Tuesday, July 19, 2011

Bajet 20XX : Elaun Tahunan Untuk Rakyat Malaysia

Gejala sosial dan sikap abnormal rakyat ada kaitan dengan keadaan hidup mereka yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Rakyat Malaysia walau setinggi manapun gaji mereka, mereka tidak lari dari berhutang. Cuba tanya sorang-sorang rakyat yang berusia 21 tahun ke atas "Adakah mereka mempunyai hutang?", saya jamin lebih dari 70% ada hutang. Hutang ini jika tidak dapat diselesaikan pastinya akan bertambah dari setahun ke setahun.

Kebanyakan(rakyat kebanyakan) berhutang tidaklah banyak, sekitar RM500-RM2000 tetapi mereka tidak boleh menyelesaikan sebab tiada lebihan. Ramai juga yang berkata kalaulah mereka dapat duit terpijak yang boleh melangsaikan hutang maka azam mereka tidak mahu berhutang lagi.

Bagi mengatasi hutang rakyat kebanyakan ini, kerajaan boleh bantu dengan memberi Elaun Tahunan Untuk Rakyat Malaysia pada masa akan datang. Bagi tahun 2012, eloklah kerajaan bagi BONUS kepada Rakyat sebanyak RM1000 seorang bagi rakyat berusia 18 tahun ke atas atau 21 tahun ke atas. Selain dapat merancakkan ekonomi tahun 2012, ia juga dapat meraih sokongan rakyat kepada kerajaan.

Rakyat Didahulukan.

Selepas Pembentangan bajet 7.10.11. pandangan saya diambil kira juga oleh Kerajaan cuma diolah secara lebih baik.

"Meringankan Kos Sara Hidup
Tuan Yang di-Pertua,
112. Dalam usaha untuk terus meringankan belanja seharian rakyat termasuklah dalam menyekolahkan anak-anak, Kerajaan bercadang membuat pemberian tunai secara one-off atau sekali sahaja seperti berikut:

Pertama:
Bantuan sebanyak 500 ringgit kepada isi rumah berpendapatan
bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah. Langkah yang julung kali
diambil ini membuktikan
keprihatinan Kerajaan terhadap
golongan berpendapatan rendah akibat kenaikan kos sara hidup.
Seramai 3.4 juta isi rumah atau 53 peratus daripada jumlah
keseluruhan isi rumah dijangka mendapat manfaat daripada
bantuan ini. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8
bilion ringgit. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang
layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri
sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui
bank dan Pejabat Pos;

Kedua:
Bantuan persekolahan 100 ringgit diberi kepada semua pelajar
sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga
Tingkatan Lima di seluruh negara. Memandangkan bantuan ini
disasarkan kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan
sederhana, atas dasar kebertanggungjawaban sosial,
terpulanglah kepada budi bicara penjaga atau ibu bapa yang
berkemampuan untuk menerima atau tidak. Di atas semuanya,
langkah ini dijangka dapat meringankan beban perbelanjaan
persekolahan. Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada
kira-kira 5.3 juta pelajar dan melibatkan peruntukan 530 juta
ringgit. Bantuan ini juga akan dilaksanakan melalui akaun Bank
Simpanan Nasional; dan

Ketiga:
Pemberian baucar buku bernilai 200 ringgit kepada semua
pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam
dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di
seluruh negara. Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada
kira-kira 1.3 juta pelajar dan melibatkan peruntukan 260 juta
ringgit.

No comments:

Post a Comment