Sunday, April 10, 2011

Dedah Aurat adalah Haram - Kenapa biarkan anak Gadis anda berseluar pendek di khalayak ramai?

Hayaatul ‘am adalah keadaan di mana wanita itu berada di luar dari kawasan rumahnya di mana mereka bercampur dengan masyarakat. Pakaian wanita dalam kehidupan umum iaitu di luar rumahnya terdiri dari dua jenis iaitu

(a) libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab, dan
(b) libas ‘ala (baju atas) iaitu khimar (tudung).

Dengan dua pakaian inilah seseorang wanita itu boleh berada dalam kehidupan umum seperti di jalanan, di pasar-pasar, pasar raya, kampus, taman-taman, dewan orang ramai dan seumpamanya. Dalil wajib memakai jilbab bagi wanita adalah berdasarkan firman Allah,

“Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [TMQ Al-Ahzab (33):59].

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,

“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]


Sehubungan dengan itu, saya merayu kepada ibu-bapa supaya melarang anak2 perempuan yang sudah baligh berseluar pendek bila berjalan di tempat umum.

Kita (perempuan dewasa), marilah sama-sama memakai tudung dan menutup aurat.

Jika kita semua berusaha membaiki diri sendiri supaya tidak dedah aurat kita, InsyaAllah Tuhan kita akan membantu kita mengurangkan Jenayah Seksual.

2 comments:

  1. setuju 100%. geram sangat manusia zaman sekarang ni.
    pemimpin semua benda ni ialah tv, suratkhabar, majalah, kawan.
    yg pelik tu apasal tv suka tunjuk gmbar jolok mata?

    ReplyDelete