Sunday, February 7, 2010

Testimony - Bekas Perokok Menceritakan Bagaimana Beliau Boleh Berhenti Merokok

Namazron - Bukan nama sebenar. Beliau mula merokok ketika berusia 12 Tahun (Tahun 1974). Semasa di sekolah Menengah beliau merokok di perjalanan pulang dari sekolah. Beliau membeli rokok di restoran yang terletak di dalam perjalanan dari sekolah ke rumah. Namazron pergi dan balik sekolah berjalan kaki sebab itulah boleh singgah membeli rokok di perjalanan. Beliau mendapat lesen hisap rokok ketika di tingkatan tiga (dapat lesen disini bermaksud dia boleh hisap rokok depan ayahnya). Namazron bukanlah budak nakal, tetapi perokok tegar. Beliau masuk matrikulasi (1980) di Sekolah Berasrama Penuh di Ibukota Kuala Lumpur. Di Sekolah berasrama Penuh itu beliau menghisap rokok selepas 'Prep' malam bersama kawan-kawan yang lain.

Pendek Kata Namazron memang seorang perokok tegar. Beliau pernah mencari-cari puntung rokok apabila keputusan wang untuk membeli rokok. Namazron berkahwin pada tahun 1989. Isteri beliau mendesak supaya berhenti...tetapi beliau tetap tidak berhenti. Bila dapat anak pada tahun 1990., beliau pada mulanya cuba untuk tidak merokok tetapi tidak berhasil. Bila dapat anak kedua dalam tahun 1992 beliau nasih merokok. Pada tahun 1995, selain isteri, anak-anak beliau (7 dan 5 tahun) pula mendesak supaya ayanhnya berhenti. Pada saat ini, menurut namazron beliau mula berpura-pura berhenti merokok (pada hal tidak). Beliau hanya tidak merokok didepan anak2. Tapi di luar sana atau ketika berjalan dengan isteri beliau masih merokok.

Walau bagaimanpun menurut Namazron ketika semasa beliau sebagai perokok, badan beliau adalah kurus. Beliau selalu juga batuk. Dan kadang-kadang berkumur keluar darah. Tapi beliau selalu menyedapkan hatinya. Beliau berkata dalam hati...ah cuma gusi berdarah bukan dari dalam dada. Namazron juga sering merasakan dadanya sakit. Masa terus berlaku, kira-kira 10 tahun namazron memaklumkan kepada anak2 bahawa beliau dah berhenti tetapi hakikatnya tidak. Pada tahun 2002 beliau pernah cuba tidak membeli rokok tetapi hanya hisap rokok kawan yang offer atau kadang-kadang minta. Akhirnya pada tahun 2004 beliau beli juga dan makin banyak pulak rokok dihisapnya (20 batang sehari).

Menurut Namazron, seseorang tidak mungkin boleh berhenti merokok sekiranya individu tersebut beranggapan jika nak berhenti merokok perlu usaha kurangkan bilangan rokok yang dihisap dari semasa ke semasa. Beliau berpendapat demikian kerana beliau dah cuba kurangkan sedikit2 tapi tak juga berjaya.

Apa yang perlu katanya ialah BERHENTI TERUS - JANGAN HISAP LANGSUNG MULAI SAAT YANG KITA NAK BERHENTI. katakan kita nak berhenti 1 mac maka pada mulai 1 mac itu kita jangan hisap terus. Insya Allah kita boleh berhenti. Kuatkan semangat. Pujuk hati katakan Buat Apa saya Beli Rokok. Duit tu baiklah saya masukan ke dalam tabung Masjid. Moga-moga dapat redha ALLAH.

No comments:

Post a Comment