Tuesday, June 9, 2009

Bila Lampu Isyarat Tidak Berfungsi

Semasa lampu isyarat berfungsi terkadang-kadang terdetik dihati kita menyatakan lampu isyarat ni lembablah. Sana tak ada kereta tapi kita tak boleh jalan. Tetapi tadi saya melalui simpang empat dari wangsa maju ke taman melati disitu lampu isyarat rosak. Kereta jem ditengah-tengah simpang empat sebab tak ada yang nak mengalah. Di depan kosong sebab kereta dah tersangkut di tengah-tengah. Tiada siapa yang nampak nak tolong. Semuanya terserah pada takdir.

No comments:

Post a Comment