Friday, October 31, 2008

Harga Rokok Mahal - Satu tarikan baru bagi remaja mewah

Saya sangat tertarik kepada 2 artikel dalam ruangan Rencana yang terdapat di dalam Utusan Malaysia Jumaat 31 Oktober 2008. Kedua-dua artikel berkenaan menyokong bahawa Merokok adalah Tabiat yang buruk dan perlu dijauhi.Walau bagaimanapun artikel yang bertajuk "Harga minimum untuk kekang tabiat merokok" adalah menyokong langkah-langkah kesedaran kepada para perokok dan perokok baru dengan cara mengekang lokasi boleh merokok dan membuat poster-poster yang memberi impak yang menggerunkan kepada pembaca. Manakala artikal yang bertajuk "Fatwa haram rokok perlu hebahan" pula menyarankan supaya fatwa ini diwar-warkan supaya orang-orang Islam tidak merokok kerana perbuatan itu haram.
Pada pandangan saya kedua-dua saranan di dalam artikel tersebut perlu dilaksanakan segera. Pun begitu pada pandangan saya tindakan untuk menaikkan harga rokok bukan tindakan yang baik sebab implikasinya sangat besar. Para perokok akan terus membeli rokok sebab bagi mereka rokok adalah keperluan dirinya. Cakaplah apa pun rokok tetap dihisapnya. Saya bimbang disebabkan tidak dapat bekalan rokok yang mahal rokok yang murah dicarinya. Akibatnya banyak pengedar rokok-rokok seludup atau bebas cukai. Jika teori ini berlaku ia akan meningkatkan gejala sosial jenis lain. Mengadakan kempen dan poster yang menggerunkan akan hanya berkesan kepada orang yang belum merokok tetapi ia juga tidak menjamin semua yang tidak merokok akan terus tidak merokok kerana pengaruh kawan dan nak tunjuk dah dewasa bagi remaja-remaja yang kurang bijak pemikirannya. Menghisap rokok yang harganya mahal merupakan tarikan baru kepada anak-anak muda yang mempunyai kewangan yang mewah. Oleh itu menaikkan harga rokok tidak akan dapat mengurangkan bilangan perokok baru.
Mewar-warkan fatwa haram rokok akan dapat menghidari orang-orang Islam yang beriman dari menghisap rokok. Tetapi langkah ini tidak memberi kesan kepada orang bukan Islam. Pun begitu fatwa haram rokok ini perlu dihebahkan segera dan penguatkuasaan ke atas fatwa ini perlu dijalankan sekurang-kurangnya tidak melantik perokok menjadi imam, bilal, petugas haji, pekerja Tabung Haji, kakitangan Jabatan ugama dan seumpamanya. Dan yang lebih drastik ialah haramkan penjualan rokok di Malaysia.

Di bawah adalah petikan dari ***.mpsj.gov.my/rokok.html

PERINGATAN KEPADA YANG MEROKOK
Islam melarang kita melakukan sesuatu yang boleh merosakkan kesihatan kita dan yang boleh mengancamkan kehidupan kita. Apa saja yang dimasukkan ke dalam tubuh dan uratsaraf kita hendaklah yang baik, bersih dan yang menjaminkan keselamatan jasmani, akal dan rohani kita. Tabiat merokok yang diamalkan denagn cara menyedut madat masuk ke dalam badan kita adalah satu tabiat yang merosak dan mengancamkan diri kita. Oleh itu berhentilah merokok. Allah berfirman dengan maksud menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka yang buruk-buruk. (Al-A'raf: 157)


MindaBistari,
Setapak Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment