Saya secara peribadinya sangat tidak menyukai keseluruhan etika syarikat-syarikat yang murah hati untuk sponsor hadiah-hadiah besar kepada program-program berbentuk HIBURAN dan Gelak Ketawa. Sponsor tu bagus tetapi hadiah tu biarlah berpada dan biarlah lebih rendah dari program-program berbentuk ilmiah seperti PIDATO, Berbalas Pantun, Pertandingan Cerpen, Karangan, Tilawah AlQuran, Imam Muda, Saintis Muda dan lain-lain yang berbentuk pembangunan rohani.
Saya lihat sejak tadika lagi anak-anak di ajar berjoget dan menyanyi secara berlebihan.
Program-program hiburan kebanyakannya memacu rakyat ke arah keruntuhan moral.
Tolonglah semak semula.
Kalau kita boleh anjur Jangan Lupa Lirik, mengapa tak boleh modified menjadi Jangan Lupa Ayat Quran.
......
No comments:
Post a Comment