Saturday, October 27, 2012

BERITA 28 OKTOBER 2012




Berita Semasa Sensasi dan Serius

Amerika Syarikat Tidak Hantar Tentera ke Turki
http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121028/lu_10/AS-tidak-hantar-tentera-ke-Turki

Perkampungan Rohingya Musnah di Kyaukpyu
http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121028/lu_01/Perkampungan-Rohingya-musnah-di-Kyaukpyu


Gencatan senjata yang diumumkan di Syria sempena menghormati Aidiladha, tidak mampu dipertahankan apabila 146 orang maut dalam pertempuran pada hari pertama perayaan itu semalam. Mereka... 

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara#ixzz2AXea00Au
© Utusan Melayu (M) Bhd 

50,000 Eksekutif Muda Muflis
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Eksklusif_50_000muflismuda/Article/

Penerbit Filem King Kong, Dino De Laurentiis Meninggal Dunia
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PenerbitfilemKingKongmeninggal/Article/artikel


Sandy strengthens, East Coast braces for possible 'superstorm'


http://edition.cnn.com/2012/10/27/us/tropical-weather-sandy/index.html?hpt=hp_t1



Thursday, October 25, 2012

Catatan apa sahaja yang terlintas di kepala ku di saat ini

maaf entry ini hanyalah selingan sahaja. saya tulis apa yang sedang saya fikirkan pada masa saya tulis ini.saya nak sambung baca quran ke saya nak tulis blog, oh tadi dah baca quran baiklah kita buat kerja oif. ah tak  payahlah. baik kita tulis bloglah. hai mengantuk pulak.cermin mata ni kelabu pulak. Zarif tak tidur lagi. MENGANTUK TERPEJAM PULAK MATA. KARANG PERGI RUMAH AYAH LEPAS SOLAT hari raya. hari ini jumaat bila pulak nak balik ke temerloh. lepas solat jumaat lah nampak gayanya. hai ngantuk. kontrak tak siap lagi. lepas ini kena tengak emellah. Sebelum tu tengok facebook dululah.

Tuesday, October 23, 2012

KELEBIHAN ANAK YANG SOLEH DI SISI ALLAH..

KELEBIHAN ANAK YANG SOLEH DI SISI ALLAH..  (ceduk dari FB Bangun Sebelum Subuh)

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.

Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya.

Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya.

Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku." sambungnya. "Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak yang soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Monday, October 22, 2012

This post intentionally leave blank

This page is BLANK

Dari Coretan Prof Dr Sidek Baba....


Tazkirah 12: Kita Dan Barat Berbeza

by Sidek Baba on Monday, 22 October 2012 at 22:00 ·
Kita tidak mengambil sikap menentang Barat kerana Barat itu Barat. Tetapi kita agak hati-hati dengan proses pembaratan. Pembaratan adalah suatu agenda. Globalisasi umpamanya adalah agenda Euro-Amerika terhadap pihak lain. Terdapat manfaat daripada proses globalisasi dan terdapat juga perkara yang tidak bermanfaat dalam proses tersebut.

Kemajuan sains dan teknologi Barat boleh dipelajari kerana  padanya terdapat manfaat. Isu pengklonan, teknologi nano, teknologi robotik, stem-sel boleh dipelajari asal saja dikaitkan dengan etika penggunaannya. Teknologi maya dan siber umpamanya adalah berguna tetapi berlaku juga salahguna yang menyebabkan kemudharatan berlaku.

Dalam tradisi Islam umpamanya teknologi selamanya alat. Ia bukannya metlamat. Metlamat ditentukan oleh nilaiguna yang terdapat pada teknologi itu. Komputer umpamanya adalah alat yang berguna sebagai saluran mendapatkan dan menyampaikan maklumat.

Tetapi input, perisian dan program dalam komputer memerlukan saringan. Kalau tidak sebahagian kandungannya boleh membawa mudharat terhadap pemikiran dan mentaliti pengguna. Dalam keadaan penggunaan yang lepas bebas, generasi muda akan mudah terpengaruh dengan bahan-bahan yang disajikan. Program-program lucah seperti fonografi umpamanya mudah terdapat dan ianya boleh merosakkan hatibudi generasi muda.

Penyediaan input dan perisian ikut acuan kita adalah cabaran yang terbesar kepada umat Islam dan umat yang beretika kerana terdapat para penyedia program kurang peka terhadap perkara-perkara ini. Yang mereka pentingkan ialah faktor dagang yang menghasilkan pulangan yang lumayan.

Barat sedang menempa suatu proses tamadun cara mereka sejak lebih 700 tahun yang lalu. Kita menjadi pengguna terhadap apa yang mereka hasilkan. Kita jauh lagi menjadi penyumbang untuk kemajuan umat manusia. Oleh itu sebahagian dari kita menjadikan Barat sebagai indikator maju. Untuk maju mesti ikut cara Barat. Seolah-olah Barat dianggap segala-galanya.

Umat di luar Barat harus mempunyai tekad tinggi untuk membangun ikut acuan kita sendiri. Sumber-sumber berbanding yang baik dan bermanfaat kita ambil dan pelajari. Sumber-sumber yang tidak selari dengan etika dan sistem nilai kita harus ditolak.

Budaya popular Barat umpamanya tidak harus menjadi sumber ikutan kita. Pemahaman mengenai faham liberal, neo-liberal yang terkait dengan hak asasi manusia yang ditakrifkan tanpa mengambil kira faktor agama dan kesusilaan hidup yang fitrah harus ditolak.

Bukan semua sampah sarap dan pemikiran ke arah seksualiti di Barat harus kita ambil. Kita adalah umat yang mempunyai sumber ikutan dan pegangan. Kalau tidak agenda Barat yang ingin menjadikan globalisasi sebagai agenda “penjajahan bentuk baru” akan menjadi suatu realiti.

Umpamanya Barat tidak lagi mengamalkan sistem Keluarga Luas (extended family), malah Keluarga Kecil (neuklear family) jumlah tidak sebanyak mana. Tetapi kecenderungan terhadap pola keluarga yang baru seperti gay dan lesbian adalah sesuatu yang amat berkembang di Barat.

Barat bakal menghadapi krisis genetik yang parah pada masakini dan pada masa depan kerana keyakinan mereka terhadap sistem kekeluragaan yang fitrah sifatnya sudah menjadi suatu taboo (kejanggalan). Sebab itu kajian mengenai isu genetik semakin subur di Barat kerana isu kekeluargaan sedang mengalami suatu definisi dan struktur yang baru.

Konsep pasca-modenisme (post modernism) di Barat sudah menghasilkan corak hidup yang anarki (disorderly) dari sudut kehidupan yang lazim dan fitrah. Umat Islam umpamanya dituntut dengan struktur hidup yang fitrah dimana pembentukan keluarga dan zuriat amat diutama. Inilah asas bagi kesejahteraan hidup manusia supaya landasan agama seperti al Quran umpamanya dijadikan pedoman terbaik bagaimana pembinaan keluarga dan juga umat manusia harus berlaku.

Umat manusia hari ini memerlukan tatacara baru dan fitrah dalam memberi makna perubahan, pembangunan dan kemajuan. Dalam tradisi Islam fokus terhadap rijal atau pembinaan manusia dijadikan sasaran yang penting. Manusia itu harus dibangun seutuhnya dalam kekuatan akal yang membolehkannya berfikir dengan baik, kekuatan hati atau kalbu yang membolehkan manusia memiliki nilai-nilai yang makruf yang tahu membezakan yang baik dengan yang buruk.

Dalam masa yang sama kekuatan akliah dan nafsiah dijadikan seimbang supaya corak amal yang dilakukan mendukung kesejahteraan diri dan juga umat manusia. Fokus terhadap manusia inilah yang menjadi faktor utama yang menyebabkan faktor ke arah perubahan berlaku dengan baik dan terarah.

Perubahan atau change dalam perspektif Barat tidak sama dengan perspektif Islam umpamanya. Perubahan di Barat lebih mekanistik dan menumpu kepada penghasilan bentuk (form). Teknologi tinggi umpamanya adalah bentuk yang dianggap mempunyai kuasa merubah pemikiran dan gaya hidup manusia.

Sedangkan dalam tradisi Islam, keutamaan diberikan terhadap substance atau isi dan makna perubahan itu kepada manusia. Bila manusia berubah dari tidak baik ke baik, dari mengamalkan kemungkaran kepada yang makruf, dari benda-benda yang berdosa kepada yang berpahala ianya adalah sesuatu perubahan yang fitrah. Isu yang berbangkit ialah teknologi tinggi (high-tech) ada manfaat kepada manusia. Bagaimana pula sentuhan keinsanan (high-touch) yang menuntut kualiti amanah, jujur, ikhlas, adil dan bijaksana yang perlu ada bagi manusia. Tanpa nilai-nilai murni ini sentuhan keinsanan tidak akan terjadi.

Inilah perbezaan asas yang menyebabkan kecenderungan manusia kea rah gelagat yang lebih haiwani terjadi. Amalan gay dan lesbian, komoseks dan hetroseks, liwat dan lain-lain sedang dikemukakan oleh kelompok neo-liberalis seolah-olah ini puncak kepada perjuangan hak asasi manusia.
Sekiranya pola budaya seperti itu bakal berkembang dalam masyarakat kita bayangkan jenis kerosakan yang  bakal mempengaruhi masyarakat khususnya generasi muda kita.  Ianya menuntut tidak saja sikap penolakan yang tinggi terhadap amalan itu tetapi tekad membangunkan semula masyarakat kita mengikut acuan yang fitrah supaya kita ini lebih manusiawi dalam binaan watak dan gelagat.

Saturday, October 20, 2012

Kini Baru Ku Tahu Kenapa Dalam Quran tak cerita pasal teknologi moden

Kita tahu Al-Quran adalah Qalam Allah. Allah menjadikan AlQuran sebagai dasar dan peraturan untuk diamalkan oleh hambaNya (manusia). Allah juga memilih seorang daripada hambaNya iaitu baginda Muhammad s.a.w. untuk dijadikan tanda aras untuk manusia.

Quran dan hadis tidak menceritakan apa yang sedang berlaku masa kini seperti perkembangan teknologi Internet dan kemudahan peralatan telekomunikasi. Kenapa? Quran dan hadis lebih menitik beratkan soal Aqidah dan ketauhidan kepada Pencipta. Kenapa?

Jawapannya mudah tetapi sukar dilaksanakan...

Senario 1:

Ulama2 lalu iaitu pada zaman dahulu boleh tulis banyak buku walhal pada waktu itu mana ada komputer?
Ulama2 sekarang mana ada yang boleh tulis banyak buku walhal pada masa ini banyak kemudahan moden untuk menulis. Kenapa jadi begini?

Pandangan saya.
Pada zaman itu, penulis boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada penilisan kerana tiada gangguan dari segi pelaksanaan. waktu itu tidak ramai ada handphone. Bila tiada gangguan senanglah penulis nak siapkan buku.

Friday, October 19, 2012

Galakan Anak Anda Bangun Sebelum Subuh

Norzaman Nordin
20 TIPS SENANG BANGKIT SOLAT SUBUH

TIPs (Tak Ikut Pasti susah) 

1. Tidur lebih awal
2. Bersuci & berzikir sebelum tidur
3. Tekad untuk bangun solat subuh
4. Berzikir kepada ALLAH SWT ketika bangun
5. Minta bantuan orang terdekat utk bangun solat
6. Berdoa agar diberi kekuatan untuk bangun solat
7. Memotivasikan diri dengan kelebihan & peringatan
8. Tidak tidur sendirian
09. Tidak tidur di tempat yang jauh dari orang lain
10. Keinginan yang kuat untuk bangun, terus bangkit!
11. Kunci jam loceng 20 minit awal sebelum waktu solat
12. Menyalakan lampu di saat bangun
13. Tidak berjaga malam terlalu lama
14. Tidak makan banyak sebelum tidur
15. Jangan tidur semula setelah solat sunat fajar
16. Lakukan qiamullail di waktu terakhir sebelum subuh
17. Tidur ikut sunnah/ cara Rasulullah SAW
18. Tidur seketika di siang hari (Qailulah)
19. Jangan tidur selepas asar & selepas maghrib
20. Ikhlaskan hati kerana Allah semata-mata...