Subuh tadi saya dengar kuliah subuh. Ustaz menasihatkan supaya orang Islam terutamanya jemaah surau/masjid supaya tidak merokok. Sebab merokok membahayakan nyawa orang lain.
Perokok biasanya memaksa orang lain menyedut asap rokok yang dihisapnya.
Ustaz memberi contoh:
Sekiranya seorang perokok sedang makan di restoran dan sedang menghisap rokok sedangkan dimeja sebelahnya ada seorang wanita sedang makan karipap. Tiba2 wanita itu bangun dan menyuapkan karipap yang dimakannya ke dalam mulut perokok tersebut. Rasa2nya perokok itu marah tak? Kenapa dia mesti marah sedangkan dia hisap rokok kemudian asap rokoknya masuk ke dalam hidung wanita tersebut? Begitulah gambarannya.
Wahai orang Islam yang merokok, saya nasihat supaya BERHENTILAH.
No comments:
Post a Comment