Wednesday, April 20, 2011

RAMPAS HANDPHONE MURID PERLULAH DIREKODKAN

Memang menjadi satu kesalahan bagi seorang pelajar membawa HandPhone ke sekolah. Apabila guru membuat spotcheck, beliau berhak merampasnya daripada murid. Kuasa untuk merampas memang diberi tetapi itu tidak bermakna Guru Yang Ditugaskan itu mempunyai HAK ke atas handphone yang dirampas. Mesti ada satu mekanisme untuk memaklumkan ibu bapa (melalui surat amaran, emel, menelefon atau sebagainya) dan setiap rampasan itu mestilah direkod. Maknanya HP yang dirampas itu ditandakan pemiliknya.

Saya ingin mencerita satu senario yang saya tidak boleh terima.

Sejak tinggal di asrama, anak saya memang membawa telefon sebab difahamkan (di sekolah itu) murid-murid dibenarkan membawa handphone untuk kemudahan ibu/bapa untuk berjumpa murid sewaktu diperlukan. TETAPI murid dilarang membawanya ke sekolah apatah lagi menggunakannya di sekolah.

Memang saya sudah pesan kepada beliau supaya jangan bawa ke sekolah. TETAPI bebudaknya memang degil, dia bawa juga ke sekolah. Tiga minggu lalu, telefonnya dirampas oleh Guru A. Anak saya memaklumkan kepada saya bahawa HPnya dirampas oleh Guru. Hanya ibu-bapa yang boleh mengambilnya.

Saya tidak mengambilnya sebab saya beranggapan (dan kebiasaanya) sekolah akan menghantar surat kepada ibu/bapa menyatakan HP diambil sekolah kerana membawa telefon ke sekolah adalah dilarang. Malang selepas seminggu saya belum terima apa-apa berita dari sekolah. Saya minta anak saya pergi minta pada Guru A tadi. Anak saya kata oleh sebab ibu/bapa tidak claim, maka Gru A tadi telah memberi kepada Guru B (Guru Disiplin). Saya beranggapan itu polisi sekolah, jika tidak dituntut dalam masa seminggu di beri kepada Guru B untuk tindakan disiplin.

Selepas tiga minggu, oleh sebab saya bimbang HP itu rosak maka saya pun pergilah berjumpa dengan Guru B. Guru B nampak bersistematik, dia tengok rekod katanya tiada pulak mana-mana guru beri HP anak saya kepadanya. Kebetulan Guru A ada di situ, Guru B pun bertanya kepada Guru A, Guru A kata semua HP yang dirampas olehnya ada di pejabatnya. Gura A minta saya datang ke pejabatnya.

Sebelum saya ke pejabat Guru A, saya diberi satu borang Akujanji disiplin oleh Guru B. Saya pun menandatanganinya.

Selepas itu saya ke pejabat Guru A. Di situ saya lihat banyak telefon (ada lebih kurang 8 semuanya) 4 ada dalam sampul surat bertanda nama. 4 tanpa sampul surat tiada nama. Malangnya saya tak temui HP anak saya. Oleh sebab saya tak jumpa, guru itu offer saya nak ambil-ambillah yang mana satu di kalangan yang tiada nama tu. Saya kata MANA BOLEH ITUKAN ORANG PUNYA!. (dalam hati saya mungkin juga cara yang sama dia offer ibu/bapa atau pelajar yang datang claim. HP anak saya tu mahal sikit SONY ERICSSON lebih kurang RM500 (hadiah 5A), yang ada di situ yang basic (RM180 ke bawah)).

Saya dapati Guru Yang Rampas HP murid di sekolah itu TIDAK MEREKODKAN tarikh rampasan dan siapa pemunyanya. Saya sudah maklum kepada PENGETUA SEKOLAH ITU tetang pentingnya merekod setiap aset yang dimiliki.

Tindakan selanjutnya ialah....terima & REDHA berita kehilangan hp tu.......Saya beranggapan peristiwa ini sebagai positif. Iaitu Allah Maha Kuasa memilih keluarga kami supaya menyumbangkan satu aset yang agak bernilai bagi kami untuk MEMBAIKI SISTEM RAMPASAN APA-APA BARANG DARI PELAJAR SEKOLAH & DIHARAP SELEPAS INI PIHAK SEKOLAH ITU MENCARI JALAN UNTUK membaiki kelemahan yang ada.

No comments:

Post a Comment