Perjalanan Jemaah Haji Bersama Nabi s.a.w.
Dalam perjalanan para jemaah itu telah berlakulah satu insiden kecil, bagi memperlihatkan agar para jemaah bersabar dari merasa kemarahan semasa mengerjakan umrah atau haji. Unta Safiyyah, isteri Nabi s.a.w. ketika itu yang sarat dengan barangan agak lambat, tidak mengikut jarak bersama-sama dengan para jemaah yang lainnya walaupun pemandunya cuba sedaya upaya mempercepatkan perjalanan unta tersebut. Unta Saidatina Aisyah pula agak laju kerana kurang barangan yang dibawanya.
Apabila Nabi s.a.w. melihatkan hal itu baginda s.a.w. telah meminta agar di antara barangan Safiyyah iti diletakkan bersama barang-barang di atas unta Saidatina Aisyah. Ini menyebabkan Saidatina Aisyah merasa kurang senang dan hilang sabar lalu berkata" "Buatlah apa yang kau suka Ya Nabi (sa.a.w.). Kenapa tidak lakukan seadilnya?". Apabila Saidina Abu bakar r.a. mendengar puterinya itu berkata sedemikian, tanpa berfikir panjang telah menampar anaknya, sambil berkata kepada Nabi s.a.w.: "Tidakkah tuan dengar apa katanya?"
"Ya," Jawab baginda, "tetapi seharusnya dia diberikan kemaafan. Intipati dalam minda seorang wanita ialah cemburu, dan apabila cemburu telah mengatasi beliau, dia tidak dapat lagi melihat ke arah manakah mengalirnya arus wadi!"
.....Petikan dari Buku LAHIRNYA CAHAYA KEBENARAN Sejarah Hidup Nabi Muhammad s.a.w. Keluaran AL-HIDAYAH Cetakan Pertama 2009
No comments:
Post a Comment