Monday, March 9, 2009

Haramkan Penjualan Rokok di Kedai Makan/Restoran

Saya minta Kerajaan Mengharamkan penjualan Rokok dan Arak di semua Kedai Makan sama ada Kedai Makan Orang Islam atau Kedai makan Orang Bukan Islam. Sebabnya ialah tidak semua orang Hisap Rokok atau Minum Arak. Orang yang tak hisap rokok, akan pening kepala bila bau asap rokok. Orang yang tidak minum arak akan pening kepala bila terhidu bau arak.

Oleh itu haramkanlah penjualan rokok dan arak serta haramkan menghisap rokok dan minum arak di Kedai Makan atau Restoran.

Sunday, March 8, 2009

Platinum Walk, Danau Kota, Setapak

Kawasan Cantik tapi penyelenggaan kebersihan tidak dipantau sepatutnya. Lantai tidak dibersihkan, kawasan tangga dan lift serta tempat parking di bawah agak tidak bersih. Harap pihak penyenggara Platinum Walk memantau kebersihan secara serius supaya kawasan tersebut menjadi satu tempat contoh di Kotaraya.

Belilah Barangan Buatan Malaysia

Bagi meningkatkan ekonomi dalam negara, eloklah kita mula membeli barangan buatan Malaysia.

Belilah perabut Malaysia.
Belilah baju Malaysia.
Belilah beras Malaysia.
Belilah buah Malaysia.
Belilah sayur Malaysia.
Belilah Kasut Malaysia.

Gunakan Bahasa Malaysia.

Selamatkan Wanita Selamatkan Lelaki Redhalah Poligami

Pada masa ini wanita lebih ramai dari lelaki.
Pada masa ini lelaki lebih ramai yang tidak begitu menjadi (rosak).

Pada masa ini hubungan luar nikah, khalwat dan gejala sosial meningkat.
Pada masa ini isteri sangat pantang bila suaminya hendak berpoligami (agaknya mereka lebih rela suaminya tersiksa batin atau lebih rela suaminya buat maksiat).

Pada masa ini ramai janda.

Pada masa ini ramai juga lelaki yang berupaya kawin lebih dari satu.

Islam membenarkan poligami. Maka orang yang menghalang poligami sebenarnya menidakkan poligami.

Para Isteri relalah suami anda berpoligami. Pengorbanan anda ada hikmahnya.

Selamtkan wanita Selamatkan Lelaki Sokonglah Poligami.

Friday, March 6, 2009

Mengapa orangramai tidak guna jejantas semasa melintas?

Rata-rata Jejantas adalah tinggi. Rata-rata terowong pejalan kaki terlalu dalam dan juga bertangga. Kita tau orangramai tak suka naik tangga terutama yang telah berumur. Mereka lebih suka melintas secara mendatar tanpa naik tangga. Jadi kenapa kita bina juga jejantas atau terowong?

Oleh itu, baik kita bina sebaliknya iaitu kereta yang naik jejantas atau masuk terowong dan biarkan orangramai nelintas secara mendatar.

Hak Cipta Terpelihara, Minda Bistari, 2009

Dilema Kedaii Empat Tingkat

Saya sangat simpati kepada pekedai-pekedai di Tingkat 2, 3 atau 4 di bangunan kedai 4 tingkat. Mereka amt sukar mendapatkan pelanggan berbanding dengan Aras 1. Situasi ini berlaku kerana orang-ramai tidak suka naik tangga ke tingkat berkenaan. Mereka hanya berkeliaran di Aras 1 (Ground Floor) dan parking kereta depan kedai.

Bagi menyamaratakan taburan pelanggan, saya mencadangkan supaya pembangunan kedai 4 tingkat yang baru hendaklah merekabentuk kedai empat tingkat yang adil bagi semua tingkat. Ini bermakna infrastruktur yang sama diwujudkan di tingkat 2,3 dan 4 iaitu sekiranya Tingkat 1 mempunyai parking kereta di depan kedai maka tingkat 2, 3 dan 4 juga perlu ada parking kereta di depan kedai.

Teknologi sekarang boleh membantu merealisasikan hayalan saya ini.

Wednesday, March 4, 2009

Cara Mengatasi Banjir Kilat Di Kuala Lumpur

Sistem Perparitan di Kuala Lumpur sebenarnya adalah teratur dan terancang. Apa yang menyebabkan banjir kilat kerap berlaku ialah kerana saluran-saluran air tersumbat kerana kurang penyelenggaraan dan pemantauan berterusan. Sekiranya pemantauan secara berterusan dibuat saya pasti aliran air akan menjadi lancar semasa hujan lebat. Pemantauan berterusan dapat mengelakkan saluran-saluran air tidak tersumbat. Ini dapat dibuktikan di tempat-tempat parking bawah tanah (di bawah bangunan) dan di terowong-terowong LRT, walau pun hujan lebat selebat manapun tempat-tempat ini tidak dimasuki air. Di bawah Dataran Merdeka dulu dimasuki air sebab tiada pengawasan tetapi kini ia dipantau dengan rapi dan didapati ia tidak dimasuki air walaupun hujan lebat disekitarnya.

Oleh yang demikian saya mensarankan supaya pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur perlu membuat pemantauan berterusan untuk memastikan semua saluran air yang ada tidak ditutupi sampah-sarap. Disamping itu rakyat semua haruslah bekerjasama dengan tidak membuang sampah merata-rata walaupun sebatang mancis api. Saya pernah melihat pekerja kontrak menyapu sampah yang bertanggungjawab menyapu sampah tetapi mereka sendiri membuang ke dalam longkang berhampiran tempat yang dia sapu. Jadi pemantauan juga perlu kepada kontraktor-kontraktor yang dilantik supaya mendisiplinkan pekerjanya.

Selain pemantauan berterusan bagi memastikan tiada longkang yang dipenuhi sampah dan tiada saluran air yang tersumbat, saya juga mencadangkan supaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menubuhkan Squad Banjir Kilat di mana apabila hari hampir hujan atau telah hujan, Squad ini akan pergi ke seluruh tempat strategik pengaliran air bagi membuang halangan-halangan aliran air supaya pengaliran air akan lancar. Umpama apabila kebakaran berlaku, pasukan bomba dan penyelamat akan bergegas berusaha memadamkan api, maka begitu juga dengan Squad Banjir Kilat ini iaitu apabila berlaku hujan, Squad ini akan bergegas menjalankan tugasnya.

Monday, March 2, 2009

Hak Cipta Terpelihara

Semua hasil penulisan atau apa-apa sahaja idea yang bertulis boleh dijadikan aset yang berharga asal sahaja kita dapat membuktikan bahawa hasil tersebut adalah tulisan kita. Untuk tujuan itu, apa-apa sahaja hasil penulisan anda bubuh sahaja perkataan HAK CIPTA TERPELIHARA, Nama Anda, Tahun dihasilkan

Sunday, March 1, 2009

Tajuk Filem "Anu Dalam Botol" Perlu Di UBAH

Saya terbaca dalam Pancaindera (Mingguan Malaysia, 1 Mac), artikel "Terkejut pelakon bercium mulut". Lihat mukasurat 12. Rupanya sesi pemilihan pelakun 'Anu Dalam Botol'. Terus terang saya katakan bahawa tajuk filem ini perlu ditukar segera sebelum filem filem ini digam. Saya sebenarnya tidak suka filem melayu buat filem maknyah atau pondan. Filem sedemikian bukannya dapat menyedarkan orang malah ia akan menjadi ikutan pula. Budak-budak muda sekarang suka tiru perkara negetif. Kerajaan harus membuat penapisan yang lebih serius bagi filem-filem Melayu terutama Tajuknya.