Friday, October 24, 2008

Masjid Cina memang perlu

Saya sebenarnya dah lama tertanya-tanya di dalam hati kenapa di Malaysia ada Masjid India, ada Masjid Pakistan, ada Masjid Tabligh dan sebagainya tetapi tiada pula terdengar Masjid Cina. Rupa-rupanya masjid-masjid berjenama kumpulan tertentu itu adalah di atas inisiatif kumpulan itu sendiri. Maksudnya tiada dibina oleh Kerajaan. Selepas di bina menggunakan dana kumpulan tersebut barulah kerajaan akan membantu di mana boleh. Sebabnya pada pandangan saya kerajaan akan membina Masjid sahaja bukannya masjid berasaskan kumpulan.

Mengenai isu kerajaan patut dirikan Masjid Cina sepatutnya tidak timbul dan tidak perlu diperbesarkan. Apa yang perlu ialah masyarakat cina yang beragama Islam perlulah berganding bahu untuk membina sendiri masjid cina menggunakan dana sendiri. Dana ini boleh diperolehi melalui derma. Maksud saya Kerajaan tidak perlu menyediakan dana untuk mendirikan Masjid Cina. Jika ada dana untuk ini, perlu juga sediakan dana untuk masjid India, Masjid Pakistan dan sebagainya. Lepas itu mulalah kumpulan berkenaan tuntut supaya bilangan masjid berasaskan kaum ini diperbanyakkan. Tidakkah itu menyusahkan kerajaan?.

Oleh itu saya mencadangkan supaya
1) Kerajaan membina hanya 1 Masjid Cina (secara rasmi), 1 Masjid India (secara Rasmi) dan 1 Masjid Pakistan (secara rasmi), atau 1 Masjid bagi setiap kaum atau negara lain jika perlu. Lokasi Masjid ini terletak di Sekitar Lembah Kelang. Lain-lain masjid berasaskan kaum/negara ini biarlah kumpulan tersebut bina sendiri mengikur prosedur sedia ada.
2) Kerajaan hanya menggalakkan masjid berbahasa Arab dan berbahasa Melayu.
3) Kerajaan tidak menggalakkan masjid berasaskan kumpulan tetapi tidaklah dihalang kewujudannya.

Walau bagaimanapun ini hanya pandangan peribadi saya sahaja.

No comments:

Post a Comment