Thursday, June 30, 2011

Cadangan supaya bekerja hanya dalam waktu pejabat

Dari pemerhatian saya dipersekitaran, didapati gejala sosial semakin parah. Ramai yang berpeleseran lelaki/perempuan tanpa segan silu. Ramai anak gadis yang berseluar pendek. Budak2 sekolah menghisap roko. Bermain video game di Cyber Cafe. Semuanya ini tidak berani ditegur oleh jiran2 sebab mereka tak kenal pun anak siapa.

Kenapa jiran tak kenal anak jiran? bukan sahaja tak kenal anak jiran mungkin tak kenal jiran pun. Pernah juga saya dengar cerita, ada dua insan bertemu di London, borak-punya-borak, tanya tinggal di mana. Rupa2nya mereka jiran di taman perumahan & di jalan yg sama.

Bagi mengatasi masalah ini, saya mohon mencadang supaya kerajaan menggalakkan pegawai bekerja hanya dalam waktu pejabat sahaja (Jam 8 pagi hingga 5 petang sahaja) Selepas jam 5 mereka mesti kenak balik supaya jumpa masyarakat dan buat aktiviti kemasyarakatan seperti turutserta di surau/masjid. Melihat buku2 anak2.

Siapa yang kerja lebih masa di kira mereka-mereka yang kurang mutunya.

No comments:

Post a Comment