Sunday, November 29, 2009

Masih ada individu yang membuang Lampin Bayi Pakai Buang di merata-rata

Tadi saya singgah solat maghrib di sebuah surau di Ibu Kota. Saya parking kereta di luar pagar surau tersebut. Apabila saya keluar saya ternampak satu lampin bayi dari jenis pakai buang terletak di kaki lima tempat parking tersebut. Dalam hati saya, siapalah pulak yang masih tergamak membuang lampin tersebut merata-rata.

Kesimpulan yang saya buat ialah Masih Ada Lagi Individu Yang sifatnya suka membuang sampah merata-rata.

Harap pembaca Blog SuperMind@MindaBistari tidak berperangai begitu. Sama-samalah kita mendisiplinkan diri kita untuk kebaikan generasi akan datang.

Friday, November 27, 2009

Menghayati Ibadah Korban

Sempena Hari Raya Korban ini saya bersyukur kepada Allah kerana menjadikan orang-orang Islam di Malaysia sangat permurah hingga sanggup mengorban sebahagian hartanya untuk menyempurnakan ibadah korban. Syukur Alhamdulillah sebab saya mendapati walaupun keadaan ekonomi yang merudum pada tahun ini tetapi kadar binatang korban bertambah di Masjid atau Surau.

Cuma pada tahun-tahun akan datang saya berharap pengagihan daging korban hendaklah diperhalusi semula atau perlu dibuat homework yang lebih sikit oleh orang yang berkorban atau wakilnya. Saranan ini supaya orang yang benar-benar memerlukan daging korban pastikan dapat. Apa yang saya perhatikan ialah kesukaran untuk mengagihkan daging sebab tidak tahu siapa yang betul-betul perlu. At last diberikanlah kepada orang yang membantu melapah, sebahagian dimakan beramai-ramai, jiran-jiran terdekat (walaupun jiran tersebut berkemampuan), sedara mara dan sesiapa sahaja yang datang dimajlis sembelihan.

Di Malaysia ini ramai lagi orang yang betul-betul memerlukan tapi kenalah buat homework sikit. Kita perlu kenalpasti target sebelum sembelihan lagi.

Sama-samalah kita cari caranya.

Sekian

LELAKI ISLAM JUGA PERLU TUTUP AURAT

Baru-baru ini saya menegur Gadis Melayu berseluar pendek yang kian bertambah pada masa ini. Di sini saya juga menyeru kepada kaum lelaki supaya elakkan diri dari memakai SELUAR PENDEK YANG MENAMPAKAN LUTUT sebab batas aurat lelakiialah di antara lutut dan pusat.

Jika anda pakai maknanya anda telah melakukan perkara yang HARAM.

Thursday, November 26, 2009

Selamat Menyambut Aidil Adha

Saya mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Korban. Semuga diri kita semua sanggup berkorban demi menegakkan tuntutan agama yang sempurna yakni Islam. Azamkan diri kita supaya berubah kepada yang baik bagi setiap aktiviti yang kita lakukan.

Tinggalkan amalan buruk yang masih kita lakukan.

Selamat Berkorban!

Tuesday, November 24, 2009

Empat (4) Golongan Manusia, Mana satu pilihan Anda?

Manusia terdiri daripada 4 golongan iaitu:
1) Dikenali di Bumi dan dikenali di Langit
2) Tidak dikenali di Bumi tetapi dikenali di langit
3) Dikenali di Bumi tetapi tidak dikenali di langit
4) Tidak dikenali dibumi dan tidak dikenali di langit

Sangat beruntunglah golongan 1 dan beruntunglah golongan 2
Rugilah golongan 3 dan sangat rugilah golongan 4

Muhasabah diri kita. Semoga kita berada dalam golongan 1 atau golongan 2.

Monday, November 23, 2009

SAMA-SAMA MENJAGA INTEGRITI DALAM SEMUA URUSAN

Baru-baru ini saya berpeluang mendengar taklimat Integriti Diri oleh Institut Integriti Malaysia. Budaya integriti ini perlu dipupuk dari kecil lagi supaya kesedaran dalaman dibudayakan dalam kehidupan seharian. Sekiranya seseorang mempunyai integriti(Jujur, amanah, tabligh, fatanah, ikhlas) mana mungkin beliau sanggup membuang walau sebatang mancis pun ke tanah atau jalanraya.

Semua pekerja sama ada dalam sektor awam atau swasta mestilah berintegriti supaya perkhidmatan atau produk yang dihasilkan mendapat berkat dunia dan akhirat. Adalah tidak beretika atau memang tiada integriti sekiranya berlaku keadaan dimana bayaran main golf atau karaoke di'absorb' dalam bayaran pakej hotel (hidden cost) semasa mengadakan function di Hotel. Harap ini tidak berlaku dalam agensi kerajaan.

Kepada yang kaki ponteng kerja, jauhkan amalan tersebut. Waktu bekerja kita kerja, waktu keluarga kita bersama keluarga. Jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang waktu kerja. Jam 5.30 petang hingga 7.30 pagi waktu keluarga. Pandai-pandailah membahagikan masa. InsyaAllah integriti diri akan terbina dengan beransur-ansur.

Sunday, November 22, 2009

Saya merasa hairan kenapa Gadis Melayu sanggup pakai....

Saya tinggal di Kuala Lumpur. Sejak akhir-akhir ini saya sangat hairan kenapa pada masa ini ramai anak gadis berugama Islam sanggup bersiar-siar dengan hanya berseluar pendek menampakkan paha yang gebu. Udahlah gitu bajunya pun menampakkan sebahagian barang berharga. Tahukah anda bahawa ramai PERAGUT-PERAGUT NAFSU di sekitar anda?

Di ruang blog ini saya merayu kepada semua anak gadis melayu Islam atau anak gadis beragama Islam (tak kira etnik) yang kebetulan membaca blog ini, sekiranya anda merupakan salah seorang pengamal seluar pendek SUPAYA jangan berbuat demikian di tempat awam. PLEASE.

Kalau dirumah bersama mahram tu takpelah juga.

Selamat berubah.

Minda Bistari

Saturday, November 21, 2009

Alangkah Indahnya Jika Jemaah Subuh Seperti Jemaah Jumaat

Kita umat Islam seharusnya bersama-sama berusaha Solat Subuh berjemaah sehingga jemaah Solat Subuh sama ramai dengan Jemaah Solat Jumaat.

Rujuk buku Keajaiban Solat Subuh (The Miracle of Solat Subuh) oleh Dr Raghib Al Sirjani diterjemah oleh Desmadi Saharuddin dan disemak oleh Dr. Mohd Puzhi bin Usop.

Di muka belakang buku tersebut ditulis seperti di bawah:

Sebegitu mulia solat Subuh sehinggakan mengerjakan solat sunat dua rakaat pada waktu melebihi nilai dunia dan segala isinya. Sungguh luar biasa! Pada waktu itu pula para malaikat berganti tugas antara malaikat yang bertugas pada waktu malam dan malaikat yang bertugas pada waktu siang. Betapa mulia waktu ini!

Masihkan kita ingat dengan waktu kehancuran kaum 'Ad dan kebinasaan kaum Tsamud? Masihkah kita ingat dengan peristiwa penaklukkan benteng Tustar yang dikenali sebagai benteng paling kuat di dunia pada masa itu? Masihkah kita dengan kejayaan Quthuz, seorang panglima Muslim yang berjaya menghancurkan kekuatan pasukan Tafar di 'Ain Jaluth? Semua peristiwa penting itu terjadi pada waktu Subuh. Betapa berkah waktu subuh itu!

Friday, November 20, 2009

Kenapa Surau Berkunci? Bukalah sebahagian!

Akibat ramainya pencuri di masjid dan surau maka AJK masjid/surau membuka pintu pagar hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja. Akibatnya ramai orang yang hendak singgah di surau untuk solat hampa. Baru-baru ini saya hendak ke dewan masyarakat di Taman Ibu Kota kerana ada function jam 2.30 petang. Oleh sebab saya belum solat maka saya pergi ke surau terdekat (kira-kira jam 2.15 petang). Mula saya ke surau Taman Medan Idaman tapi hampa sebab pagarnya berkunci. Saya pun pergi ke surau Taman Ibu Kota tapi hampa lagi sebab pagar surau itu pun berkunci. Mujurlah di dewan taman ibu kota itu ada surau. Alhamdulillah.

Saya cadangkan supaya surau direka bentuk supaya ada kawasan berkunci dan ada kawasan yang boleh diakses oleh orang awam yang ingin bersolat pada bila-bila masa.

Hanya orang-orang beriman sahaja yang layak memakmurkan rumah Allah. Maka lebih ramai orang singgah untuk solat di surau kita maka insyaAllah, Allah akan mengurangkan orang jahat merosakkan surau kita.

ASTRO OASIS DISARAN TIDAK MENYIARKAN IKLAN SUBAHAH

Umum mengetahui Astro Oasis merupakan saluran yang membina Modal Insan dengan sajian-sajian keagamaan dan nasihat yang berguna. TETAPI SAYANG ia juga menyiarkan iklan-iklan yang tidak berapa manis, umpamanya iklan Sehati Berdansa dan lain-lain iklan cerita-cerita drama yang di dalamnya ada adegan sentuhan bukan mahram. Saya peminat Astro Oasis tapi tak minat tengok iklannya. Harap dapat terus meningkatkan kualiti siaran.

Waktu Kerja Efektif telah digariskan dalam Islam

Umat Islam diwajibkan mengerjakan solat sebanyak 5 kali sehari. Digalakkan juga bersolat secara berjemaah iaitu beramai-ramai dan diketuai oleh Imam.

Jika kita hayati di antara Subuh dan Zohor ianya adalah waktu yang agak panjang iaitu kira-kira 7 Jam. Tempoh ini adalah tempoh yang menyegarkan iaitu tempoh yang paling efektif untuk bekerja.

Di antara Zohor dan Asar adalah lebih kurang 2 jam 30 minit. Tempoh ini adalah tempoh yang kurang efektif sebab itulah selepas 2 jam 30 minit bekerja kita harus berehat (solat Asar berjemaah). Selepas solat Asar, kita diberi masa selama lebih kurang 3 jam iaitu untuk pulang ke rumah dan beriadah (bersukan/exercise) sebelum berjemaah Maghrib. Diantara Maghrib dan Isyak, kita diberi masa lebih kurang 1 jam 30 minit dan ini sudah cukup untuk kita membaca Quran atau mendengar tazkirah.

Selepas Isyak iaitu sebelum tidur jam 11.00 malam, kita bolehlah bersama keluarga atau mengunjungi jiran atau menunjuk ajar anak-anak.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap amalan solat berjemaah ini bolehlah diamalkan di semua pejabat sama ada di pejabat kerajaan atau pun di pejabat swasta. InsyaAllah kerja yang kita kerjakan mendapat keberkatan dan lebih produktif.

InsyaAllah.

Wednesday, November 18, 2009

HENTIKAN PROGRAM REALITI

Petikan dari Utusan Malaysia Online 18 November 2009

Hentikan program realiti

Oleh YULPISMAN ASLI
utusanpahang@utusan.com.my

KUANTAN 17 Nov. - Program realiti seperti Sehati Berdansa, Akademi Fantasia dan Mentor wajar dihentikan kerana ia menggalakkan pembaziran di kalangan masyarakat.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang, Abu Samah Shabudin berkata, kewujudan program-program seumpama itu juga hanya menguntungkan stesen televisyen dan syarikat telekomunikasi terbabit.

Sedangkan katanya, budaya berbelanja tidak seharusnya mendorong masyarakat atau pengguna melakukan pembaziran terutama dalam keadaan ekonomi dunia yang masih tidak menentu sekarang.

"Pada saya program seperti ini menjurus kepada pembaziran kerana ibu bapa terpaksa menambah nilai kad prabayar telefon bimbit bagi membolehkan anak-anak mereka turut serta. Keadaan seperti ini perlu dihentikan," katanya .

-----------------------------------
Ulasan

Saya menyokong penuh saranan dari Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang di atas. Malah saya pernah tulis dalam blog ini pada 12 November lalu supaya program SEHATI BERDANSA perlu diberhentikan sebab bukan budaya kita SUAMI ISTERI terlonjak-lonjak depan orang ramai.

Harap saranan di atas jangan hanya tinggal saranan sahaja.

Monday, November 16, 2009

DENGARLAH IKIM.FM dan RADIO 24

Sepanjang pengamatan saya Radio IKIM.FM dan RADIO 24 (bernama) merupakan 2 saluran radio yang boleh membentuk insan mulia dan berpengetahuan. Saluran lain asyik HIBURAN-HIBURAN-HIBURAN tak percaya cuba dengar.

Oleh itu saya seru kepada pembaca blog Supermind/MindaBistari DENGARLAH IKIM.FM dan RADIO 24.

Beri sokongan kepada saluran Radio Yang Baik.

Keadaan Sekeliling Akan Mempengaruhi Diri Kita

Persekitaran banyak mempengaruhi tindakan kita. Jika kita tinggal di tempat yang sunyi sudah pasti kita berasa seram dan takut terutama pada waktu malam. Jika kita berada ditempat maksiat, sedikit sebanyak kita akan terikut nak buat maksiat (kecuali tahap kesabaran kita tinggi). Jika kita (lelaki) berada disekeliling gadis-gadis seksi sudah pasti iman tergugat kecuali kita kuat melawan nafsu. Tetapi berapa ramai yang kuat imannya sekarang? Oleh itu, saya berharap pihak berkuasa dapatlah buat sesuatu supaya dapat mengurangkan gadis-gadis seksi dipersekitaran kita.

Sekarang dah ramai sangat orang berbaju tapi macam tak berbaju.

Akibatnya, berapa ramai orang rogol orang? berapa ramai anak luar nikah? berapa ramai yang ditangkap berkhalwat? berapa ramai pasangan bersekedudukan?

Tolonglah kurangkan dengan cara menggubal ETIKA BERPAKAIAN RAKYAT 1MALAYSIA dan dikuatkuasakan.

Thursday, November 12, 2009

SEHATI BERDANSA PATUT DIBERHENTIKAN

Program yang lebih banyak buruknya dari baiknya patut diberhentikan saja. saya perhatikan suami isteri terlonjak-lonjak depan orang ramai dan kadang-kadang keterlaluan (sebab nak menang) bukan budaya 'tak kan Melayu hilang di dunia'.

Kata-kata Nasihat di antara 2 buah lagu

Cadangan supaya menyelitkan kata-kata nasihat (iklan nilai murni) di antara dua buah lagu dalam mana-mana rancangan muzik atau Top Hit. Iaitu sebelum memainkan lagu berikutnya siarkan iklan seperti ' Jauhilah dadah kerana dadah itu merosakkan diri anda, jangan sia-sia tenaga muda anda'. atau 'sudahkan anda solat? jangan lupa solat dalam waktunya'

strategi paksa dengar

Tuesday, November 10, 2009

PNM perkenal sudut bacaan dalam kereta api

Tahniah kepada Perpustakaan Negara Malaysia kerana memperkenalkan sudut bacaan dalam kereta api. Pagi tadi saya berpeluang naik LRT. Saya terlupa nak bawa buku. Jadi saya pun cuba baca tanpa buku. Rupa-rupanya tanpa buku pun kita boleh membaca.
Apa yang saya buat ialah lihat di persekitaran kemudian buat analisis. Pagi tadi saya lihat baju yang dipakai oleh orang disekeliling. Saya pun buat analisis. Saya dapati ramai orang suka pakai baju batik bagi perempuan dan baju tanpa corak bagi lelaki.

Sunday, November 8, 2009

Bukan Senang Menjadi Seorang Doktor

Saya baru balik dari Hospital K****L*****. Saya ke sana kerana anak jiran kemalangan jalanraya. Motosikal dilanggar oleh Kereta. Mujurkan pemandu kereta yang melanggar anak jiran saya ini sudi menghantar beliau berdarah ini ke Hospital K**** L*****.

Alhamdulillah segalanya telah selamat tetapi terpaksa dibawa ke Hospital Selayang kerana hati anak jiran saya ini terkoyak. Pakar hati hanya ada di Hospital S******g.

Tapi itu bukan topik yang saya nak bincang. Saya cuma nak maklumkan bahawa bukan senang menjadi seorang doktor. Doktor kena kuat semangat. Doktor kena penyayang. Doktor kena menjelaskan keadaan pesakit secara berhemah dan bertoleransi.

Saya lihat doktor tu letih aje sebab banyak kes emergency pada satu-satu hari.

Oleh sebab anak jiran saya akan dipindahkan ke Hospital S******g dan sambil menunggu Ambulan, Doktor yang bertugas menenangkan keluarga, katanya sabar lebih kurang 5 hingga 10 minit adalah Ambulan.

Rupa-rupanya 5 hingga 10 minit di hospital bersamaan 30 - 50 minit masa sebenar.

Saturday, November 7, 2009

TAHNIAH NEGERI SEMBILAN

Dengar kata Stadium Bukit Jalil malam tadi penuh sesak dengan peminat kedua-dua belah pihak yang bertanding. Populariti bolasepak kembali meningkat ekoran insiden-insiden sebelum ini. Rupa-rupanya insiden-insiden yang hangat sebelum ini menjadi satu daya tarikan atau promosi untuk perlawanan bolasepak akan datang. Semoga bolasepak negara akan lebih maju dan aksi-aksi agresif (tetapi jangan terlampau)peminat perlu dipertingkatkan juga demi untuk menarik minat orang ramai untuk menonton secara LIVE di stadium.

STADIUM PENUH - PEMANGKIN KEMAJUAN BOLASEPAK NEGARA

Saya bukan jenis 'perigi cari timba' - Fasha Sandha

Tajuk di atas saya petik dari sebuah akhbar bertarikh Ahad 8 November 2009. Tapi bukan itu yang nak saya nyatakan di sini tetapi saya nak luahkan yang rasa tidak berkenan saya sebab dalam banyak-banyak gambar Fasha Sandha, gambar seksi Fasha Sadha yang dipamirkan di MUKA HADAPAN akhbar. Bukankah banyak lagi gambar lain Fasha Sadha yang bertudung atau lebih sopan yang boleh dimuatkan?. Cerita yang dimuatkan itupun tak relevan dengan gambar.

Akhbar merupakan satu instrumen yang boleh mendidik masyarakat menjadi insan kamil. Akhbar juga boleh (lebih mudah) menjerumus masyarakat ke lembah kehinaan. jadi harapan saya kepada pengusaha akhbar supaya lebih bertanggungjawab kepada kesejahteraan ummah.

Biarlah pendapatan yang kita perolehi itu mendapat Redha ALLAH.

Berselindung di Sebalik Kedai Yang Eksklusif

Sejak kebelakangan ini Restoran-restoran bukan Muslim telah dapat menarik pelanggan dari kalangan orang Islam dengan cara menaiktarafkan restorannya menjadi Ekslusif seperti menambah perkataan kopitiam, cafe, house, resipi dan sebagainya. Saya selalu memerhatikan ramai orang-orang Islam yang membawa keluarga makan termasuk anak-anak kecil di restoran-restoran tersebut.

Sekarang ini seolah-olah orang-orang orang Islam dah tidak kisah lagi pasal halal haram makanan yang dimakan. Janganlah menyalahgunakan perkataan 1Malaysia bagi menghalalkan yang haram.

Saya pernah pergi ke Jepun dan berjumpa dengan orang Turki. Saya tanya orang turki itu. Dia Islam tapi dia tak sembahyang sebab mak bapak dia tak kisah dia tak sembahyang. Dia Islam tapi dia makan babi sebab di sana pasal makan ni tiada siapa peduli.

Saya bimbang kalau sekarang kita (orang Islam) tidak kisah pasal makan terutama kepada anak-anak. Tak taulah apa nak jadi 10 atau 20 tahun akan datang.

Tengok di tempat nombor ekor, ramai orang islam masih beli nombor sebab dulu memang biasa orang lama-lama beli nombor tak caya tanya orang lama. Anak2 dulu dah besar jadi mereka tak kisah beli nombor sebab mak bapak dia dulu beli.

Heee takutnya aku.

Friday, November 6, 2009

Kenapa Bumi ditimpa Hujan?

Cuba bayangkan jika bumi tidak disiram Hujan! Pasti bumi kotorkan?.
Sebabnya, sekiranya hujan tidak turun maka banyaklah kekotoran di muka bumi ini. Apa tidaknya. Lembu berak atas bumi. Burung berak atas bumbung kereta. Orang meludah atas jalan. Bangkai ayam expired juga ada atas bumi. Jadi apabila hujan, semua yang saya sebut di atas akan dibersihkan.

Rumput, kalau tidak disiram akan Mati

Hati saya terpikat dengan surah Al=A'LA. Lihat terjemahanannya yang saya cabut dari naskah Al-Quran dan Terjemahannya (Rasm Uthmani) terbitan Pustaka Darul Aman.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
SUCIKANLAH NAMA TUHANMU YANG MAHA TINGGI.
YANG MENCIPTAKAN, LALU MENYEMPURNAKAN (PENCIPTAANNYA)
YANG MENENTUKAN KADAR (MASING-MASING) DAN MEMBERI PETUNJUK.
DAN YANG MENUMBUHKAN RERUMPUTAN,
LALU DIJADIKAN-NYA (rumput-rumput) ITU KERING KEHITAM-HITAMAN.

KAMI AKAN MEMBACAKAN (aL-qURAN)KEPADAMU MUHAMMAD SEHINGGA ENGKAU TIDAK AKAN LUPA.
KECUALI JIKA ALLAH MENGHENDAKI. SUNGGUH DIA TAHU YANG TERANG DAN YANG TERSEMBUNYI.
DAN KAMI AKAN MEMUDAHKAN BAGIMU KE JALAN KEMUDAHAN (MENCAPAI KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT. OLEH SEBAB ITU BERIKANLAH PERINGATAN, KERANA PERINGATAN BERMANFAAT.
ORANG YANG TAKUT (KEPADA ALLAH) AKAN MENDAPAT PELAJARAN.

DAN ORANG YANG CELAKA AKAN MENJAUHINYA. ...... hingga ayat 19.

dari ayat di atas kita dapati bahawa Allah mengajar kita supaya memberi peringatan walaupun sepatah dua kata secara berterusan. Berulang-ulang memberi peringatan tidak mengapa kerana memberi peringatan itu sesuatu yang bermanfaat dan supaya yang diberi ingatan tidak lupa.

Monday, November 2, 2009

Filem Melayu Sekarang Dah Teruk Moralnya

Saya perhatikan filem-filem Melayu baik cerita wayang atau cerita drama TV sudah teruk moralnya. Cuba lihat, banyak adegan tidur dan berpeluk di atas katil. Perempuan pakai seluar pendek. anak perempuan cium bapa (walhal bukan bapa sebenar). Cuba ikuti pula rancangan reality seperti Sehati Berdansa. Itu pun teruk. walaupun suami isteri berdansa tetapi kadang-kadang gelagat suami isteri keterlaluan untuk ditonton oleh orang lain.

لقد لاحظت الملايو الأفلام الجيدة قصة أو فيلم الدراما التلفزيونية وقد moralnya بشدة. يحاول أن يرى الكثير من المشاهد ويرتجف السرير في السرير. النساء ارتداء سراويل قصيرة. cium والد ابنة (angkanya ليس الأب الفعلي). كوبا سوف تتبع مثل الواقع دعونا برنامج الرقص. هذا هو شديد. على الرغم من الزوج والزوجة ولكن أحيانا الرقص المدقع السلوك من الزوج والزوجة للعرض من قبل الآخرين.

I noticed Malay films TV drama/movie has been severely bad morale. Trying to view, many scenes and bed shivering in bed. Women wear shorts. daughter kiss father (actually not her father). Try to follow such as reality Let's dance program. That is severe. although husband and wife dancing but sometimes extreme behavior of husband and wife for viewing by others.

translate menggunakan google translate ==== at least got meaning ======