singgah untuk solat atau ke bilik air, surau/masjid tersebut tidak tutup pulak.
Jika niat kita baik iaitu membuka pintu dan pagar surau pada kebanyakan masa untuk memberi peluang kepada jemaah, InsyaAllah pencuri akan segan untuk masuk sebab sentiada ada orang. Kalau pun tiada orang, sudah pasti malaikat ada untuk menjaga surau tersebut. Janji Ikhlas.
Dengan tersiarnya artikel ini, hendaknya surau/masjid yang dulunya berkunci harap dibukakanlah sekarang.

Subscribe to:
Comments (Atom)