Luahan hati seorang sahabat.
"Aku berusia dalam lingkungan empat puluhan. Aku seorang lelaki. Sebagai seorang lelaki memanglah suka kepada wanita. Memandang wanita yang bukan muhrim bagi seorang lelaki adalah biasa bagi kali pertama tetapi haram mengulangi pandangan berikutnya sekiranya wanita tersebut mendedahkan auratnya. Malangnya dalam suasana sekarang ramai wanita yang mendedahkan aurat terutama berseluar pendek. Orang bukan Islam berseluar pendek tak apalah, sebab mereka bukan Islam dan belum mendapat hidayah. InsyaAllah bila mereka dapat hidayah mungkin mereka tidak dedah aurat lagi.
TETAPI yang menghairankan saya ialah kenapa sejak kebelakangan ini RAMAI WANITA MELAYU (ISLAM) YANG BERSELUAR PENDEK hingga menampakkan paha yang putih gebu. Saya seorang lelaki yang lemah iman ini akan menjadi lebih lemah lagi bila melihat gadis Melayu berseluar pendek. Dalam hati marah sebab benci kepada wanita melayu yang sanggup berseluar pendek ditempat awam. Manakala mata pulak kejap-kejap tengok, kejap-kejap tengok, berkali-kali sebab imam belum teguh.
Kesan daripada paha yang terdedah ni bukan hanya ketika itu sahaja, ia akan tergambar di waktu lain. Inilah yang merbahayakan diri saya. Maka Aku adalah seorang daripada Mangsa Wanita Melayu Berseluar Pendek.
Yang heran, bila bukan melayu berseluar pendek, saya tidaklah tengok berulang kali. Saya sangat2 minta pihak yang ada kuasa supaya tetapkan peraturan berpakaian bagi wanita melayu Malaysia. Wujudkan etika berpakaian wanita islam. denda jika langgar peraturan tersebut. Ingat! Pendedahan aurat wanita yang berleluasa adalah penyumbang kepada gejala seks yang tidak terkawal dan mungkin akan ramai lagi bayi-bayi yang dibuang diseluruh negara."
Itulah keluahan seorang sahabat.
harus pandang bagi kali pertama?
ReplyDeletebenar?
mana dapat?
saya budak baru belajar.
saya orang tua baru belajar jugak....saya tak ingat bila, semasa dengan ceramah adalah si penceramah tu cakap, pandang kali pertama harus sebab kalau tak pandang terlanggar nanti. Samalah juga dengan terpandang.
ReplyDeleteTapi tak apa nanti saya semak. Sementara ni saya edit ganti harus kepada terpandang.