Friday, October 31, 2008

Harga Rokok Mahal - Satu tarikan baru bagi remaja mewah

Saya sangat tertarik kepada 2 artikel dalam ruangan Rencana yang terdapat di dalam Utusan Malaysia Jumaat 31 Oktober 2008. Kedua-dua artikel berkenaan menyokong bahawa Merokok adalah Tabiat yang buruk dan perlu dijauhi.Walau bagaimanapun artikel yang bertajuk "Harga minimum untuk kekang tabiat merokok" adalah menyokong langkah-langkah kesedaran kepada para perokok dan perokok baru dengan cara mengekang lokasi boleh merokok dan membuat poster-poster yang memberi impak yang menggerunkan kepada pembaca. Manakala artikal yang bertajuk "Fatwa haram rokok perlu hebahan" pula menyarankan supaya fatwa ini diwar-warkan supaya orang-orang Islam tidak merokok kerana perbuatan itu haram.
Pada pandangan saya kedua-dua saranan di dalam artikel tersebut perlu dilaksanakan segera. Pun begitu pada pandangan saya tindakan untuk menaikkan harga rokok bukan tindakan yang baik sebab implikasinya sangat besar. Para perokok akan terus membeli rokok sebab bagi mereka rokok adalah keperluan dirinya. Cakaplah apa pun rokok tetap dihisapnya. Saya bimbang disebabkan tidak dapat bekalan rokok yang mahal rokok yang murah dicarinya. Akibatnya banyak pengedar rokok-rokok seludup atau bebas cukai. Jika teori ini berlaku ia akan meningkatkan gejala sosial jenis lain. Mengadakan kempen dan poster yang menggerunkan akan hanya berkesan kepada orang yang belum merokok tetapi ia juga tidak menjamin semua yang tidak merokok akan terus tidak merokok kerana pengaruh kawan dan nak tunjuk dah dewasa bagi remaja-remaja yang kurang bijak pemikirannya. Menghisap rokok yang harganya mahal merupakan tarikan baru kepada anak-anak muda yang mempunyai kewangan yang mewah. Oleh itu menaikkan harga rokok tidak akan dapat mengurangkan bilangan perokok baru.
Mewar-warkan fatwa haram rokok akan dapat menghidari orang-orang Islam yang beriman dari menghisap rokok. Tetapi langkah ini tidak memberi kesan kepada orang bukan Islam. Pun begitu fatwa haram rokok ini perlu dihebahkan segera dan penguatkuasaan ke atas fatwa ini perlu dijalankan sekurang-kurangnya tidak melantik perokok menjadi imam, bilal, petugas haji, pekerja Tabung Haji, kakitangan Jabatan ugama dan seumpamanya. Dan yang lebih drastik ialah haramkan penjualan rokok di Malaysia.

Di bawah adalah petikan dari ***.mpsj.gov.my/rokok.html

PERINGATAN KEPADA YANG MEROKOK
Islam melarang kita melakukan sesuatu yang boleh merosakkan kesihatan kita dan yang boleh mengancamkan kehidupan kita. Apa saja yang dimasukkan ke dalam tubuh dan uratsaraf kita hendaklah yang baik, bersih dan yang menjaminkan keselamatan jasmani, akal dan rohani kita. Tabiat merokok yang diamalkan denagn cara menyedut madat masuk ke dalam badan kita adalah satu tabiat yang merosak dan mengancamkan diri kita. Oleh itu berhentilah merokok. Allah berfirman dengan maksud menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka yang buruk-buruk. (Al-A'raf: 157)


MindaBistari,
Setapak Kuala Lumpur.

Monday, October 27, 2008

Pelancongan Hutan

Hutan merupakan khazanah semulajadi yang mempunyai keunikan tersendiri. Saya mencadangkan kerajaan atau badan pelancongan mewujudkan destinasi Pelancongan Hutan di Malaysia, Memeng tidak dinafikan bahawa Taman Negara adalah salah satu pelancongan hutan. Bagaimanapun pelancongan hutan yang saya maksudkan disini ialah destinasi pelancongan yang dibuat dtengah-tengah hutan yang belum diterokai, Untuk ke destinasi tersebut hanta boleh menaiki helicopter. Jadikan seperti pulau tetapi pulau ini bukan dikelilingi oleh air tapi dikelilingi hutan. Dapat 2 atau 3 lokasi sedemikian di Malaysia alangkah bagusnya.

KLIA dan Free Internet

Pemberian percuma penggunaan Internet patut diberi pujian. Saya menulis pandangan ini menggunakan KLIA Free Internet semasa menunggu dipanggil masuk naik flight. Dengan adanya kemudahan ini, akan memberi keselesaan kepada penumpang, Penumpang tidak begitu frust sekiranya kapalterbang delay sebab mereka boleh melayari Internet.

Zaman sekarang Internet merupakan keperluan bagi manusia yang laparkan informasi. Saya mencadangkan semua kemudahan awam disediakan Internet percuma terutama di Kawasan Universiti, Di Kawasan Hospital Di Seluruh Putrajaya dan mana-mana tempat yang dirasakan sesuai.

Friday, October 24, 2008

Harga Minyak dan Pasaran Saham

Sejak akhir-kahir ini kita dapati harga minyak tidak menentu. Drastik naik dan drastik turun. Ini tidak berlaku pada masa lalu. Keadaan ini sama berlaku dalam pasaran saham. Sekiranya trend atau kaedah penentuan harga dibiarkan kepada pasaran terbuka, Ia amat menyusahkan para pengguna, para peniaga tetapi menyenangkan pemain pasaran yang menguasai modal.

Sebenarnya, jangan lah heran jika hari ini minyak berharga USD100 esok mungkin USD RM120 dan lusa mungkin USD90. Polisi bila turun lebih 10% di kawal. Kalau naik rasanya tiada kawalan.

Maknanya harga minyak tersebut bukan menggambarkan stok sebenar minyak tetapi berdasarkan pemain pasaran.

Oleh yang demikian saya berpandangan lebih baik kita tetapkan harga. Lupakan pasaran. Tambat Ringgit, Tambat Harga Minyak dan Tambat apa yang boleh.

Pandangan lain Coming Soon

Masjid Cina memang perlu

Saya sebenarnya dah lama tertanya-tanya di dalam hati kenapa di Malaysia ada Masjid India, ada Masjid Pakistan, ada Masjid Tabligh dan sebagainya tetapi tiada pula terdengar Masjid Cina. Rupa-rupanya masjid-masjid berjenama kumpulan tertentu itu adalah di atas inisiatif kumpulan itu sendiri. Maksudnya tiada dibina oleh Kerajaan. Selepas di bina menggunakan dana kumpulan tersebut barulah kerajaan akan membantu di mana boleh. Sebabnya pada pandangan saya kerajaan akan membina Masjid sahaja bukannya masjid berasaskan kumpulan.

Mengenai isu kerajaan patut dirikan Masjid Cina sepatutnya tidak timbul dan tidak perlu diperbesarkan. Apa yang perlu ialah masyarakat cina yang beragama Islam perlulah berganding bahu untuk membina sendiri masjid cina menggunakan dana sendiri. Dana ini boleh diperolehi melalui derma. Maksud saya Kerajaan tidak perlu menyediakan dana untuk mendirikan Masjid Cina. Jika ada dana untuk ini, perlu juga sediakan dana untuk masjid India, Masjid Pakistan dan sebagainya. Lepas itu mulalah kumpulan berkenaan tuntut supaya bilangan masjid berasaskan kaum ini diperbanyakkan. Tidakkah itu menyusahkan kerajaan?.

Oleh itu saya mencadangkan supaya
1) Kerajaan membina hanya 1 Masjid Cina (secara rasmi), 1 Masjid India (secara Rasmi) dan 1 Masjid Pakistan (secara rasmi), atau 1 Masjid bagi setiap kaum atau negara lain jika perlu. Lokasi Masjid ini terletak di Sekitar Lembah Kelang. Lain-lain masjid berasaskan kaum/negara ini biarlah kumpulan tersebut bina sendiri mengikur prosedur sedia ada.
2) Kerajaan hanya menggalakkan masjid berbahasa Arab dan berbahasa Melayu.
3) Kerajaan tidak menggalakkan masjid berasaskan kumpulan tetapi tidaklah dihalang kewujudannya.

Walau bagaimanapun ini hanya pandangan peribadi saya sahaja.