Tugas mengajak manusia beriman kepada Tuhan Semesta Alam merupakan satu kewajipan umat Islam terutama pemimpin-pemimpin masyarakat. Tugas berdakwah dan memberi penerangan tentang Islam kepada orang-orang belum Islam merupakan satu kemestian. Sekiranya mereka tidak ingin menerima penerangan daripada kita dan tidak mahu mengikuti nasihat kita, itu bukanlah tanggungjawab kita, sebab tugas kita hanyalah menyampaikannya. Sebaliknya apabila kita memberi penerangan kemudian mereka marah dan menentang Islam atau memerangi orang Islam maka manusia jenis ini perlu diperangi kerana ia dipanggil musuh Islam. Jika, apabila kita berdakwah, mereka tidak mahu ikut tetapi mereka tidak menentang atau tidak memerangi Islam maka manusia jenis ini kita perlu berdamai kerana ia bukan musuh Islam.
Rata-rata orang belum Islam sekarang sangat rajin mencari harta kekayaan. Terlalu gigih memajukan negara. Bisnes2 besar dikuasai oleh mereka tetapi sayang mereka tidak tahu erti kehidupan sebenar sebab mungkin mereka tidak mendapat penerangan mengenai Islam sebenar atau mungkin lalai mencari kekayaan. Jika digabungkan kerajinan memajukan negara dengan Iman&Islam alangkah mulianya mereka. Seperti contoh syahabat Nabi, Syaidina Omar yang pada mulanya sangat rajin&kuat&kaya sebelum masuk Islam dan apabila masuk Islam beliau banyak membantu perkembangan Islam.
Oleh itu marilah kita berdakwah kepada sesiapa sahaja terutama kepada orang yang belum Islam.
No comments:
Post a Comment