Bila saya search melalui google, saya dapati banyak perkataan-perkataan yang menyakitkan hati. Ada yang mengutuk para Nabi ada yang mengutuk Agama ada yang mengutuk orang-orang baik. Macam-macam perkataan buruk yang dilemparkan. Si Pengutuk tu pula jika diselidiki bukanlah orang kuat ugama pun. Bukan orang bersih pun. Jika dihitung2 si pengutuk itu bukanlah kelompok yang Pencipta Alam Semesta harus sukai perbuatannya.
Biar apa pun ugama anda.... anda hendaklah berkelakuan baik, tidak suka berbohong, tidak suka rasuah, tidak suka berjudi, tidak suka berzina, tidak suka ponteng kerja, tidak suka pergi night club, tidak suka mencuri dan tidak suka sebarang perkara negetif. Yaaa. Marilah kita cuba sedaya upaya membuat baik ssepanjang masa.
Jika anda resah gelisah dan berfikiran kusut, jangan hisap dadah, jangan pergi minum arak, jangan pergi night club. TETAPI pergilah ketempat ibadahmu.
Sebaik-baiknya carilah tempat ibadah yang paling Bersih iaitu "Green Tempat Ibadah".
Saturday, October 30, 2010
Friday, October 22, 2010
Siti Rohani Surani icon IKIM FM
Radio IKIM memang baik untuk didengar dan dijadikan default radio dalam kenderaan. Radio IKIM sentiasa mengingatkan kita supaya menjadi insan yang baik. Alunan nasyid dan bacaan ayat suci Al Quran sering dimainkan. Berbanding dengan radio lain, lagu-lagu rancak, pop dan dangdut sering mengisi masanya.
Bayangkan jika berlaku kemalangan kereta, pemandu atau penumpangnya tersepit dan tercungap-cungap tinggal nyawa-nyawa ikan. Nasib tak baik, masa itu radio mainkan lagu POP "Mari mari mari Menari yeh..mari mari kita bergoyang yeh".
Jika pasang radio IKIM kemungkinan masa itu ayat suci alquran dimainkan. Alangkah baiknya perkataan yang didengari saat terakhir...
Thursday, October 21, 2010
Masuk Angin Keluar Asap
Masuk Angin Keluar Asap adalah satu ungkapan yang merujuk kepada ketiadaan penyelarasan secara Menyeluruh.
Monday, October 11, 2010
Sebarang Persidangan Berbentuk Kebangsaan Yang Dianjurkan di Malaysia SEBAIKNYA guna Bahasa Malaysia
Sebarang persidangan berbentuk ilmu dan pengetahuan yang bertaraf kebangsaan atau nasional saya cadangkan perlu disyaratkan menggunakan Bahasa Malaysia KECUALI ia dibentangkan oleh bukan warga Malaysia. Sebabnya ialah kebanyakan peserta yang hadir ialah warganegara Malaysia yang semuanya tahu Bahasa Malaysia. Saya kasihan tengok orang Melayu yang kebanyakan tahu Bahasa Inggeris tetapi sukar memahaminya seratus peratus hingga menusuk ke kalbu. Akibatnya ilmu yang disampaikan hanya sedikit yang terlekat di hati. Jika pembentang menggunakan Bahasa Malaysia, peserta sambil pejam mata pun boleh faham. MARTABATKAN BAHASA MALAYSIA sambil membantu orang Melayu supaya cepat dapat menimba berilmu.
Satu lagi faedahnya ialah kaedah ini dapat menarik lebih ramai lagi pembentang2 kertas kerja dari kalangan orang Melayu. Sekarang ini memang ada orang Melayu yang boleh bentang kertas kerja dalam bahasa Inggeris di persidangan terbuka TETAPI saya perhatikan bila ada persidangan hanya orang yang sama sahaja sebagai presenter.
Dengan tertulisnya pandangan ini, harap ada yang baca dan beri sokongan.

Sunday, October 10, 2010
Terangkanlah kepada mereka - Marilah pertingkatkan dakwah
Tugas mengajak manusia beriman kepada Tuhan Semesta Alam merupakan satu kewajipan umat Islam terutama pemimpin-pemimpin masyarakat. Tugas berdakwah dan memberi penerangan tentang Islam kepada orang-orang belum Islam merupakan satu kemestian. Sekiranya mereka tidak ingin menerima penerangan daripada kita dan tidak mahu mengikuti nasihat kita, itu bukanlah tanggungjawab kita, sebab tugas kita hanyalah menyampaikannya. Sebaliknya apabila kita memberi penerangan kemudian mereka marah dan menentang Islam atau memerangi orang Islam maka manusia jenis ini perlu diperangi kerana ia dipanggil musuh Islam. Jika, apabila kita berdakwah, mereka tidak mahu ikut tetapi mereka tidak menentang atau tidak memerangi Islam maka manusia jenis ini kita perlu berdamai kerana ia bukan musuh Islam.
Rata-rata orang belum Islam sekarang sangat rajin mencari harta kekayaan. Terlalu gigih memajukan negara. Bisnes2 besar dikuasai oleh mereka tetapi sayang mereka tidak tahu erti kehidupan sebenar sebab mungkin mereka tidak mendapat penerangan mengenai Islam sebenar atau mungkin lalai mencari kekayaan. Jika digabungkan kerajinan memajukan negara dengan Iman&Islam alangkah mulianya mereka. Seperti contoh syahabat Nabi, Syaidina Omar yang pada mulanya sangat rajin&kuat&kaya sebelum masuk Islam dan apabila masuk Islam beliau banyak membantu perkembangan Islam.
Oleh itu marilah kita berdakwah kepada sesiapa sahaja terutama kepada orang yang belum Islam.

Friday, October 8, 2010
Jika tidak dipantau DANAU KOTA akan menjadi DANAU SAMPAH
Pagi tadi jam 6.30 pagi saya berbasikal di kawasan sekitar Danau Kota Setapak. Kawasan tersebut sedang membangun dan giat dengan pembangunan. Jam 6.30 pagi pun telah ada orang buat kerja menyiapkan bangunan-bangunan pejabat, festival city dan apartment. Apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah banyak sangat sampah yang bertebaran di kawasan sekitar. Sampah2 tersebut terdiri daripada bungkusan-bungkusan makan, tin dan kotak minuman. Plastik-palstik, kertas-kertas dan macam-macam lagi. Saya berpandangan attitude orang-orang Malaysia masih rendah dari segi untuk menjaga kebersihan. Sebab itulah mereka buang sampah merata-rata.
Keadaan sampah yang banyak ini akan memburukan pandangan dan Nama Danau Kota. Jangan sampai orang kenali tempat ini dengan Panggilan DANAU SAMPAH. Pihak PBT hendaklah membuat pemantauan dan membersihkan segera sampah2 di Danau Kota. UPTOWN DANAU KOTA adalah penyumbang utama sampah2 tersebut. Do something ya!

Jika Tidak Dapat Apa Yang Anda Suka MAKA Sukalah Apa Yang Anda Dapat
Kehendak atau keinginan manusia hanya boleh dicapai dengan Izin Allah. Walau bagaimana pun setiap manusia perlu berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapatkannya. Setelah kita berusaha kita tidak juga dapat apa yang kita hendak, sebalik kita mendapat yang lain iaitu berbeza dari keinginan kita maka redalah. Boleh jadi apa yang kita dapat itu lebih baik dari apa yang kita hendak. Oleh itu Jika kita tidak dapat apa yang kita suka maka sukailah apa yang kita dapat.
Thursday, October 7, 2010
Berniaga Atas Angin
Berniaga atas angin merupakan satu bidalan bahasa yang membawa maksud sesuatu keuntungan di buat tanpa mengeluarkan modal. Misalnya peniaga di pasaran saham yang mana membeli saham dengan harga A dan dijual dengan harga A+B sebelum membuat bayaran maka ia akan mendapat keuntungan (A+B)-A = B. Dia belum bayar tapi dapat cek sebanyak B. Situasi ini dipanggil Berniaga atas Angin. Begitu juga orang yang bergiat aktif jual beli hartanah. Apabila ada sahaja projek perumahan atau rumah kedai yang akan dibina, orang yang banyak duit akan membelinya. Beliau hanya bayar deposit. Apabila rumah hampir siap, dia pun mencari orang lain (pembeli) untuk beli rumahnya. Waktu rumah hampir siap pastinya harga melambung tinggi. Waktu inilah beliau akan menjualnya apabila ada permintaan. Jika tiada pembeli, mereka (si banyak duit) ini tidak kisah sangat. Sebab itulah banyak rumah hanya dihuni oleh ANGIN kerana mereka berniaga atas angin.
Harapan MindaBistari
Sepaya pihak kerajaan memantau aktiviti berniaga atas angin kerana ia membawa lebih keburukan daripada kebaikan.
Sekian.
Harapan MindaBistari
Sepaya pihak kerajaan memantau aktiviti berniaga atas angin kerana ia membawa lebih keburukan daripada kebaikan.
Sekian.
Wednesday, October 6, 2010
Kawalan Lalu Lintas Di sekitar Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur perlu di Pertingkatkan
Kesesakan Lalu Lintas di sekitar Kuala Lumpur berpunca dari pelbagai sebab. Ia juga bergantung kepada keadaan semasa sama hujan atau tidak hujan. Di antara sebab-sebabnya ialah
i. Lampu Isyarat Rosak
ii. Lampu Isyarat mulfunction
iii. Lampu Isyarat di set secara tidak intelligent
iv. Kecekapan polis yang ditugaskan mengawal lalu lintas di simpang
v. Tiada tindakan segera bila kesesakan berlaku.
Sebenarnya kesesakan lalu lintas di persimpangan lampu isyarat, boleh diatasi dengan sedikit pengorbanan oleh anggota polis atau Majlis Perbandaran iaitu dengan cara selalu buat rondaan dan apabila berlaku kesesakan merekan perlu diambil tindakan segera.
Di persimpangan jalan berhampiran White Coffee & Restoran Zabidah Danau Kota Setapak, hari2 JEM sebab trafic light mulfunction. malangnya tiada tindakan yang diambil. Walhal balai polis dekat je. Penduduk danau Kota juga ramai yang bekerja DBKL. Akan tetapi trafik sesak juga.
bye

Tuesday, October 5, 2010
Kepada Yang Merokok - Perumpamaan Dari Menteri Kesihatan
Saya teringat perumpamaan bernas Menteri Kesihatan dalam satu function baru-baru ini. Antara intipati dapat saya tafsirkan ialah
"
Orang yang merokok ialah orang yang tidak sayang kepada dirinya sendiri. Jika kita beli kereta baru, hari-hari kita jaga kereta tersebut. Kita basuh dan lap hari2. Kita keluarkan sampah yang ada dari kereta itu. Menunjukkan sayangnya kita kepada kereta itu. Tetapi PEROKOK adalah orang tak sayang langsung pada dirinya sendiri. Hari-hari dia merokok. Maknanya hari-hari dia masukkan kotoran kepada dirinya. Mereka lebih sayang kereta dari dirinya sendiri.
"
Sayangi diri anda melebihi sayangnya anda kepada kereta baru.
makluman:
Kata-kata di atas bukan kata-kata Menteri kesihatan tetapi kata-kata saya yang saya tafsirkan dari maksud YB Menteri tersebut.

Sunday, October 3, 2010
Saya Lebih Suka Membeli di Kedai Harga TETAP.
Entah mengapa saya lebih suka membeli di pasaraya-pasaraya yang menjual harga yang tetap iaitu tidak boleh dikurangkan harganya. Saya tak suka membeli dikedai yang boleh tawar menawar sebabnya saya tak pandai nak mintak kurang. Kalau saya membeli dikedai yang boleh kurang harganya, saya masih bimbang yang harga yang saya bayar itu masih mahal berbanding orang lain.
Jika dikedai harga tetap, saya rasa ianya adil sebab orang lain pun beli dengan harga tersebut. Jadi tidaklah terasa teraniaya.
Anda bagaimana?
Jika dikedai harga tetap, saya rasa ianya adil sebab orang lain pun beli dengan harga tersebut. Jadi tidaklah terasa teraniaya.
Anda bagaimana?
Saturday, October 2, 2010
3 Oktober 2010 : Ramadhan semakin jauh meninggalkan kita
Terasa pilu pabila ramadhan semakin jauh meninggalkan kita sebab jemaah subuh semakin berkurangan sudah hampir menyamai bilangan biasa sebelum ramadhan dahulu.
What in my mind?
Kita mesti buat sesuatu supaya keadaan sebaliknya berlaku
What in my mind?
Kita mesti buat sesuatu supaya keadaan sebaliknya berlaku
Cara Meningkatkan Penggunaan Smart Tag atau Touch 'N' Go di Plaza TOL
Semalam saya melalui lebuhraya PLUS dari Ipoh menuju ke Tol Jalan Duta. Iaitu kira-kira jam 5 petang. MasyaAllah Jem (kenderaan Queue sepanjang 2 km untuk membayar Tol. Kenderaan yang beratur panjang itu telah menyekat pengguna di lorong kanan yang hendak menggunakan Smart Tag atau pun Touch 'N' Go. Saya menggunakan Smart tag/touch 'N' Go. Semasa saya tiba di Plaza Tol, saya dapati 2 lorong smart tag dan 3 lorong touch n go lengang. satu lorong touch n go tambah nilai queue panjang juga. Lorong Tunai amat panjang queue nya.
What in my mind?.
Rakyat Malaysia ni masih sukakan amalan biasa dan susah betul nak berubah. Bukankah menggunakan touch n go atau smart tag itu lebih baik dari tunai bila keadaan seperti di atas.
Atau mungkin, orang bukan tak mahu guna kemudahan tersebut tetapi lorong tambah nilai sangat jarang ada plaza tol. Kalau orang beli di kiosk kena bayar 50 sen. nak beli RM100 atau lebih tak ada duit. Kalau beli RM10 kena bayar RM10.50. Kalau beli 10 kali (RM100) dan tambah kos RM5.00. Jadi bila kredit habis, mereka tak reload.
Saya cadangkan.
Pemilik lebuhraya mengimplementasikan TIADA TUNAI DI PLAZA TOL. Semua lorong adalah TOUCH N GO atau SMART TAG. Disamping itu perbanyakkan lorong tambah nilai. Minimum Tambah Nilai RM5.00 berbanding sekarang RM10. Jangan fikir orang sentiasa banyak duit.
Dalam masa awareness ni (misalnya 3 bulan, beri diskaun pembelian kad permulaan touch n go, Kad berharga RM5.00 di jual RM4.50. Kad berharga RM10 di jual RM9.00. Kad berharga RM100 di jual RM90.00. Ini supaya memberi keuntungan kepada pengguna kerana mereka ingin berubah.
Saya percaya pengguna akan berpuashati sebab:
1. Senang reload di dalam perjalanan.
2. lebih cepat di lorong tol kerana hanya touch n go.
Kadar reload juga (kalau boleh beri diskaun kepada yang reload RM50 atau lebih. Diskaunnya RM5.00 sebab untuk mengurangkan kekerapan penggunaan lorong tambah nilai.
Pembelian reload di luar pula iaitu di kiosk tetap dikenakan caj tambahan.
Sekian, fikir2lah pelaksanaannya.

Subscribe to:
Posts (Atom)