Wednesday, December 29, 2010

Peranan Ahli Jawatankuasa Surau/Masjid

AJK Surau atau Masjid perlu menyusun strategi supaya Surau/Masjid menjadi satu destinasi yang ramai orang ingin mengunjunginya. Pergiatkan usaha supaya masyarakat setempat datang berjemaah di surau/masjid semasa mereka ada disekitar. Solat subuh berjemaah amat penting untuk mendidik hati manusia supaya kembali kepada fitrah. Oleh itu AJK Surau/Masjid perlu aktif merangka aktiviti selepas solat subuh seperti Kuliah Subuh setiap hari (bukan hanya pagi sabtu atau ahad sahaja). Bukannya semua orang pergi kerja pada Isnin hingga Jumaat. Dan banyak juga yang pencen dan tak tau apa nak buat. Ajak mereka dengar kuliah subuh. Ada juga yang bersara - bangun pagi untuk main golf boleh, tapi bangun pagi untuk subuh berjemaah tak boleh. Orang2 ni AJK Surau/masjid perlu pertingkatkan usaha untuk menarik mereka ke surau/masjid.

maaf saya merepek sebab itu yang ada dalam minda saya

1 comment:

  1. 1. tarik minat semua peringkat umur, <30thn kritikal!
    2. imarah kan masjid. bukan kira dana!
    3. program harus creative. tepati ISLAM tulen. Al-Quran & Sunnah.
    4. Jgn cuai Jgn melampau.

    ReplyDelete