Friday, April 29, 2011

Ilmu Kunci Segala Kejayaan

Ilmu merupakan kata yang berasal dari bahasa Arab, masdar dari ‘alima – ya’lamu yang berarti tahu atau mengetahui. Dalam bahasa Inggeris Ilmu biasanya dipadankan dengan kata science, sedang pengetahuan dengan knowledge.

Ilmu adalah Kunci Segala Kejayaan

Hakikat ini jelas bahawa tamadun dan pembangunan manusia dari dahulu hingga sekarang, ketinggian dan kemajuan serta kemuliaan budi pekerti serta ketinggian taraf hidup manusia tercapai setelah mereka menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan.
Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:
قُلۡ هَلۡ يَسۡتَوِى ٱلَّذِينَ يَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَ‌ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ
Maksud: “Katakalah – adakah sama orang-orang yang mengetahui (orang berilmu) dengan orang-orang yang tidak mengetahui (orang jahil), Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.”(Surah Az-Zumar Ayat 9)
Ayat tersebut menunjukkan dengan jelas, bahawa kelebihan orang-orang yang berilmu berbanding orang yang tidak berilmu.

Tuesday, April 26, 2011

Pentadbiran Traffic Light Sangat Lemah

Pada pandangan saya Pentadbiran Traffic Light di Kuala Lumpur, Putrajaya, Petaling Jaya, Shah Alam, Kelang dan seumpamanya sangat lemah dan tidak intelligent. Pada waktu-puncak mungkin ada anggota polis trafik yang mengawal lalu lintas, kira oklah tu. Akan tetapi pada waktu2 TIDAK PUNCAK lalulintas bergantung penuh kepada traffic light semata-masa. Malangnya setting masa pertukaran traffic light mungkin standard sahaja masa pertukarannya sedangkan kadar kenderaan mungkin sibuk dari jalan tertentu dan tidak sibuk pada jalan yang lain. Jika tempoh pertukaran traffic light tidak di adjust mengikut kesibukan jalan, akibatnya kenderaan yang berada di jalan sibuk akan kerugian masa. Ya habis masa hanya untuk menunggu lampu hijau (sedangkan jalan yang satu lagi tak ada kenderaan pun)

Cadangan membinA di.aLUkan

Sunday, April 24, 2011

FACEBOOK MENEMUKAN BEKAS PELAJAR SMKT 1975-1979

Jaringan Sosial FACEBOOK telah berjaya mengumpulkan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh (SMKT) batch tahun 1975-1979. Segala-galanya adalah usaha sahabat Saudara Azmi Bin Abdul Malik. Berikut adalah gambar pertemuan pertama



Sehingga kini kumpulan yang dipanggil Forum SMKT strictly to year 1975-79 only telah berjaya mengumpulkan serama 49 ahli. Difahamkan Bacth 1975-1979 ada lebihkurang 200 orang. So sesiapa yang belum menjadi ahli, sila berbuat demikian....

Friday, April 22, 2011

Sedih Dengan UTUSAN MALAYSIA....

Biar apa pun orang mendesak supaya boikot Utusan Malaysia namun saya tetap membeli UTUSAN MALAYSIA. Sebabnya saya menganggap berita yang disampaikan merupakan hasrat Malaysia. Sebagai contoh, apabila seseorang raja ingin menyampaikan berita kepada raja yang lain maka beliau akan menghantar utusan yang dipanggil Utusan Raja.

Nabi Muhammad S.A.W. pula, ia adalah Utusan Allah atau Rasulullah. Oleh itu, sahlah Utusan Malaysia merupakan sumber penyampaian oleh Malaysia. Apa yang terkandung di dalamnya adalah merupakan Hasrat Malaysia.

Apa yang menyedihkan ialah kandungan yang dimuatkan di dalamnya bernilai rendah. Misalnya Utusan Malaysia keluaran SABTU 23.4.2011 BIL 97 TAHUN KE 46 bersamaan 19 JAMADIL AWAL 1432 di muka hadapan di HIGHLIGHT "Pesona wanita jatuhkan lelaki", diletaknya gambar seksi, nampak buah dada, nampak wanita meniarap di tepi pantai" Apa maknanya ni? apa yang nak disampaikan?. Dan lagi tak-habis-habis menyiarkan cerita pasal berita salah laku seks. Adakah Malaysia suka kepada perkara2 tuduh menuduh ni?.

Cuba tuan/puan lihat S3 Sabtu serba santai diruangan XPRESI. Fazura tetap asli. Gambar Fazura besar satu mula surat. Dia Melayu & Islam. Tapi Gambarnya MasyaAllah nampak buah dada dan paha. Kameramen yang ambil gambarnya semasa adjust2 camera mungkin dapat rakam apa yang ada dicelah pahanya. Adakah SITUASI ini menjadi satu kebanggaan Rakyat Malaysia?. Ya agaknya sebabnya ia ada dalam UTUSAN MALAYSIA. Kalau tak penting masakan ada di dalam Utusan.

Sehubungan dengan itu saya merayu kepada Pengurusan Utusan Malaysia supaya melihat celoteh saya ini secara positif. Jangan fikir nak saman saya sahaja.

Renungkanlah......

Wednesday, April 20, 2011

RAMPAS HANDPHONE MURID PERLULAH DIREKODKAN

Memang menjadi satu kesalahan bagi seorang pelajar membawa HandPhone ke sekolah. Apabila guru membuat spotcheck, beliau berhak merampasnya daripada murid. Kuasa untuk merampas memang diberi tetapi itu tidak bermakna Guru Yang Ditugaskan itu mempunyai HAK ke atas handphone yang dirampas. Mesti ada satu mekanisme untuk memaklumkan ibu bapa (melalui surat amaran, emel, menelefon atau sebagainya) dan setiap rampasan itu mestilah direkod. Maknanya HP yang dirampas itu ditandakan pemiliknya.

Saya ingin mencerita satu senario yang saya tidak boleh terima.

Sejak tinggal di asrama, anak saya memang membawa telefon sebab difahamkan (di sekolah itu) murid-murid dibenarkan membawa handphone untuk kemudahan ibu/bapa untuk berjumpa murid sewaktu diperlukan. TETAPI murid dilarang membawanya ke sekolah apatah lagi menggunakannya di sekolah.

Memang saya sudah pesan kepada beliau supaya jangan bawa ke sekolah. TETAPI bebudaknya memang degil, dia bawa juga ke sekolah. Tiga minggu lalu, telefonnya dirampas oleh Guru A. Anak saya memaklumkan kepada saya bahawa HPnya dirampas oleh Guru. Hanya ibu-bapa yang boleh mengambilnya.

Saya tidak mengambilnya sebab saya beranggapan (dan kebiasaanya) sekolah akan menghantar surat kepada ibu/bapa menyatakan HP diambil sekolah kerana membawa telefon ke sekolah adalah dilarang. Malang selepas seminggu saya belum terima apa-apa berita dari sekolah. Saya minta anak saya pergi minta pada Guru A tadi. Anak saya kata oleh sebab ibu/bapa tidak claim, maka Gru A tadi telah memberi kepada Guru B (Guru Disiplin). Saya beranggapan itu polisi sekolah, jika tidak dituntut dalam masa seminggu di beri kepada Guru B untuk tindakan disiplin.

Selepas tiga minggu, oleh sebab saya bimbang HP itu rosak maka saya pun pergilah berjumpa dengan Guru B. Guru B nampak bersistematik, dia tengok rekod katanya tiada pulak mana-mana guru beri HP anak saya kepadanya. Kebetulan Guru A ada di situ, Guru B pun bertanya kepada Guru A, Guru A kata semua HP yang dirampas olehnya ada di pejabatnya. Gura A minta saya datang ke pejabatnya.

Sebelum saya ke pejabat Guru A, saya diberi satu borang Akujanji disiplin oleh Guru B. Saya pun menandatanganinya.

Selepas itu saya ke pejabat Guru A. Di situ saya lihat banyak telefon (ada lebih kurang 8 semuanya) 4 ada dalam sampul surat bertanda nama. 4 tanpa sampul surat tiada nama. Malangnya saya tak temui HP anak saya. Oleh sebab saya tak jumpa, guru itu offer saya nak ambil-ambillah yang mana satu di kalangan yang tiada nama tu. Saya kata MANA BOLEH ITUKAN ORANG PUNYA!. (dalam hati saya mungkin juga cara yang sama dia offer ibu/bapa atau pelajar yang datang claim. HP anak saya tu mahal sikit SONY ERICSSON lebih kurang RM500 (hadiah 5A), yang ada di situ yang basic (RM180 ke bawah)).

Saya dapati Guru Yang Rampas HP murid di sekolah itu TIDAK MEREKODKAN tarikh rampasan dan siapa pemunyanya. Saya sudah maklum kepada PENGETUA SEKOLAH ITU tetang pentingnya merekod setiap aset yang dimiliki.

Tindakan selanjutnya ialah....terima & REDHA berita kehilangan hp tu.......Saya beranggapan peristiwa ini sebagai positif. Iaitu Allah Maha Kuasa memilih keluarga kami supaya menyumbangkan satu aset yang agak bernilai bagi kami untuk MEMBAIKI SISTEM RAMPASAN APA-APA BARANG DARI PELAJAR SEKOLAH & DIHARAP SELEPAS INI PIHAK SEKOLAH ITU MENCARI JALAN UNTUK membaiki kelemahan yang ada.

Monday, April 18, 2011

SETIAP BIDANG ADA INSTITUT LATIHANNYA SENDIRI

Masalah ketiadaan tempat untuk mengadakan Mesyuarat sepatutnya tidak berlaku pada masa ini sebab sebab sebut apa saja bidang, pastinya ada institutnya tersendiri. Kalau kita rajin pergi ke Pejabat Institut-Institut ini, kita adapati ianya seperti sebuah hotel kerana Institusi tersebut ada menyediakan kemudahan penginapan. Kadar/Rate pakej seminar yang ditawarkan juga lebih murah berbanding dengan kadar/rate yang diberikan oleh HOTEL.

Oleh yang demikian, saya mencadangkan mana-mana yang ada rancangan untuk mengadakan seminar atau kursus berkumpulan....buatlah di Institusi-Institusi Latihan yang banyak tersebut.

CONTOH : INSTITUT LATIHAN KWSP (ESSET) DI bANGI, KAJANG

Wednesday, April 13, 2011

PENYELESAIAN MENGIKUT MAJORITI : PERLU ADA KAJIAN KHUSUS

Dalam kepala saya terlintas satu pemikiran yang mungkin orang lain tidak terfikir. Apakah dia?. Ya MAJORITI. Apakah maksud majoriti? Majoriti adalah satu tahap dimana tindakan@keputusan diambil setelah bilangan menyokong melebihi bilangan menentang. Adakah keputusan mengikut majoriti ini RELEVAN?.

Pada pandangan saya, jika kita hendak melakukan sesuatu hukum atau melaksanakan sesuatu peraturan kita tidak boleh mengikut majoriti kecuali majoriti dikalangan sama UGAMA.

Maksud saya, jika kita negara Islam maka majoriti yang boleh diambilkira untuk membuat keputusan ialah Majoriti di kalangan orang Islam. Ambil pungutan suara dikalangan orang Islam sahaja. Iaitu sekiranya kita ingin melaksanakan hukum hudud, kita kenalah tanya di kalangan orang Islam sahaja. Jika majoriti bersetuju maka kita kena laksanakan.

Jika ramai rakyat rosak, maka majoriti adalah dari kalangan orang-orang rosak juga.

Sunday, April 10, 2011

Dedah Aurat adalah Haram - Kenapa biarkan anak Gadis anda berseluar pendek di khalayak ramai?

Hayaatul ‘am adalah keadaan di mana wanita itu berada di luar dari kawasan rumahnya di mana mereka bercampur dengan masyarakat. Pakaian wanita dalam kehidupan umum iaitu di luar rumahnya terdiri dari dua jenis iaitu

(a) libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab, dan
(b) libas ‘ala (baju atas) iaitu khimar (tudung).

Dengan dua pakaian inilah seseorang wanita itu boleh berada dalam kehidupan umum seperti di jalanan, di pasar-pasar, pasar raya, kampus, taman-taman, dewan orang ramai dan seumpamanya. Dalil wajib memakai jilbab bagi wanita adalah berdasarkan firman Allah,

“Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [TMQ Al-Ahzab (33):59].

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,

“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]


Sehubungan dengan itu, saya merayu kepada ibu-bapa supaya melarang anak2 perempuan yang sudah baligh berseluar pendek bila berjalan di tempat umum.

Kita (perempuan dewasa), marilah sama-sama memakai tudung dan menutup aurat.

Jika kita semua berusaha membaiki diri sendiri supaya tidak dedah aurat kita, InsyaAllah Tuhan kita akan membantu kita mengurangkan Jenayah Seksual.

Monday, April 4, 2011

Aku Pun Dah Tengok Video itu

Ramai juga yang teringin hendak menonton video itu. Tetapi video itu dulu ada pemiliknya tapi kini dah open for public. Bukan senang untuk mendapatkan video itu. Video itu membuatkan kita teruja nak tengok dan tengok lagi sehingga kita puas dan boleh buat sendiri
Rujuk http://www.youtube.com/watch?v=xcebIlhkwSs

Saturday, April 2, 2011

PEMINTA SEDEKAH DAN PUNGUTAN DERMA AMAL JARIAH BERKEMBANG PESAT


Di Bandar-bandar besar di Malaysia, trend meminta sedekah sama ada dari rumah ke rumah, di jejantas, di stesen bas di Pasar-pasar Tani/Pasar Malam di Shopping Complex dan di stesen Minyak terlalu ramai yang MEMINTA SEDEKAH dan MEMUNGUT DERMA. Yang paling ramai ialah Orang ISLAM. Saya sangat-sangat berharap supaya pihak penguasa tempatan dan juga Kementerian yang berkaitan dapat mengurangkan gejala meminta-minta dan memungut derma secara terbuka. Badan Kebajikan Islam banyak, duit baitulmal ada. Apalah kiranya sesiapa yang nak minta derma ada Pusat Pungutan Derma dan Pusat pemberian sedekah.

Friday, April 1, 2011

BOLEHke JAMUAN RASMI MAKAN MALAM TANPA MUZIK DAN KARAOKE?

Sudah banyak Majlis Makan Malam yang saya hadiri pastinya ada muzix atau live band atau karaoke. Boleh tak cari alternative lain seperti berjanzi, marhaban atau tayangan video nasihat dll.