Thursday, October 7, 2010

Berniaga Atas Angin

Berniaga atas angin merupakan satu bidalan bahasa yang membawa maksud sesuatu keuntungan di buat tanpa mengeluarkan modal. Misalnya peniaga di pasaran saham yang mana membeli saham dengan harga A dan dijual dengan harga A+B sebelum membuat bayaran maka ia akan mendapat keuntungan (A+B)-A = B. Dia belum bayar tapi dapat cek sebanyak B. Situasi ini dipanggil Berniaga atas Angin. Begitu juga orang yang bergiat aktif jual beli hartanah. Apabila ada sahaja projek perumahan atau rumah kedai yang akan dibina, orang yang banyak duit akan membelinya. Beliau hanya bayar deposit. Apabila rumah hampir siap, dia pun mencari orang lain (pembeli) untuk beli rumahnya. Waktu rumah hampir siap pastinya harga melambung tinggi. Waktu inilah beliau akan menjualnya apabila ada permintaan. Jika tiada pembeli, mereka (si banyak duit) ini tidak kisah sangat. Sebab itulah banyak rumah hanya dihuni oleh ANGIN kerana mereka berniaga atas angin.

Harapan MindaBistari

Sepaya pihak kerajaan memantau aktiviti berniaga atas angin kerana ia membawa lebih keburukan daripada kebaikan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment