Friday, June 17, 2011

Kartun Hina Islam Vs Orang Hina Islam

Saya melihat isu Kartun Hina Islam yang diperbesarkan oleh satu pihak dan dipertahankan oleh satu pihak yang lain. Kemudiannya pihak lain tu ungkit pula kartun-kartun pihak yang lain pula menjadikan isu kartun ini akan terus berpanjangan. Sebenarnya jauh dilubuk hati saya kejadian ini berlaku disebabkan Orang Islam masa kini ramai yang menghina Islam secara terang-terangan.

Sebagai contoh, Islam jelas melarang orang lelaki dan wanita mendedahkan auratnya di khalayak bukan muhrim. Jadi, sebagai seorang Islam yang semestinya wajib patuh arahan tersebut TETAPI disebabkan orang itu tidak patuh maka orang itu memakai seluar pendek nampak lutut atau tidak memakai hijab (jika wanita). Perbuatan tidak menutup aurat ini bukankah sama dengan "Menghina Islam?". Pada saya ini lebih besar isunya berbanding lakaran kartun tadi.

Satu lagi, yang paling simple, iaitu seseorang lelaki Islam yang memakai serban atau memakai kopiah yang rata-rata orang pandangnya, orang akan kata orang itu orang Islam TETAPI orang yang pakai serban atau kopiah itu sedang asyik menghisap rokok. Kategori orang ini juga telah "Menghina Islam" sebab merokok itu tidak digalakkan oleh Islam sebab ia merosakkan.

Dan banyak lagilah perbuatan2 orang Islam yang terang-terang menghina Islam. Oleh itu sesiapa yang membaca teks ini dan ia seorang Islam hendaklah menghalang diri daripada termasuk dalam golongan orang-orang menghina Islam.

No comments:

Post a Comment